Huffaz Profesional Uniten

Huffaz Profesional Uniten Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN ditubuhkan pada tahun 2012.

17/08/2026

Majlis Tautan Ukhuwah Sempena Ketibaan 15 Pelajar Baharu Sabah 2026 di UNITEN

Alhamdulillah, majlis ini menjadi wadah bermakna untuk memperkukuh ikatan ukhuwah dalam kalangan 15 orang pelajar baharu dari Sabah, para ibu bapa, serta pihak pengurusan. Kehadiran ibu bapa yang memeriahkan majlis dan memberikan sokongan moral amat dihargai dalam membakar semangat anak-anak melangkah ke alam kampus di bumi UNITEN.

Semoga hasrat murni pihak Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk melahirkan barisan modal insan dan profesional yang berintegriti tinggi tercapai sepenuhnya. Diharapkan juga agar inisiatif HuffazPro terus menjadi platform terbaik yang memperkasa mahasiswa untuk berkarya, di samping membaja keazaman, tekad, serta semangat juang yang tinggi demi melakar sejarah kecemerlangan insani.

16/08/2026

pendaftaran pelajar baharu dari Sabah tajaan MUIS-UNITEN 2026.Kini bermula kehidupan sebagai mahasiswa mahasiswi di tempat baru, suasana baru, keadaan baru dan kehidupan baru.All the best to allnof you.


14/08/2026

Alhamdulillah berkesempatan ke Masjid Syeikh Solah Al Ja'fari untuk sesi ikhtibar dengan Syeikh Nabeel yang mempunyai sanad tertinggi di Mesir. Hari seterusnya, semua pelajar dapat solat maghrib berjemaah di Masjid al Azhar yang diimamkan oleh Imam Masjid Besar Al Azhar, Syeikh Ahmad Fauzi.

Hari ini ada siaran langsung Ihtifal Iza'atil Quran Mubasyarah (Live) di TV Mesir dan peserta dapat pengalaman yang sangat berharga.


13/08/2026

Jom Masuk UNITEN

10/08/2026

Hari Kedua di Mesir. Usai solat Subuh hari sabtu, kami berkumpul untuk penerangan dan taklimat berkaitan kelas talaqqi al-Quran. Kami dibahagikan kumpulan. Ada saru syeikh 2 orang dan ada juga group 3 orang. Bermula talaqqi juz 1 & juz 2 sehingga masuk waktu Maghrib. Selesaitugasan hari ini.

09/08/2026

Bermula Permusafiran ke Bumi Anbiya'. Doakan kami semua!

08/08/2026

Majlis pelepasan rasmi (flag-off) pelajar program HuffazPro Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah diadakan bagi menyempurnakan keberangkatan mereka ke Mesir untuk menyertai Program Tahsin dan Tadabbur al-Quran 2026. Program ini memberi peluang keemasan kepada para pelajar untuk menimba ilmu secara langsung melalui kaedah talaqqi bersemuka dengan para masyaikh di sana.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), YBhg. Tan Sri Dato' Abdul Razak Abdul Majid, serta Naib Canselor UNITEN, YBhg. Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari, di samping barisan kepimpinan tertinggi dan tetamu kehormat universiti.
Diharapkan inisiatif murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasakan kecemerlangan generasi al-Quran.

🇸🇦 .Official Study at UNITEN@Sahabat UIC

07/08/2026

Benar sedara!

05/08/2026

📍 29 Julai 2026

HuffazPro Centre of Excellence UNITEN telah menerima kunjungan pegawai Darul Quran JAKIM yang diketuai oleh Ustaz Mohd Athras dan Ustaz Aishamuddin bagi melaksanakan sesi penaziran digital, yang julung kali diadakan di UNITEN.

Sesi ini berlangsung dalam suasana yang amat positif dengan pelbagai cadangan serta penambahbaikan dikemukakan bagi memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan program tahfiz secara lebih sistematik serta berkesan.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara Darul Quran JAKIM dan UNITEN ini terus diperkasakan demi memartabatkan pendidikan al-Quran di Institusi Pengajian Tinggi, sekali gus melahirkan lebih ramai huffaz profesional yang cemerlang dan berdaya saing.

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389212020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Huffaz Profesional Uniten posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Huffaz Profesional Uniten:

Shortcuts

Share