Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum

Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum Kampung Bukit Chengal Batu Jong Kuala Krai kelantan

26/11/2024
SEGERA KHATAM 30 JUZUK?1. Pada dasarnya,  menamatkan hafazan Quran dgn segera adalah perkara baik dan mulia.2. Namun, sa...
26/11/2024

SEGERA KHATAM 30 JUZUK?

1. Pada dasarnya, menamatkan hafazan Quran dgn segera adalah perkara baik dan mulia.

2. Namun, saya menyeru kepada para ibu bapa, usah diletakkan PENANDA ARAS seorang hafiz,/hafizah ialah cepatnya ia menamatkan hafazan AlQuran di sekolah atau maahad Tahfiz.

3. Ini kerana sangat banyak hafiz dan hafizah kini, tidak "INGAT" Quran yg dihafaznya.

4. Ramai pelajar2 saya di univ, adalah lepasan sekolah atau maahad tahfiz. Namun setiap kali kuliah, bila saya membaca satu ayat dan bertanya di surah manakah ayat tersebut? mereka akan terpinga2 walhal mereka semua lulusan tahfiz.

5. Ini bermaksud wpun mereka lulusan tahfiz tapi tidak melakukan murajaah (ulangan), maka AlQuran pasti dilupai.

6. Saya pernah berdepan beberapa situasi, iaitu seorang yg hafiz alQuran dan dapat SYAHADAH (khatam ulangan 40 kali dihadapan guru serta lulus peperiksaan) tetapi setelah dia bekerja (bidang lain yg tidak berkaitan Quran ), apabila di tanya tentang hafazan Quran, dia menunduk sedih, "saya lupa hampir semuanya."

7. Begitu p**a, ada kaedah cepat HAFAZ QURAN 6 BULAN, 3 BULAN, 1 BULAN (yg dipop**arkan di Indonesia sebelum ini) mereka 'pulun' hafaz pagi petang malam, hingga khatam 30 juzuk demi mengejar gelar hafiz.

8. Lalu saya bertemu dgn beberapa dari mereka dan bertanya ayat2 awal surah sahaja, mereka tak mampu mengingatinya.

9. Justeru, usah di kejar, SEGERA HAFAZ, tapi kejar HAFAZ DAN ULANG.

10. Saya tidak memberi tekanan kpd anak2 yg saya hantar ke sekolah tahfiz, utk segera khatam 30 juzuk. Mencukupi anak mengikuti silibus dan ISTIQAMAH ULANGAN. Ini paling PENTING.

11. Bahkan hafazan2 cepat di kalangan para ulama silam tidaklah menjadi 'tajuk' utama dalam bidang tahfiz, tetapi yang utama ialah mereka MENGULANGI bacaan, KHATAM 3 HARI atau SEMINGGU atau sebulan, atau masa tertentu yg ISTIQAMAH hgga mati.

12. Saya menyeru kepada para ibu bapa bahawa SEGERA KHATAM tidak dijadikan perkara paling penting tetapi, MURAJAAH ULANGKAJI, inilah dilakukan oleh leluhur kita para salafus soleh dari dulu hingga kini.

13. اللهم اجعلنا منهم امين

Assalamualaikum, Mohon doa buat Ust Husin Padang Kala,yg loni sedang dirawat di HPusm (Husm) Kubang Kerian,  Semoga dipe...
23/10/2024

Assalamualaikum,

Mohon doa buat Ust Husin Padang Kala,yg loni sedang dirawat di HPusm (Husm) Kubang Kerian, Semoga dipermudahkan urusan, diberikan kesembuhan serta afiat.

**Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum pernah membuka cawangan ke-3 di Surau beliau (Madrasah Ustaz Hj Husin) sekitar tahun 2004-2007.

**info terkini pukul 3:20petang

Salam,untuk makluman us husin padang kala bekas mudir diniah peringat (al kauthar) telah kembali ke rahmatullah hari ini..smoga roh arwah dicucuri rahmat dan maghfirah ILAHI 🤲

Kata-kata boleh membawa kita ke Syurga @ Menghumban kita ke Nerakaوعن أَبي موسى – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسول...
23/10/2024

Kata-kata boleh membawa kita ke Syurga @ Menghumban kita ke Neraka

وعن أَبي موسى – رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ أَيُّ المُسْلمِينَ أفْضَلُ؟ قَالَ: «مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ» متفق عَلَيْهِ

Daripada Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu dia berkata, aku berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda Rasulullah sallahu alaihi wa sallam menjawab, “Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah sallahu alaihi wa sallam berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.

Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri.

Maka dengan menjaga lidah dan tutur kata, manusia akan dapat menjamin ketenteraman, perdamaian dan kesejahteraan masyarakat mereka sepanjang masa.

28/08/2024

DIDIK HATI : KUNCI DAN DIDIKAN

Minggu lepas, guru kami bercerita

Terdapat satu mangga di pintu gudang.

Tukul besi yang merasakan dirinya paling hebat di dunia cuba memecahkan mangga tersebut.

Tukul cuba memukul mangga dengan pelbagai cara, mangga sekadar kemek sedikit tapi masih terkunci.

Datang p**a gergaji berlian. Gergaji suruh tukul ke tepi. Dia berkata giginya boleh memotong apa sahaja.

Setelah berjam cuba, giginya menjadi tumpul, mangga p**a hanya tercalar.

Tetiba muncul satu besi yang usang, badannya kecil, kotor, bergigi tak molek dan nampak rapuh.

“Biar saya cuba,” katanya kepada tukul besi dan gergasi berlian.

Tukul besi dan gergasi berlian ketawa terbahak-bahak, kata mana mungkin si besi karat ini nak berjaya sedangkan mereka berdua pun tidak.

Si besi kecil memasukkan dirinya ke dalam badan mangga dan putar. Mangga terus terbuka,

“Bagaimana kamu dapat melakukannya?” tanya gergaji berlian dan tukul besi.
“Kerana saya tahu cara untuk membukanya,” jawab si besi kecil.

Siapa nama kamu?
“Saya Kunci,” jawabnya.

Apa yang Tuan-tuan, Puan-puan faham dengan kisah ini? Cuba tulis pada ruang komen

Tanda-tanda phone sudah masuk ke dalam hati adalah:1. Lepas solat terus cari phone.2. Ketika baca Al-Quran masih gelisah...
07/02/2024

Tanda-tanda phone sudah masuk ke dalam hati adalah:

1. Lepas solat terus cari phone.

2. Ketika baca Al-Quran masih gelisah teringat mesej dalam handphone.

3. Tidur dengan telephone sehingga tidak sedar perlunya melafazkan zikir sebelum tidur

4. Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone dahulu.

5. Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone.

6. Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga.

7. Solat dilengahkan kerana sikap 'nanti nanti' sehingga leka melayan phone.

8. Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone

9. Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone.

10. Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone.

11. Mak Ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone.

Astaghfirullah.

Jika tanda² di atas ada dalam diri kita, segera lah bermuhasabah, perbanyakkan Istighfar dan segera buat jadual penggunaan phone anda.

Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Handphone

Pada tahun 2010, sequel Karate Kid lakonan Jaden Smith dan Jackie Chan dikeluarkan.Ada satu adegan Jaden Smith mula mera...
09/11/2022

Pada tahun 2010, sequel Karate Kid lakonan Jaden Smith dan Jackie Chan dikeluarkan.

Ada satu adegan Jaden Smith mula merasa bosan dengan latihan sangkut baju di kayu penyangkut setiap hari.

Sudahlah tidak diberitahu mengapa kena buat, malas kalau nak dikutkan.

Akhirnya setelah didesak, barulah Jackie Chan (sifu) memberitahu kesan tindakan latihan yang pada Jaden tidak beri kesan pun.

Ye lah, orang mahu belajar seni beladiri, tapi disuruh sangkut baju setiap hari berulang-ulang.

Rupanya ada sebab dan ia membentuk habit.

Tidak ada seorang guru yang meminta anak didiknya membuat sesuatu tanpa sebab.

Membentuk habit kecemerlangan bukan kerja yang mudah.

Address

Kampung Bukit Chengal
Kampong Batu Jong
18000

Telephone

+601116970189

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Tahfiz Bustanul Ulum:

Shortcuts

Share

Category