Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA

Call Directions Website Contact the school

Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit , Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman, Malaysia. Berilmu, Berakhlak, Berkualiti
(Knowledgeable, Virtuous, Quality)

Bismillah...Doakan anak-anak batch ITQAN.       +
23/09/2026

Bismillah...
Doakan anak-anak batch ITQAN.




+

Alhamdulillah..Tahniah atas pencapaian Team MIYIO Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA yang berakhir semalam. Semo...
21/09/2026

Alhamdulillah..Tahniah atas pencapaian Team MIYIO Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA yang berakhir semalam. Semoga penyertaan ini melahirkan huffaz yang celik inovasi sekaligus menjana produk yang Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik.






SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SBPI BATU RAKITAssalamualaikum sahabat BRa...
19/09/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SBPI BATU RAKIT

Assalamualaikum sahabat BRaInS.

Seluruh warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Pengiktirafan bernilai ini merupakan bukti nyata atas dedikasi, integriti, komitmen yang tidak berbelah bahagi, serta pengorbanan yang telah dicurahkan demi menjulang kecemerlangan akademik, sahsiah, dan kokurikulum anak-anak didik di bumi Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menabur bakti dengan penuh keikhlasan, serta menjadi inspirasi buat seluruh warga sekolah untuk terus memacu mutu pendidikan negara ke tahap yang lebih gemilang.

"Kecemerlangan Bukan Satu Destinasi, Tetapi Satu Perjalanan Yang Berterusan."

Syabas dan tahniah sekali lagi! Teruskan melakar kejayaan dan berbakti demi agama, bangsa, dan tanah air.

Ikhlas daripada,
Pengurusan & Seluruh Warga SBPI Batu Rakit





Program Khidmat Bantu SBP ataupun School of Global Excellence (SGE) adalah inisiatif bimbingan dan sokongan akademik ole...
17/09/2026

Program Khidmat Bantu SBP ataupun School of Global Excellence (SGE) adalah inisiatif bimbingan dan sokongan akademik oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia bertujuan untuk nerkongsi amalan terbaik, memperkukuhkan penguasaan akademik, serta memupuk kerjasama interaktif antara guru dan murid di kalangan SBP.

Pada pagi ini, seramai dua orang guru dan 20 orang murid tingkatan 5 bertolak ke SM Sains Dungun dalam untuk prgram ini.

Semoga Allah memberkati setiap langkah dan usaha mereka dalam memartabatkan perjuangan menuntut dan menyebarkan ilmu.




Kontinjen Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA untuk program The Malaysian International Young Inventors Olympiad ...
16/09/2026

Kontinjen Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA untuk program The Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2026 yang berlangsung di SM Sains Kepala Batas (SAKBA).

Semoga Allah pelihara perjalanan mereka dan kurniakan pencapaian yang terbaik untuk semua.




Bismillah...Doakan ketenangan dan kejayaan anak-anak batch ITQAN dalam menghadapi ujian lisan pada hari ini dan esok.   ...
14/09/2026

Bismillah...
Doakan ketenangan dan kejayaan anak-anak batch ITQAN dalam menghadapi ujian lisan pada hari ini dan esok.



Kem Jati Diri untuk murid Tingkatan Tiga bertempat di Nelayan Resort, Rhu Sepuluh, Setiu. Tahniah kepada Unit Bimbingan ...
13/09/2026

Kem Jati Diri untuk murid Tingkatan Tiga bertempat di Nelayan Resort, Rhu Sepuluh, Setiu.

Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling atas penganjuran ini. Semoga ia memberi suntikan semangat kepada para murid yang terlibat ke arah kecemerlangan sahsiah dan akademik mengikut acuan al-Quran dan Sunnah.





Program Immersion Murid Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) - Ulul Albab SBP Integrasi Ba...
13/09/2026

Program Immersion Murid Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) - Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA pada 6-9 Ogos 2026.

Semoga segala perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

Terima kasih kerana sudi bertandang ke sekolah kami.





Pertandingan Membaca Sajak sempena Bulan Kemerdekaan 2026. Terima kasih dan Tahniah kepada semua peserta dan semua yang ...
13/09/2026

Pertandingan Membaca Sajak sempena Bulan Kemerdekaan 2026.

Terima kasih dan Tahniah kepada semua peserta dan semua yang terlibat.




Address

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI BATU RAKIT
Kampong Batu Rakit
21020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096693769

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ulul Albab SBP Integrasi Batu Rakit - TMUA:

Share

Category