13/08/2024
Taklimat Penataran UPKK SRITI Bestari Bagan Serai β Sabtu, 10 Ogos 2024
Pada hari Sabtu, 10 Ogos 2024, SRITI Bestari Bagan Serai dengan sukacitanya telah mengadakan Taklimat Penataran UPKK yang telah disampaikan oleh Ustaz Kahardin bin Samsuri (Penyelia Kafa Daerah Bagan Serai). Program ini bertujuan untuk memberi pencerahan dan panduan kepada para pelajar serta ibu bapa mengenai persiapan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Kami berharap taklimat ini telah memberi manfaat yang besar kepada semua yang hadir, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Kahardin atas perkongsian ilmu yang sangat berharga. Bersama-sama, kita komited untuk memastikan kejayaan anak-anak kita dalam peperiksaan ini.