Akademi Darul Quran Darul Huffaz

Akademi Darul Quran Darul Huffaz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Education, 1805 Jalan INTAN TAMAN BANDAR BARU, Kampar.

Sebuah Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain yang berdaftar di bawah JAIPk dan telah diasaskan selama 28 tahun bermula dari tahun 1998 sehingga kini oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Hj Ahmad Mahfuz Bin Amin.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐁𝐈𝐋 𝐄𝐋𝐄𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈  𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈/𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔⚡𝘼𝙆𝘼𝘿𝙀𝙈𝙄 𝘿𝘼𝙍𝙐𝙇 𝙌𝙐𝙍...
20/08/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐁𝐈𝐋 𝐄𝐋𝐄𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈/𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔⚡

𝘼𝙆𝘼𝘿𝙀𝙈𝙄 𝘿𝘼𝙍𝙐𝙇 𝙌𝙐𝙍𝘼𝙉 𝘿𝘼𝙍𝙐𝙇 𝙃𝙐𝙁𝙁𝘼𝙕,𝙋𝙐𝙎𝘼𝙏 𝘽𝙄𝙈𝘽𝙄𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃,𝙆𝘼𝙈𝙋𝘼𝙍,𝙋𝙀𝙍𝘼𝙆.

‼️ 𝗕𝗜𝗟 𝗘𝗟𝗘𝗧𝗥𝗜𝗞 (𝗥𝗠 𝟲,𝟱𝟵𝟲.𝟵𝟳)‼️
‼️ 𝗕𝗜𝗟 𝗔𝗜𝗥 (𝗥𝗠 𝟭,𝟭𝟲𝟭.𝟯𝟬)‼️

𝐓𝐮𝐚𝐧-𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐚𝐧-𝐩𝐮𝐚𝐧,
Kami membuka peluang untuk anda menginfaqkan seberapa nilai sahaja mengikut keikhlasan anda, untuk menaja bil elektrik & bil air pusat tahfiz yang kita cintai ini di mana ada anak-anak syurga sedang berjuang menghafal kalam Allah & di dalamnya ada anak-anak yatim,asnaf & muallaf.

Kami merayu mohon bantuan seikhlasnya serta bantu kami sebarkan kepada yang lain.
𝑩𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒏𝒊𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒇𝒂𝒒 𝒊𝒏𝒊 𝒌𝒉𝒖𝒔𝒖𝒔 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝑰𝒃𝒖 𝑨𝒚𝒂𝒉.𝑴𝒐𝒈𝒂 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒂𝒎𝒂𝒍 𝒋𝒂𝒓𝒊𝒚𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏.

Pembayaran boleh dibuat melalui cara berikut di bawah :-

1️⃣ 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 "𝐉𝐎𝐌 𝐏𝐀𝐘"
𝐁𝐈𝐋 𝐓𝐍𝐁 :
1. Biller Code : 5454
Ref 1- No Akaun Tnb
(Rujuk lampiran yg disediakan)
𝐁𝐈𝐋 𝐀𝐈𝐑 :
1. Biller Code : 4135
Ref 1- No Akaun LAP
(Rujuk lampiran yg disediakan)

2️⃣ 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 "𝐀𝐏𝐏 𝐓𝐍𝐁" & "𝐀𝐏𝐏 𝐋𝐀𝐏"
1- Muat turun aplikasi TNB &LAP di Google Play atau Apple Store.
2- Masukkan nombor akaun TNB & LAP
(Rujuk Lampiran yg disediakan)

3️⃣ 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐢𝐭 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢
☎️ 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢:
017-626 3235 (Bendahari Tahfiz)

4️⃣ 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐁𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠:
558042811892 𝗠𝗔𝗬𝗕𝗔𝗡𝗞
(PUSAT BIMBINGAN UMMAH)
*Nota Penerima : Bil Api/Bil Air

𝙅𝙪𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙪𝙢𝙗𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙚𝙧𝙢𝙖𝙬𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙙𝙞𝙢𝙖𝙣. 𝙎𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙨𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙜𝙖𝙡𝙖 𝙞𝙣𝙛𝙖𝙦 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣, 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙜𝙖𝙣𝙟𝙖𝙧𝙞 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝙒𝙏.

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS BUAT PARA PESERTA IHTIFAL HAFAZAN DAN KESENIAN ISLAM (IHKI) 2026 ✨🏆Alhamdulillah, Akademi Darul Qura...
20/08/2026

🏆✨ TAHNIAH & SYABAS BUAT PARA PESERTA IHTIFAL HAFAZAN DAN KESENIAN ISLAM (IHKI) 2026 ✨🏆

Alhamdulillah, Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Pusat Bimbingan Ummah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para pelajar yang telah menyertai Ihtifal Hafazan dan Kesenian Islam (IHKI) 2026 yang berlangsung pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Hadith Darussolehah (PPTAHD).

