17/08/2026
16 Ogos 2026 | Kaherah, Republik Arab Mesir ๐ฒ๐พ๐ช๐ฌ
Alhamdulillah, berkesempatan mewakili delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam satu kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Republik Arab Mesir, bersempena dengan Program Tahsin Bersanad & Tadabbur Al-Quran 2026.
Delegasi UNITEN telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Tuan Ahmad Zuwairi Yusoff, Menteri Penasihat merangkap Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, yang mewakili Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.
Kunjungan ini menjadi medan yang amat bermakna untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama strategik dan peluang kolaborasi antara Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan UNITEN, khususnya dalam memperkukuh jaringan antarabangsa, pembangunan pelajar serta pelaksanaan program yang memberi nilai tambah kepada komuniti dan institusi.
Pertemuan ini juga membuka ruang kepada penerokaan inisiatif bersama yang berpotensi memperluas pengalaman global pelajar UNITEN, di samping memperkukuh hubungan institusi dan jaringan Malaysia di Republik Arab Mesir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah atas sambutan yang begitu mesra, perkongsian yang bernilai serta kesediaan untuk meneroka ruang kerjasama bersama UNITEN.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat, strategik dan berimpak pada masa hadapan, insya-Allah.
15/07/2026
Mahasiswa UNITEN jayakan CSR Kampung Chendering
SERAMAI 70 mahasiswa daripada Persatuan Pelajar Residensi Amanah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) (PPRA) menjayakan Program Sinar Komuniti Kuantan...
21/06/2026
๐ช๐ถ๐ฟ๐ฎ ๐จ๐ก๐๐ง๐๐ก ๐ฑ๐ถ ๐๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐ฐ๐ผ๐บ๐๐ถ๐ด๐ถ ๐ก๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ท๐๐ฎ๐ป๐ด!
CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026, kejohanan berprestij yang berlangsung dari 11 April hingga 17 Mei 2026 di Stadium Juara, Kuala Lumpur ini merupakan medan terbaik bagi atlet mempamerkan bakat di peringkat tertinggi.
Penyertaan empat orang atlet kebanggaan UNITEN dalam liga profesional ini bukan sekadar lambang kecemerlangan sukan, malah bukti komitmen institusi dalam melahirkan modal insan yang seimbang dalam akademik dan arena kompetitif.
Semoga setiap detik di gelanggang menjadi pengalaman yang mematangkan bakat dan membawa anda ke mercu kejayaan.
โ Nursolieha Alieya Hizal
Bachelor in Information Systems (Business Analytics) (Honours)
โ Nur Aqidah Ramlan
Bachelor in Information Systems (Business Analytics) (Honours)
โ Tun Arisya Maisarah Sulaiman
Bachelor of Business Economics (Honours)
โ Nur Asfarisha Norhisham
Bachelor in Information Systems (Business Analytics) (Honours)
21/06/2026
๐ช๐ฒ๐น๐ฐ๐ผ๐บ๐ฒ ๐๐ผ ๐๐ต๐ฒ ๐ณ๐ฎ๐บ, ๐จ๐ก๐๐ง๐๐ก๐ถ๐ฎ๐ป๐! ๐โค๏ธ
(YTN Prime 2026)
Fresh faces, big dreams, and brand-new beginnings! We are so excited to welcome the new generation of movers and shakers for the Special Semester, Academic Year 2025/2026. โค๏ธ๐
Your journey starts here; time to discover, lead and shine. ๐
21/06/2026
๐ช๐ฒ๐น๐ฐ๐ผ๐บ๐ฒ ๐๐ผ ๐๐ต๐ฒ ๐ณ๐ฎ๐บ, ๐จ๐ก๐๐ง๐๐ก๐ถ๐ฎ๐ป๐!
(YTN Prime 2026)
Today marks the official beginning of a remarkable journey. We are absolutely thrilled to warmly welcome the brilliant minds of the YTN PRIME 2026 intake to the UNITEN family!
During the Oath-Taking Ceremony held today, these outstanding young scholars formally committed to the values of excellence, integrity and leadership in the presence of our Vice-Chancellor, Professor Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari, and witnessed by our devoted top management.
University life is so much more than a time to study. It is a defining chapter shaped by discovery, purpose, and profound personal growth. As YTN PRIME scholars, every challenge and connection you meet here is a golden opportunity to refine the brilliance within you.
Choose to be courageous. Choose to be brave. Unlock your infinite possibilities with us...because there will never be another you, UNITENโs Gem! Enjoy your transformative journey here at UNITEN.
โค๏ธ๐
16/06/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐ฐ๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ก๐๐ซ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐๐
Tibanya tahun baharu Hijrah membawa seribu makna tentang perjalanan, pengorbanan dan perubahan ke arah yang lebih baik.
Semoga kedatangan Awal Muharram ini menjadi inspirasi untuk kita terus berhijrah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada kesedaran, serta daripada kejayaan hari ini kepada kecemerlangan yang lebih bermakna pada masa hadapan.
Jadikan setiap langkah sebagai hijrah, dan setiap hijrah sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Salam Maal Hijrah 1448H.
Ikhlas daripada,
๐๐๐๐
. ๐๐๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ Timbalan Naib Canselor (Pengalaman Pelajar dan Alumni)
Universiti Tenaga Nasional