Pusat Kerjaya dan Alumni USIM

Pusat Kerjaya dan Alumni USIM Assalamualaikum dan Hi Alumni USIM ! Ini adalah Facebook rasmi Pusat Kerjaya dan Alumni USIM

Pejabat Perhubungan Alumni yang telah ditubuhkan di bawah universiti pada Ogos 2010 berperanan sebagai penghubung di antara alma mater (Universiti Sains Islam Malaysia), para alumni dan Persatuan Alumni USIM. Secara umumnya, Pejabat Perhubungan Alumni memainkan peranan penting dalam menjana sumbangan –dalam bentuk intelektual dan fizikal- daripada para alumni yang telah berada di sektor pekerjaan berbeza kepada universiti untuk meningkatkan mutu pembangunan pelajar.

PELUNCURAN ALUMNI CHAPTER PERBANKAN/KEWANGAN ISLAM USIMPusat Kerjaya dan Alumni (PUSAKA), Universiti Sains Islam Malaysi...
11/09/2026

PELUNCURAN ALUMNI CHAPTER PERBANKAN/KEWANGAN ISLAM USIM

Pusat Kerjaya dan Alumni (PUSAKA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Peluncuran Alumni Chapter Perbankan/Kewangan Islam USIM pada 9 September 2026 bertempat di Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Majlis telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang turut diiringi oleh Timbalan Naib Canselor USIM, Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, serta Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni, En. Hazrul Fareeza Harun.

Peluncuran chapter ini menjadi satu langkah strategik dalam memperkukuh jaringan alumni dalam bidang perbankan dan kewangan Islam, di samping membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, jaringan industri, pembangunan bakat serta kerjasama yang lebih erat antara alumni, universiti dan pihak industri.

Semoga Alumni Chapter Perbankan/Kewangan Islam USIM terus menjadi platform yang dinamik dalam memperkasa komuniti alumni serta menyumbang kepada pembangunan bakat dan ekosistem kewangan Islam di Malaysia dan peringkat global.

Connecting Legacy. Shaping The Future

Suasana meriah, sorakan dan semangat kekeluargaan mewarnai program Santai Bowling Bersama Alumni USIM sempena Hari Alumn...
03/09/2026

Suasana meriah, sorakan dan semangat kekeluargaan mewarnai program Santai Bowling Bersama Alumni USIM sempena Hari Alumni USIM 2026 yang berlangsung di The Bowlers @ MesaMall, Nilai.

Program ini menjadi ruang untuk Alumni USIM berkumpul, bertanya khabar dan mengeratkan ukhuwah, walaupun masing-masing datang daripada latar belakang dan generasi yang berbeza. 🤝💙

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya membawa pulang hadiah kemenangan! 🏆🎁 Insya-Allah, Pusat Kerjaya dan Alumni USIM bercadang untuk menjadikan program bowling sebagai salah satu acara tahunan khas buat Alumni USIM.

Terima kasih kepada semua alumni yang hadir, memberikan sokongan dan memeriahkan program ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada rakan-rakan penaja alumni yang turut bersama menjayakan program kali ini:

✨ Klinik Ara 24 Jam
✨ Big Lemon Group Sdn. Bhd.
✨ LNC Print Room (M) Sdn. Bhd.
✨ Chetakan Imagine Trading
✨ Pizza Cheezy (Ummi Kalsum Mohd.)

Sokongan dan sumbangan anda amat kami hargai! 🙌✨

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan yang lebih padu dalam usaha menghimpunkan Alumni USIM daripada pelbagai latar belakang dan generasi.

Sekali USIM, tetap USIM! 💙💛
Jumpa lagi dalam program Alumni USIM yang seterusnya!

📸 📸 PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN 2026TERBUKA KEPADA KAKITANGAN, PELAJAR DAN ALUMNI USIM !!Sempena sambutan Bulan K...
02/09/2026

📸 📸 PERTANDINGAN FOTOGRAFI KEMERDEKAAN 2026

TERBUKA KEPADA KAKITANGAN, PELAJAR DAN ALUMNI USIM !!

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat USIM, Pusat Kebudayaan USIM dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar menjemput semua warga USIM kakitangan, pelajar dan alumni untuk menyertai pertandingan fotografi bertemakan:

✨ “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ✨

Tarikh tutup penyertaan pada 9 September 2026. Jom rakam semangat kemerdekaan melalui lensa kamera anda dan sama-sama kita meraikan identiti Malaysia MADANI!

🏆 Hadiah menarik menanti pemenang:
🥇 Johan – RM300
🥈 Naib Johan – RM200
🥉 Ketiga – RM150
🎖️ Saguhati x 5 – RM50

Rujuk poster diatas untuk syarat dan cara penyertaan pertandingan & maklumat lanjut!
PUSKEB menunggu penyertaan anda!!!


Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan neg...
31/08/2026

Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan negara. 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni 🇲🇾

The 12th Islamic Banking, Accounting & Finance International Conference 2026 (iBAF 2026), hosted by Universiti Sains Isl...
28/08/2026

The 12th Islamic Banking, Accounting & Finance International Conference 2026 (iBAF 2026), hosted by Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), gathers academics, researchers, industry leaders, and students to discuss Islamic finance developments.