Alhamdulillah, berkat usaha, kesungguhan dan doa, para pelajar telah mengharumkan nama Akademi Darul Quran Darul Huffaz Pusat Bimbingan Ummah dengan pencapaian:

🥇 Nur Jannah Binti Ahmad Mahfuz
Johan Hafazan Juzuk 30

🥇 Nurul Athirah Binti Mustafa Al-bakri
Johan Hafazan Juzuk 4–7

🥉 Qasidah
Tempat Ketiga

Manakala peserta-peserta lain turut berjaya membawa pulang saguhati dalam kategori masing-masing. 👏🏻✨

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas keberanian, kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi pengalaman, usaha dan keberanian untuk mencuba itulah yang menjadi bekalan berharga dalam perjalanan menuntut ilmu.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat para guru pembimbing dan semua yang terlibat dalam memberikan tunjuk ajar, sokongan serta doa kepada para pelajar.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan terus istiqamah dalam menghafaz al-Quran serta mengembangkan bakat dalam bidang kesenian Islam.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خيرًا 🤲🏻✨

UPDATE URUSAN PENGEBUMIAN ALMARHUMAH HJH. SALMATUN AKUAM BINTI JAAFAR (MAKCIK SALMAH)السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ال...
19/08/2026

UPDATE URUSAN PENGEBUMIAN ALMARHUMAH HJH. SALMATUN AKUAM BINTI JAAFAR (MAKCIK SALMAH)

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, semalam 18 Ogos 2026 telah selesai urusan pengebumian jenazah Almarhumah Hjh. Salmatun Akuam binti Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Makcik Salmah, di Tanah Perkuburan Islam, Kampar, Perak.

Anak-anak Tahfiz Akademi Darul Quran Darul Huffaz turut hadir menunaikan solat jenazah serta mengiringi jenazah ke tanah perkuburan sehingga selesai urusan pengebumian, sebagai tanda penghormatan terakhir buat insan yang begitu banyak berjasa dan berkorban dalam membantu perjuangan serta perkembangan tahfiz.

Semoga segala jasa, pengorbanan, sumbangan dan kebaikan Almarhumah dalam membantu perjuangan pendidikan dan dakwah Al-Quran menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya, serta menjadi bekalan buat Almarhumah di alam barzakh.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa Almarhumah, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau dan maafkanlah segala kesalahannya.

Ya Allah, luaskanlah kuburnya, terangkanlah kuburnya dengan cahaya-Mu, tempatkanlah beliau bersama golongan yang beriman dan beramal soleh, serta tempatkanlah Almarhumah di antara hamba-hamba-Mu yang mendapat keampunan dan rahmat-Mu.

Semoga Almarhumah Hjh. Salmatun Akuam binti Jaafar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang solehah dan dikurniakan husnul khatimah.

Al-Fatihah.
اللهم اجعل القرآن ربيع قلبها ونور قبرها وشفيعًا لها يوم القيامة. آمين يا رب العالمين.

[Makluman Pemergian Almarhumah Salmatun Akuam Binti Jaafar]إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎‎الجنة مثواه“Al J...
17/08/2026

[Makluman Pemergian Almarhumah Salmatun Akuam Binti Jaafar]

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
‎الجنة مثواه

“Al Jannatu Mathwah”
“Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya.”

Assalamualaikum w.b.t.

Dukacita dimaklumkan bahawa Almarhumah Salmatun Akuam Binti Jaafar telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, pada jam 5.40 petang.

Urusan jenazah sedang dilakukan di Hospital Manjung. Insya-Allah, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampar.

Almarhumah merupakan antara orang kuat dan tulang belakang Tahfiz yang banyak berjasa serta membantu dalam pelbagai urusan tahfiz. Beliau juga seorang yang sangat pemurah dan banyak menginfaqkan harta serta tenaga demi kelangsungan dan kebajikan tahfiz.

Selain itu, Almarhumah pernah berkhidmat sebagai tukang masak di tahfiz, menyediakan juadah dan membantu keperluan para pelajar serta warga tahfiz. Jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau kepada tahfiz amat besar dan pastinya akan sentiasa dikenang.

Almarhumah juga merupakan pelajar alumni Kem Warga Emas, Pusat Bimbingan Ummah. Semoga segala amal kebajikan, sumbangan, infaq dan khidmat bakti beliau menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya serta menjadi bekalan buat beliau di alam sana.

