Ribath Azzahra Al Batul

Ribath Azzahra Al Batul Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ribath Azzahra Al Batul, School, 7/718, Jalan Balok Pantai, Kampung Balok, Kuantan, Kampong Balok.

ISNIN I 3 OGOS 2026Alhamdulillah.Para pelajar telah berpeluang menghadiri Daurah Tauhid yang berlangsung di Ribath Al Mu...
05/08/2026

ISNIN I 3 OGOS 2026

Alhamdulillah.

Para pelajar telah berpeluang menghadiri Daurah Tauhid yang berlangsung di Ribath Al Musthofa bersama Syeikh Mustafa An Nadwi.

Semoga majlis ilmu yang penuh keberkatan ini menambahkan kefahaman tentang akidah yang sahih, mengukuhkan keimanan, serta menjadi bekalan yang bermanfaat dalam kehidupan. Semoga Allah SWT memberkati para guru, para pelajar, dan semua yang terlibat dalam menjayakan daurah ini.

اللهم زدنا علماً نافعاً وارزقنا عملاً صالحاً. آمين

Selepas selesai Daurah Tauhid, Syeikh Mustafa An Nadwi telah meluangkan masa untuk bertemu secara khusus dengan para pelajar serta menyampaikan nasihat yang amat berharga.

Antara pesan beliau ialah agar para pelajar terus istiqamah menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat. Ilmu adalah cahaya yang membimbing kehidupan dan menjadi bekalan menuju keredaan Allah SWT.

Beliau juga mengingatkan bahawa di sisi Allah SWT, kemuliaan seseorang bukanlah dinilai berdasarkan jantina, sama ada lelaki atau perempuan, tetapi berdasarkan ilmu, iman dan amal soleh. Semoga nasihat yang penuh hikmah ini menjadi pendorong buat semua untuk terus menimba ilmu, memperkukuh keimanan dan memperbanyakkan amal yang diredai-Nya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita ilmu yang bermanfaat, iman yang teguh serta istiqamah dalam beramal hingga ke akhir hayat. آمين.

JUMAAT I 24 JULAI 2026Hari Kelima Mahrajan | Majlis Penyampaian HadiahAlhamdulillah, tibalah kemuncak Mahrajan dengan be...
24/07/2026

JUMAAT I 24 JULAI 2026

Hari Kelima Mahrajan | Majlis Penyampaian Hadiah

Alhamdulillah, tibalah kemuncak Mahrajan dengan berlangsungnya majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pelbagai acara dan pertandingan yang telah diadakan.

Menang atau kalah merupakan lumrah dalam setiap permainan dan pertandingan. Yang lebih utama ialah semangat kesukanan, ukhuwah serta pengalaman yang telah dikongsi bersama sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua para pemenang atas kejayaan yang diraih. Kepada yang belum berjaya, teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi inspirasi untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia, sukarelawan dan pihak yang telah menjayakan Mahrajan kali ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan dan kita dipertemukan lagi pada program yang akan datang

KHAMIS I 26 JULAI 2026MINGGU MAHRAJAN 2026 | HARI KEEMPATHari keempat Minggu Mahrajan diteruskan dengan penganjuran Acar...
24/07/2026

KHAMIS I 26 JULAI 2026

MINGGU MAHRAJAN 2026 | HARI KEEMPAT

Hari keempat Minggu Mahrajan diteruskan dengan penganjuran Acara Sukaneka yang berlangsung di Pusat Rekreasi Balok.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah, serta memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan para peserta. Diharapkan segala aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manfaat dan kenangan yang bermakna kepada semua yang terlibat.

Terima kasih kepada semua jawatankuasa, petugas dan peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan semangat.

RABU I 22 JULAI 2026Hari Ketiga MahrajanAlhamdulillah, hari ketiga Mahrajan diteruskan dengan Pertandingan Memasak, yang...
22/07/2026

RABU I 22 JULAI 2026

Hari Ketiga Mahrajan

Alhamdulillah, hari ketiga Mahrajan diteruskan dengan Pertandingan Memasak, yang menyaksikan setiap rumah sukan menampilkan kreativiti, kerjasama dan kemahiran dalam menyediakan hidangan berasaskan ayam.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
🥇 Tempat Pertama: Rumah Kuning – Ayam Palembang
🥈 Tempat Kedua: Rumah Hijau – Ayam Percik Diraja
🥉 Tempat Ketiga: Rumah Merah – Chicken Butter Garlic
🏅 Tempat Keempat: Rumah Purple – Ayam Kam Heong
🏅 Tempat Kelima: Rumah Biru – Ayam Masak Serai

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, kreativiti dan semangat berpasukan yang dipamerkan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah serta terus menyemarakkan ukhuwah dalam kalangan para pelajar.

SELASA I 21 JULAI 2026Alhamdulillah, hari ini para pelajar berpeluang meluangkan masa mengikuti aktiviti mandi-manda dan...
21/07/2026

SELASA I 21 JULAI 2026

Alhamdulillah, hari ini para pelajar berpeluang meluangkan masa mengikuti aktiviti mandi-manda dan riadah di Taman Rekreasi Asfa. Suasana yang ceria dan penuh kegembiraan bukan sahaja memberi ruang untuk merehatkan minda, malah mengeratkan lagi ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan para pelajar.
Semoga aktiviti santai seperti ini menjadi kenangan yang indah dan memberikan tenaga serta motivasi baharu untuk meneruskan pembelajaran dengan lebih bersemangat.

