Tadika Tahfiz NUR Furqan TTNF Sungai Seluang

Tadika Tahfiz NUR Furqan TTNF Sungai Seluang Assalammualaikum w.b.t , Di sini kami pihak TTNF Sungai Seluang akan sentiasa memberikan info terkini berkaitan Tadika Tahfiz Nur Furqan . Terimakasih

Syukur selalu.... part 1Alhamdulillah sudah program Hari Keluarga Tadika Tahfiz Nur Furqan 2023/2024.Tahun ni kami berka...
27/01/2024

Syukur selalu.... part 1

Alhamdulillah sudah program Hari Keluarga Tadika Tahfiz Nur Furqan 2023/2024.

Tahun ni kami berkampung di Teratak Merah Sungai Sedim @ Sedim Eco Resort

Terima kasih kepada semua waris yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan program ini...

Terima kasih kepada yang menyumbang hadiah, wang dan tenaga mahupun secara langsung @ tidak langsung. Semoga Allah memberkati kita semua dan bertambah murah rezeki...

*13 Januari 2024* semoga menjadi sweet memories bagi anak2 dan waris Tadika Tahfiz NUR Furqan TTNF Sungai Seluang sesi persekolahan 2023/2024
Maaf, dah 2 minggu program berlangsung, baru berkesempatan hari ini untuk upload gambar.

InshaAllah,dipanjangkan umur kita jumpa di Hari Keluarga seterusnya 2024/2025.


Salam ukhwah. Tadika Tahfiz Nur Furqan menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada anak anak berusia 4 hingga 6 tahun di ...
16/12/2014

Salam ukhwah. Tadika Tahfiz Nur Furqan menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada anak anak berusia 4 hingga 6 tahun di mana melibatkan pembelajaran akademik dalam semua subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ,Matematik, Sains dan Pendidikan Islam serta Fizikal dan Estetika seperti seni dan kraf serta pndidikn jasmani . Kami juga melibatkan pembelajaran subjek tambahan iaitu bahasa arab. Penguasaan bacaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Jawi juga diberikan kepada anak-anak setiap hari persekolahan. Kami juga menyediakan pengajian Al Quran menggunakan teknik pengajian Al Baghdadi iaitu teknik cepat membaca al-quran yang terkini. Hasrat kami adalah untuk mencapai objektif penguasaan bacaan al-quran seawal usia 4 tahun dan penguasaan hafazan surah-surah juz amma serta doa2 harian. Selain itu,kami juga menyediakan pembelajaran fardhu ain kepada anak- anak sebagai tambahan dalam meningkatkan kecemerlangan dan sahsiah diri anak-anak.

TTNF menyediakan perkhidmatan :-
TE (Tadika Excellent) ahad sehingga khamis jam 8pg hingga 12.30tghr
TFG (Tadika + Fardhu Ain Genius) ahad sehingga khamis jam 8pg hingga 3ptg
TSM (Tadika Sepenuh Masa Mumtaz) ahad shingga khamis 8pg hingga 6ptg

Pakej tambahan :
TSI (Tadika Sepenuh Masa Imtiyaz) ahad sehingga jumaat jam 8pg hingga 6 ptg)
AT (Transit - untuk primary school ) ahad sehingga khamis jam 1tghr hingga 6 ptg

Lokasi tadika :
Pusat Tarbiah Raudhotul 'Ilmi, Kg Sungai Seluang Atas, 09600 Lunas,Kedah (bersebelahan tanah perkuburan sungai seluang)
Untuk maklumat lanjut : sila hubungi
014-2499276 ( cikgu Kalsom)
013-5067839 (cikgu Zuriana)
04-4841264 (pejabat)

'' BERSAMA MELAHIRKAN GENERASI RABBANI''

Assalammualaikum w.b.t ..Tadika Tahfiz Nur Furqan dibuka untuk pendaftaran 2015. Kami mengalu alukan para ibu bapa menda...
14/12/2014

Assalammualaikum w.b.t ..Tadika Tahfiz Nur Furqan dibuka untuk pendaftaran 2015. Kami mengalu alukan para ibu bapa mendaftarkan anak anda di tadika kami. Dengan visi kami , Melahirkan Generasi Rabbani kami berharap anda berminat untuk bersama melahirkan generasi anak yang soleh dan solehah dengan cemerlang dari segi fizikal, rohani dan intelek. Kami menggunakan kaedah pembelajaran yang melibatkan pelbagai subjek mengikut sukatan matapelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembelajaran teknik bacaan al quran iaitu Teknik Al-baghdadi dan kaedah bacaan cepat membaca jawi Ibu Ajarku Jawi disediakan dan juga siri bacaan Bacalah sayang dan Peter and Jane. Sila hubungi kmi di talian 0142499276 dan 0135067839 untuk mendapatan maklumat lanjut atau datang ke Tadika Tahfiz Nur Furqan, bertempat di Pusat Tarbiyah Raudhatul Ilmi, Sungai Seluang Atas.

Address

Kampung Sungai Buluh, Sungai Sedim
Kampong Bakai
09700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Tahfiz NUR Furqan TTNF Sungai Seluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share