SK Sahom

Call Directions Website Contact the school

SK Sahom sahom valey Sekolah Sesi Pagi Sahaja

Part 4KARNIVAL STEM DAN KOLURIKULUMTAHUN3: Straw Cargo Master
23/07/2026

Part 4
KARNIVAL STEM DAN KOLURIKULUM

TAHUN3: Straw Cargo Master

Part 3KARNIVAL STEM DAN KOKURIKULUMTahin 4: Projek Eco-Purifikasi Air
23/07/2026

Part 3
KARNIVAL STEM DAN KOKURIKULUM

Tahin 4: Projek Eco-Purifikasi Air

Part 2KARNIVAL STEM DAN KOKURIKULUMEngineering Bridge Penyertaan drp murid tahun 5 dan 6.
22/07/2026

Part 2

KARNIVAL STEM DAN KOKURIKULUM

Engineering Bridge
Penyertaan drp murid tahun 5 dan 6.

Part 1KARNIVAL STEM DAN KOKURIKULUM 2026Sekitar majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Puan Norlia, Guru besar S...
22/07/2026

Part 1

KARNIVAL STEM DAN KOKURIKULUM 2026

Sekitar majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Puan Norlia, Guru besar Sk Sahom.

TAHNIAH SQUAD SEPAK TAKRAW SK SAHOM – BAGEERA SAHOMIAN!-Syabas dan tahniah diucapkan kepada Skuad Sepak Takraw SK Sahom ...
02/07/2026

TAHNIAH SQUAD SEPAK TAKRAW SK SAHOM – BAGEERA SAHOMIAN!-

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Skuad Sepak Takraw SK Sahom kerana telah berjaya menempa nama dan mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan MSSD Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Daerah Kinta Selatan bagi tahun ini! πŸ†

Pasukan Bageera Sahomian kita telah memamerkan semangat juang yang tinggi dan aksi yang memukau sehingga berjaya merangkul tempat ke-3 dalam perlawanan tersebut! πŸ₯‰

Kejayaan ini bertambah manis dan menjadi kebanggaan seluruh warga SK Sahom apabila adik Mitias a/l Maris telah dinobatkan sebagai Pemain Killer Terbaik keseluruhan kejohanan

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih, guru-guru pengiring, serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu tanpa henti kepada pasukan sekolah.

Kepada para pemain, jadikan pencapaian ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan. Teruskan melangkah jauh!
*β€œRajin, Berusaha, Berjaya!”* πŸ’ͺ🌟
*Semangat. Kerja Keras. Kemenangan.*

πŸ† TAHNIAH SAHOMIAN HANDBALL! πŸ†Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SK Sahom atas ...
16/06/2026

πŸ† TAHNIAH SAHOMIAN HANDBALL! πŸ†

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Baling SK Sahom atas kejayaan cemerlang muncul sebagai Johan Kumpulan dan seterusnya berjaya meraih TEMPAT KETIGA dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Kinta Selatan Bawah 12 Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi dalam kalangan para pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Terima kasih atas segala usaha, tenaga, keringat dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi mengharumkan nama SK Sahom.

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para jurulatih dan guru pengiring atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam membimbing pasukan. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan kerjasama sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah Sahomian Handball! πŸ’ͺπŸ₯‰πŸ†





🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟Warga SK Sahom merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang murid yang telah mengharumka...
12/06/2026

🌟 TAHNIAH DAN SYABAS! 🌟

Warga SK Sahom merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang murid yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam program Xplorasi Generasi MADANI: Cabaran Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Pusat Kokurikulum Negeri Perak, Pulau Pangkor pada 10 hingga 12 Jun 2026.

πŸ† Johan Acara Orienteering

Tahniah kepada:
πŸ‘ Abdul Zafran
πŸ‘ Mitias
πŸ‘ Ariana Shuhada
πŸ‘ Nur Qaisara Aqila

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat berpasukan, disiplin yang tinggi serta bimbingan para guru. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Sahom untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK Sahom!

πŸŒŸπŸ†πŸŽ‰

Terima kasih kpd para penyumbang yg telah menyumbang untuk pembelian jersi team BOLA BALING.Semoga dimurahkan rezeki sem...
12/06/2026

Terima kasih kpd para penyumbang yg telah menyumbang untuk pembelian jersi team BOLA BALING.

Semoga dimurahkan rezeki semua. Doakan kejayaan kami pada perlawanan bola baling peringkat daerah pada minggu hadapan.

πŸ“£ AYUH BERSAMA MENYOKONG PASUKAN BOLA BALING SK SAHOM🏐Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pasukan bola baling sekolah ki...
21/05/2026

πŸ“£ AYUH BERSAMA MENYOKONG PASUKAN BOLA BALING SK SAHOM🏐

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasukan bola baling sekolah kini sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung. Demi menyuntik semangat pemain-pemain muda yang membawa nama sekolah, kami membuka peluang kepada masyarakat setempat, ibu bapa serta alumni untuk bersama-sama menyumbang dalam penyediaan 14 set jersi pasukan.

πŸ’° Anggaran kos diperlukan: RM500
πŸ‘• Keperluan: 14 set jersi permainan

Kami percaya, kejayaan sesebuah pasukan bukan hanya terletak pada pemain di gelanggang, tetapi juga hasil sokongan dan kebersamaan komuniti yang sentiasa berdiri di belakang mereka.

Besar harapan kami agar warga masyarakat, bekas pelajar (alumni) dan semua yang prihatin dapat bersama-sama menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan ini dalam mengharumkan nama sekolah.

✨ Setiap sumbangan membawa makna besar buat anak-anak ini.
Tidak kira besar atau kecil, ia tetap menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berusaha dan melakar kejayaan.

πŸ“© Kepada yang ingin menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami melalui ruangan mesej atau terus menghubungi guru pengiring pasukan.

🀝 β€œDaripada komuniti, untuk kecemerlangan anak-anak sekolah.”
πŸ† Bersama kita kuat, bersama kita melakar kejayaan.

πŸ•οΈ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ•οΈSekalung tahniah diucapkan kepada murid SK Sahom yang telah menyertai Perkhemahan Perdana Tunas...
19/05/2026

πŸ•οΈ TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ•οΈ

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid SK Sahom yang telah menyertai Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) – Kem Wira TKRS Generasi Madani Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda, Kampar.

πŸ‘ Murid yang terlibat:
πŸ”Ή Muhammad Arif bin Rozmi
πŸ”Ή Muhammad Arif Muizzuddin bin Mohd Ramdzan

πŸŽ‰ Ucapan tahniah khas kepada Muhammad Arif bin Rozmi atas kejayaan meraih Tempat Kedua dalam Pertandingan Ikatan dan Gajet Kategori Putra.

Semoga penyertaan dan kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus aktif, berdisiplin dan cemerlang dalam kokurikulum.

SK Sahom Hebat! πŸ’ͺπŸ”₯

Address

SK Sahom, Jalan Chenderiang
Kampar
31850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sahom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sahom:

Shortcuts

Share