20/07/2026
π€² MAJLIS BACAAN YASIN & DOA RESTU SPMRSM & SPM 2026
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Restu sempena Peperiksaan SPMRSM & SPM 2026 bagi calon Batch Vanquier MRSM Jeli akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan sebagai ikhtiar rohani dalam memohon keberkatan, ketenangan dan kejayaan daripada Allah SWT.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada semua calon ketenangan hati, kekuatan semangat, kefahaman yang tinggi, dipermudahkan segala urusan serta dianugerahkan kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang bakal ditempuhi.
βYa Allah, permudahkanlah segala urusan mereka, bukakanlah pintu-pintu kejayaan, ilhamkanlah jawapan yang tepat, serta kurniakanlah mereka kejayaan yang cemerlang dan diberkati. Jadikanlah mereka insan yang berilmu, berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Aamiin.β
Selamat Maju Jaya, Batch Vanquier.
Semoga setiap usaha dipermudahkan dan setiap doa dimakbulkan.