Mohon semua mendoakan agar segala urusan jenazah Almarhumah dipermudahkan dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan solehah.

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها , وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها , وَأَكْرِمْ نُزُلَها , وَوَسِّعْ مُدْخَلَها , وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها , وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها , وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ , وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, dan tempatkanlah dia di dalam syurga-Mu. Jadikanlah segala amal kebajikan, infaq dan khidmat baktinya sebagai amal jariah yang terus mengalir pahalanya. Kurniakanlah kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah...

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ۞ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ۞ مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّالِّينَ۞ آمِينَ

‎لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم

[UPDATE MAJLIS PENILAIAN PRA SYAHADAH]14 Ogos 2026 - Alhamdulillah,pada hari Jumaat yang lepas,pihak tahfiz telah mengad...
16/08/2026

[UPDATE MAJLIS PENILAIAN PRA SYAHADAH]

14 Ogos 2026 - Alhamdulillah,pada hari Jumaat yang lepas,pihak tahfiz telah mengadakan ujian pra syahadah bagi dua orang pelajar iaitu saudara Ahmad Rijaluddin dan Saudari Nur Hannah.

Majlis Penilaian Pra Syahadah diadakan pada sesi malam selepas Isyak.Majlis Penilaian Pra Syahadah ini desemak oleh guru pentashih iaitu Ustaz Haris dan Ustazah Khumaira.

Tahniah diucapkan buat dua orang pelajar ini yang berjaya menyempurnakan ujian penilaian pra syahadah mereka.Semoga terus istiqomah dalam menjaga hafazan Quran yang telah dihafal.Terima Kasih juga buat tuan/puan yang terus istiqomah berinfaq dalam melahirkan generasi Al-Quran.

INFAQ BANTU TAHFIZ :
MAYBANK
558042811892
(PUSAT BIMBINGAN UMMAH)

14/08/2026

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

Malam ini kita melangkah masuk ke dalam bulan Rabiulawal, bulan yang cukup istimewa bagi umat Islam kerana pada bulan inilah lahirnya insan yang paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Rabiulawal menjadi satu kesempatan untuk kita kembali menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah ﷺ. Baginda mengajar kita erti kasih sayang, kesabaran, akhlak yang mulia serta pengorbanan dalam menyampaikan agama Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Maksudnya:
“Sesungguhnya, pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Maka, antara amalan yang boleh kita hidupkan pada bulan Rabiulawal ialah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ, mempelajari sirah Baginda, membaca al-Quran, memperbaiki akhlak serta berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Jangan kita hanya mengenali nama Baginda, tetapi marilah kita belajar mencintai Rasulullah ﷺ dengan mengikuti ajaran dan sunnah Baginda.

اللهم ارزقنا حب نبيك محمد ﷺ واتباع سنته

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kecintaan kepada Nabi-Mu Muhammad ﷺ dan kemampuan untuk mengikuti sunnah Baginda.”

Semoga bulan Rabiulawal ini menjadi titik permulaan untuk kita lebih mengenali, mencintai dan mencontohi Rasulullah ﷺ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم 🤍

JOM INFAQ JUMAAT BANTU TAHFIZ
13/08/2026

JOM INFAQ JUMAAT BANTU TAHFIZ

📍📿 SEDEKAH 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 (𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜) BAGI PERKEMBANGAN INSTITUT TAHFIZ 📿📍

Akademi Darul Quran Darul Huffaz,Kampar,Perak membuka peluang kepada Tuan2 & Puan2 untuk melakukan amal kebaikan di hari Jumaat yang mulia ini dengan berinfaq/bersedekah buat pembangunan dan pengurusan tahfiz.

Hari Yang Lebih Utama Untuk Bersedekah

Ibnu Qayyim berkata:
“𝑺𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒕𝒖 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒖𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒆𝒏𝒂𝒎 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒍𝒂𝒊𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒖𝒎𝒑𝒂𝒎𝒂 𝒔𝒆𝒅𝒆𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒃𝒂𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏-𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒊𝒏𝒏𝒚𝒂”.