ISNIN l 20 Julai 2026Alhamdulillah bermulanya minggu mahrajan. Karnival ini dirasmikan oleh Al Fadhil Syeikh Muhammad Aw...
21/07/2026

ISNIN l 20 Julai 2026

Alhamdulillah bermulanya minggu mahrajan. Karnival ini dirasmikan oleh Al Fadhil Syeikh Muhammad Awis Qarni selaku mudir Ribath Az Zahra Al Batul. Semoga para pelajar dapat mengambil manfaat dengan sebaiknya.

Hari pertama dimulakan dengan Musabaqah Turath dan Musabaqah al-Quran, yang menjadi pembuka tirai pertandingan pada tahun ini.

Alhamdulillah, Khamis 25 June 2026 bersamaan 10 Muharram 1448H, seorang pelajar kami Sharifah Amna Nabihan Bt Syed Abu B...
15/07/2026

Alhamdulillah, Khamis 25 June 2026 bersamaan 10 Muharram 1448H, seorang pelajar kami Sharifah Amna Nabihan Bt Syed Abu Bakar Benyahya berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk di hadapan gurunya Ustazah Farhana

Hadir menjadi saksi hafazan terakhir beliau adalah kedua ibubapa dan ahli keluarga serta diberkati dengan kehadiran Syeikh Uwais Al Qarni Al Yamani selaku mudir dan tenaga pengajar di Ribath Al Mustofa dan Ribath Az Zahra Albatul

Tahniah buat pelajar kami serta kedua ibubapa dan keluarga. Mudah-mudahan menjadi asbab keberkatan dan rahmat dari Allah swt buat seisi keluarga. Tahniah dan terima kasih kepada gurunya Ustazah Farhana serta guru-guru lain yang sentiasa memberi perhatian, didikan dan panduan untuk kejayaan Sharifah Amna Nabihan serta pelajar-pelajar lain umumnya.

Semoga terus istiqamah mengulangkaji hafazan dan menjadi panduan buat rakan-rakan yang lain.

Khamis l 18 Jun 2026Lawatan DAKWAH DAN ILMIAH Syeikh Muhammad bin Musthofa bin Ahmad  bin Ibrahim as-Subhi , Imam & Guru...
19/06/2026

Khamis l 18 Jun 2026

Lawatan DAKWAH DAN ILMIAH Syeikh Muhammad bin Musthofa bin Ahmad bin Ibrahim as-Subhi , Imam & Guru Qiraat Masjid Syeikh Soleh al-Jaa’fari di Mesir.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Syeikh Muhammad bin Musthofa bin Ahmad bin Ibrahim as-Subhi atas kesudian meluangkan masa berkunjung serta berkongsi ilmu dan nasihat yang amat berharga bersama kami.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi asbab bertambahnya kefahaman agama, keberkatan ilmu serta pengukuhan ukhuwah dalam kalangan umat Islam.

Kami mendoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan, keberkatan umur dan kejayaan kepada Syeikh dalam meneruskan usaha dakwah dan menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Jazakumullahu khairan kathira atas kunjungan yang penuh bermakna ini.

🤲🏻🌹 Semoga beroleh keberkatan dan manfaat yang berpanjangan buat semua.

Selasa l 16 June 2026Para pelajar menyambut 1 Muharram dengan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Program diterus...
19/06/2026

Selasa l 16 June 2026

Para pelajar menyambut 1 Muharram dengan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Program diteruskan dengan ceramah mengenai peristiwa hijrah serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya. Majlis turut diserikan dengan acara meminum susu yang merupakan amalan AS SAYYID MUHAMMAD B ALWI AL-MAKKI sebagai simbolik kesucian dan kebersihan, dengan harapan agar sepanjang tahun yang baharu ini mereka sentiasa dipelihara dan dikurniakan kehidupan yang bersih serta baik.

Rabu l 29 April 2026Lawatan petanda aras delegasi Jabatan Agama Islam Johor , Maahad Johor , Sekolah Agama Johor & PINTA...
02/05/2026

Rabu l 29 April 2026

Lawatan petanda aras delegasi Jabatan Agama Islam Johor , Maahad Johor , Sekolah Agama Johor & PINTA Johor ke Ribath Az Zahra & Ribath al Musthofa Kuantan.
Kami pun tak pasti , aras apa yang mereka nilai pada kami. Mungkin sangka baik mereka sangat tinggi buat kami.
اللهم اجعلنا خيرا مما يظنون
Ya Allah , jadikan kami lebih baik dari apa yang mereka sangkakan

Address

7/718, Jalan Balok Pantai, Kampung Balok, Kuantan
Kampong Balok
26100

Opening Hours

Monday 09:00 - 14:00
Tuesday 09:00 - 14:00
Wednesday 02:00 - 14:00
Thursday 09:00 - 14:00
Friday 09:00 - 12:00
Saturday 09:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ribath Azzahra Al Batul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ribath Azzahra Al Batul:

Shortcuts

Share

Category