Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang

Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang Pusat Pengajian Hafiz dan Alim

KURSUS SEMBELIHANAlhamdulillah, pada hari ini beberapa orang pelajar terpilih dari Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Ch...
15/08/2026

KURSUS SEMBELIHAN

Alhamdulillah, pada hari ini beberapa orang pelajar terpilih dari Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang (MUBC) telah berpeluang menyertai Kursus Sembelihan sebagai satu usaha menambah ilmu dan kemahiran praktikal dalam kehidupan seharian.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah sembelihan yang betul menurut syariat Islam, termasuk syarat-syarat, adab serta perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan sembelihan.

Selain penerangan teori, para pelajar turut diberikan pendedahan secara amali bagi memberikan pengalaman sebenar serta meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menjadi bekalan yang bermanfaat serta memberi manfaat kepada masyarakat pada masa akan datang.

Jazakumullahu khairan kathiran kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2026Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang membuka peluang kemasukan pelajar baru bagi se...
04/08/2026

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2026

Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang membuka peluang kemasukan pelajar baru bagi sesi Ogos 2026.

๐Ÿ“… Tarikh Temuduga: 8 dan 15 Ogos 2026
๐Ÿ“† Hari : Sabtu
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Surau Maahad

Pengajian ditawarkan:
โœ… Hafiz Al-Quran 30 Juzuk
โœ… Shahadah Al-Quran
โœ… Pengajian Kitab

Kelayakan:
โœ… Lelaki sahaja
โœ… Lulus temuduga

Dokumen perlu dibawa:
๐Ÿ“Œ 2 keping gambar
๐Ÿ“Œ Salinan kad pengenalan / surat beranak
๐Ÿ“Œ Salinan sijil sekolah / surat berhenti sekolah






29 Julai 2026 | RabuAlhamdulillah, hari ini Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang berbesar hati menerima kunjunga...
29/07/2026

29 Julai 2026 | Rabu

Alhamdulillah, hari ini Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang berbesar hati menerima kunjungan rombongan Rehlah 2026 daripada Maahad Tahfiz Miftahul Falah.

Kunjungan ini diisi dengan sesi tausiyah, perkongsian ilmu dan ukhuwah antara warga kedua-dua maahad. Semoga pertemuan yang singkat ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, mengeratkan silaturahim dan membawa keberkatan buat semua.

Terima kasih atas kesudian berkunjung ke maahad kami. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan perjalanan rombongan serta mengurniakan keselamatan pergi dan pulang.

"Bertemu dan berpisah kerana Allah"


Menunaikan tanggungjawab diri dan umat (Dakwah)Antara yang menjadi amalan Penduduk sekitar dan Pelajar Maahad ialah meny...
28/07/2026

Menunaikan tanggungjawab diri dan umat (Dakwah)

Antara yang menjadi amalan Penduduk sekitar dan Pelajar Maahad ialah menyertai jemaah Dakwah dalam melaksanakan Amalan Ziarah di kawasan sekitar Maahad.

Amalan ini mempunyai fadhilat yang sangat besar disamping pahala menziarahi saudara sesama islam itu sendiri.

Nabi s.a.w bersabda :
ุจูŽู„ู‘ูุบููˆุง ุนูŽู†ู‘ููŠ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุขูŠูŽุฉู‹
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."
(Bukhari)

Semoga amalan ini menjadi pembuka rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t khususnya kepada Maahad,semua pelajar dan penduduk berdekatan.




20/07/2026

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฃูู…ูŽุงู…ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุจูŽุงู‡ูู„ููŠู‘ู ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ๏ทบ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ุงู‚ู’ุฑูŽุคููˆุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุดูŽูููŠุนู‹ุง ู„ูุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู‡ู.

Maksud: Daripada Abu Umamah al-Bahili ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ๏ทบ bersabda: "Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya."

Sumbe : HR Muslim

17/07/2026

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah ๐ŸŒ…

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Sesiapa yang menunaikan solat Isyak secara berjemaah, seolah-olah dia telah mendirikan solat separuh malam. Dan sesiapa yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah, seolah-olah dia telah mendirikan solat sepanjang malam."
(Riwayat Muslim, No. 656)

Marilah sama-sama kita menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid




09/07/2026

Khatam Shahadah Al Quran oleh Muhammad Yusuf A'qil bin Mohamad


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah S.W.T.Dengan bacaan khatam Al-Quran pada hari ini, maka sempurnalah bacaan 3...
09/07/2026

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah S.W.T.

Dengan bacaan khatam Al-Quran pada hari ini, maka sempurnalah bacaan 30 juzuk Al-Quran oleh Muhammad Yusuf Aโ€™qil bin Mohamad.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada beliau atas kejayaan menempuh ujian serta mujahadah yang penuh kesabaran dan kesungguhan sehingga berjaya mencapai tahap ini.

Mudah-mudahan Al-Quran yang dibaca ini menjadi sumber pahala berterusan, asbab keberkatan hidup serta pembuka segala kebaikan di dunia dan akhirat.

Pihak Maahad juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada para asatizah yang telah banyak berkorban dalam menjayakan kelahiran Huffaz Shahadah ini, khususnya kepada guru kelas dan murabbi beliau ustaz Karimullah yang sentiasa memberi fokus serta bimbingan dalam perjalanan Al-Quran beliau.

Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada ibu bapa, keluarga terdekat serta semua pihak yang sentiasa membantu, mendoakan dan menyokong anak ini dalam menuntut ilmu Kalamullah.

Semoga Allah S.W.T terus memberkati usaha ini dan menjadikan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa menjaga, mengamalkan serta menyebarkan Al-Quran.

Wabillahit taufiq wal hidayah.

Jazakumullahu khairan kathiran.





09/07/2026
07/07/2026

Bismillah

Hari ini bermula bacaan Shahadah oleh Muhammad Yusuf A'qil bin Mohammad

Sama-sama kita doakan untuk beliau




Address

Lot 3249, Bt 35, Jalan Kuntum, Kpg Boundry, Bukit Changgang
Kampong Bukit Changgang
42700

Opening Hours

Monday 08:30 - 11:30
14:30 - 16:00
Tuesday 08:30 - 11:30
14:30 - 16:00
Wednesday 08:30 - 11:30
14:30 - 16:00
Thursday 08:30 - 11:30
14:30 - 16:00
Friday 09:00 - 12:00
Saturday 08:30 - 11:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Miftah Al Ulum Bukit Changgang:

Shortcuts

Share

Category