Peluang ibadah 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵/ 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾/ 𝙕𝙖𝙠𝙖𝙩 / 𝙒𝙖𝙠𝙖𝙛 Sempena hari jumaat ini melalui akaun berikut :

Maybank
558042811892
(Pusat Bimbingan Ummah)

Untuk maklumat lanjut,hubungi talian berikut:

+60176263235 (Bendahari)

💪 Bantu sebarkan, kerana “𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝.” (Riwayat al-Bukhari) 🤗

🌙✨ SELAMAT DATANG RABIUL AWAL 1448H ✨🌙بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِAlhamdulillah, kita dipertemukan kembali denga...
13/08/2026

🌙✨ SELAMAT DATANG RABIUL AWAL 1448H ✨🌙

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, kita dipertemukan kembali dengan bulan Rabiul Awal, bulan yang penuh makna buat seluruh umat Islam kerana pada bulan inilah lahirnya insan paling mulia, Nabi Muhammad ﷺ, pembawa rahmat dan petunjuk buat seluruh alam. 🤍

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan bulan ini dengan memperbanyakkan selawat, membaca sirah Baginda ﷺ, menghidupkan sunnah serta menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

Semoga kecintaan kita kepada Nabi Muhammad ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amalan dan kehidupan seharian.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

🤲 Semoga Rabiul Awal ini menjadi titik untuk kita lebih mengenali, mencintai dan mencontohi Rasulullah ﷺ.

“Bulan di mana manusia paling mulia dilahirkan.”

💛 INFAQ JUMAAT BANTU TAHFIZ :
MAYBANK
558042811892
(Pusat Bimbingan Ummah)





🇲🇾 𝐊𝐄𝐌 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾"𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐉𝐢𝐰𝐚, 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧"✨ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 20...
11/08/2026

🇲🇾 𝐊𝐄𝐌 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐅𝐅𝐀𝐙 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾
"𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐉𝐢𝐰𝐚, 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧"

✨ Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026, Akademi Darul Quran Darul Huffaz membuka peluang kepada anak-anak untuk mengisi cuti sekolah dengan program yang bermanfaat, menyeronokkan dan penuh tarbiah.

Daripada menghabiskan masa dengan perkara yang kurang berfaedah, ayuh sertai Kem Cuti Sekolah Daurah Huffaz Merdeka 2026 yang menggabungkan pembelajaran, pembinaan sahsiah, semangat patriotisme dan ukhuwah Islamiah.

📅 Tarikh: 31 Ogos 2026 – 5 September 2026
🗓️ Tempoh: 6 Hari 5 Malam
📍 Tempat: Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Pusat Bimbingan Ummah, Kampar, Perak

💰 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻: 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮
✅ Termasuk makan, minum dan penginapan sepanjang program.

🎯 𝘼𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙞𝙨𝙞𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙧𝙞𝙠:
📖 Talaqi Al-Quran / Iqra'
🕌 Asas Fardu Ain
🌹 Maulid Merdeka
🤝 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
🌙 Qiamullail
🎤 Ceramah Motivasi
🏃 Sukaneka
🌿 Rehlah
✨ Aktiviti pembentukan akhlak, disiplin dan kepimpinan

🇲🇾 Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi membebaskan jiwa dengan cahaya al-Quran, membentuk akhlak mulia serta melahirkan generasi yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya."
— Riwayat al-Bukhari

📢 Tempat adalah TERHAD!
Jangan lepaskan peluang untuk memberikan pengalaman cuti sekolah yang bermakna kepada anak-anak.

📲 Daftar sekarang & Tekan link di bawah 👇🏻
https://forms.gle/tkWbGXNmkbgwkocX8

atau hubungi talian
017-626 3235

Ayuh bersama melahirkan generasi Huffaz yang berilmu, beramal dan berjiwa merdeka.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُMAKLUMAN PENUTUP SUMBANGAN KILAT BAGI MENYELESAIKAN TUNGGAKAN UTILIT...
07/08/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAKLUMAN PENUTUP SUMBANGAN KILAT BAGI MENYELESAIKAN TUNGGAKAN UTILITI INDAH WATER TAHFIZ

Tuan/Puan,

Alhamdulillāh, dengan izin Allah SWT, sasaran kutipan Sumbangan Kilat sebanyak RM30,000 telah berjaya dicapai.

Pihak Akademi Darul Quran Darul Huffaz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua para penyumbang, pewakaf serta mereka yang telah membantu menyebarkan kempen ini. Segala sokongan, doa dan sumbangan yang diberikan amat besar maknanya dalam membantu menyelesaikan tunggakan utiliti Indah Water tahfiz.

📌 STATUS KUTIPAN:

Sasaran Kutipan : RM30,000
Jumlah Kutipan : RM30,000
Status : Alhamdulillah, sasaran telah berjaya dicapai.

Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan sebagai amal soleh, melimpahkan keberkatan pada rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik, memudahkan segala urusan serta membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat.

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan kempen ini. Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati usaha memartabatkan institusi tahfiz ini.

Address

1805 Jalan INTAN TAMAN BANDAR BARU
Kampar
31900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Darul Quran Darul Huffaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Darul Quran Darul Huffaz:

Shortcuts

Share

Category