Theme: “Future-Ready Islamic Accounting, Banking and Finance: Integrating Artificial Intelligence, Sustainability, and Governance.”

📅 9 & 10 September 2026
📍 Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA

Register and learn more: ibaf.usim.edu.my (http://ibaf.usim.edu.my/)

Salam Maulidur Rasul 1448H“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menjadi in...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi dalam membina ummah yang penuh rahmat dan keberkatan. 🤍

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

📢 INDUSTRY DISCOURSE SESSION | iBAF2026Join us for the Industry Discourse Session: Agile Leadership for Future-Ready Tal...
19/08/2026

📢 INDUSTRY DISCOURSE SESSION | iBAF2026

Join us for the Industry Discourse Session: Agile Leadership for Future-Ready Talent in Islamic Finance, held in conjunction with the 12th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2026 (iBAF2026).

🎙️ Featured Speakers :-
- Ts. Dr. Othman Abdullah – Chief Executive Officer, Cognify AI Sdn. Bhd.
- Encik Anuar Elias – Head of Shariah Department, Bank Simpanan Nasional Berhad.
- Puan Nur Raihana Mohd Nasir – Agency Manager, AIA Public Takaful

📅 9 September 2026 (Wednesday)
⏰ 2.00 PM – 5.00 PM
📍 Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA

🔗 Register now:
https://forms.gle/26TJYKkyKM58o4ah6

Registration Information :-
- Participants who have already registered for iBAF2026 via ConfBay are only required to provide their ConfBay Registration ID.
- Participants who have not yet registered for iBAF2026 may complete their registration through this form by selecting either the One-Day Pass (9 September 2026) or the Full Conference Pass (9–10 September 2026).

For the full conference programme, registration packages, and event updates, please visit: https://ibaf.usim.edu.my

Santai Bowling bersama Alumni USIM Vol. 2 anjuran Pusat Kerjaya dan Alumni bersama Persatuan Alumni USIM📅 Tarikh : 21 Og...
18/08/2026

Santai Bowling bersama Alumni USIM Vol. 2 anjuran Pusat Kerjaya dan Alumni bersama Persatuan Alumni USIM

📅 Tarikh : 21 Ogos 2026 (Jumaat)
⌚ Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
📍 Tempat : The Bowlers @ MesaMall, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
📝 Daftar : https://bit.ly/bowlingalumni26

🔷 TERHAD kepada 24 pasukan sahaja !
🔷 1 pasukan = 4 orang
🔷 Yuran Penyertaan : RM 30.00/seorang
🔷 Stokin Tidak Disediakan (Sila bawa stokin sendiri.)
🔷 Format Permainan : 2 games
⏳Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Ogos 2026 (12pm)

🏆Hadiah Menarik Menanti :-

👥 Pasukan Skor :
Johan : RM 500.00
Naib Johan : 300.00
Ketiga : RM 200.00

Individu terbaik :
👩🏻 Wanita
🧔🏻 Lelaki

🎁 Semua pasukan akan menerima saguhati

Siapa yang boleh sertai? :-
🎓 Alumni/Pasangan Alumni/Keluarga Alumni (18 tahun dan ke atas)
👤 Kakitangan USIM
👥 Pelajar USIM

🎳 Tempat adalah terhad! Daftar sekarang sebelum penyertaan penuh!

📞 Untuk makluman lanjut, sila hubungi :
H/Phone Pejabat : 06-798 6173/6148
Whatsapp : https://wasap.my/6067986148

Santai Bowling bersama Alumni USIM Vol. 2 anjuran Pusat Kerjaya dan Alumni bersama Persatuan Alumni USIM📅 Tarikh : 21 Og...
12/08/2026

Santai Bowling bersama Alumni USIM Vol. 2 anjuran Pusat Kerjaya dan Alumni bersama Persatuan Alumni USIM

📅 Tarikh : 21 Ogos 2026 (Jumaat)
⌚ Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
📍 Tempat : The Bowlers @ MesaMall, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
📝 Daftar : https://bit.ly/bowlingalumni26

🔷 TERHAD kepada 24 pasukan sahaja !
🔷 1 pasukan = 4 orang
🔷 Yuran Penyertaan : RM 30.00/seorang
🔷 Stokin Tidak Disediakan (Sila bawa stokin sendiri.)
🔷 Format Permainan : 2 games
⏳Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2026

🏆Hadiah Menarik Menanti :-

👥 Pasukan :
Johan : RM 300.00
Naib Johan : 200.00
Ketiga : RM 100.00

Individu terbaik :
👩🏻 Wanita
🧔🏻 Lelaki

🎁 Semua pasukan akan menerima saguhati

Siapa yang boleh sertai? :-
🎓 Alumni/Pasangan Alumni/Keluarga Alumni (18 tahun dan ke atas)
👤 Kakitangan USIM
👥 Pelajar USIM

🎳 Tempat adalah terhad! Daftar sekarang sebelum penyertaan penuh!

📞 Untuk makluman lanjut, sila hubungi :
H/Phone Pejabat : 06-798 6173/6148
Whatsapp : https://wasap.my/6067986148

Address

Pusat Kerjaya Dan Alumni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Bandar Baru Nilai, Nilai
Kampong Baharu Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067986172

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kerjaya dan Alumni USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Kerjaya dan Alumni USIM:

Shortcuts

Share

Category