2๏ธโฃ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐๐ญ ๐ ๐จ๐ฆ๐ง 2026 ๐ฟ
Alhamdulillah, pada 10 Jun 2026, telah berlangsung Hari Pertama Kem Remaja Soleh Huffaz MUST 2026 bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat, Selangor. Program ini menghimpunkan para pelajar Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) dalam suasana tarbiah, pembinaan sahsiah, kepimpinan dan pengukuhan jati diri sebagai generasi huffaz yang cemerlang.
Pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan bermanfaat telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, disiplin, ukhuwwah serta meningkatkan keyakinan diri para peserta. Semoga kem ini menjadi medan pembentukan peribadi yang lebih mantap serta melahirkan huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
Terima kasih kepada semua guru, fasilitator dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz
Sekolah Menengah Tahfiz Berasrama Penuh Malahan sistem ini telah dipraktikkan sejak berabad-abad yang lalu di bumi Khalifah Uthmaniyah itu.
SEJARAH MUST
Keperihatinan masyarakat Islam di Malaysia masa kini terhadap pendidikan awal anak-anak dengan Al-Quran amat menggalakkan. Pendaftaran masuk ke sekolah-sekolah tahfiz kian meningkat malah ada yang terpaksa ditolak kerana jumlah pelajar terlalu ramai dan tempat yang terhad. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak berusaha menubuhkan sekolah tahfiz dengan pelbagai sistem dan kaedah hafaza
1๏ธโฃ ๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐ข๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐๐ญ ๐ ๐จ๐ฆ๐ง 2026 ๐ฟ
Alhamdulillah, pada 10 Jun 2026, telah berlangsung Hari Pertama Kem Remaja Soleh Huffaz MUST 2026 bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat, Selangor. Program ini menghimpunkan para pelajar Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) dalam suasana tarbiah, pembinaan sahsiah, kepimpinan dan pengukuhan jati diri sebagai generasi huffaz yang cemerlang.
Pelbagai aktiviti menarik, mencabar dan bermanfaat telah dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama, disiplin, ukhuwwah serta meningkatkan keyakinan diri para peserta. Semoga kem ini menjadi medan pembentukan peribadi yang lebih mantap serta melahirkan huffaz yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
Terima kasih kepada semua guru, fasilitator dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
06/06/2026
๐๐ง๐๐๐ก๐๐๐ & ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐ฆ! ๐
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 7 orang pelajar Batch Ke-11 MUST yang telah berjaya LULUS Peperiksaan Diploma Hafazan Al-Quran Kementerian Agama Islam Turki Tahun 2026.
Alhamdulillah, kesemua 7 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut lulusan membuktikan kesungguhan, ketekunan dan iltizam mereka dalam menghafaz serta memelihara Kalamullah.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha yang tidak mengenal penat lelah daripada para pelajar, bimbingan para asatizah, sokongan ibu bapa serta doa daripada semua pihak yang sentiasa bersama perjuangan pendidikan Al-Quran di MUST.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam pengajian, beramal dengan ilmu yang dipelajari serta menjadi generasi huffaz yang berakhlak mulia dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
๐คฒ ุงูููู
ุจุงุฑู ููู
ูุฒุฏูู
ุนูู
ุงู ูุนู
ูุงู ุตุงูุญุงู
"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)
03/06/2026
๐ ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง ๐๐จ๐๐ง ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ
Sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan, wakil Pihak Pentadbiran MUST telah pun selesai menziarahi keluarga al-Marhum sebentar tadi. Dalam ziarah tersebut, pihak MUST telah menyampaikan sedikit sumbangan awal bagi pihak madrasah untuk membantu meringankan beban keluarga dalam menguruskan perkara yang sepatutnya.
โUntuk makluman tuan/puan, pemergian al-Marhum merupakan satu ujian yang amat besar buat keluarga ini. Al-Marhum telah pergi meninggalkan seorang balu (isteri) dan tiga (3) orang anak yang kesemuanya masih menuntut ilmu (belajar).
โOleh itu, Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) dengan rendah hati membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekiranya ingin menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu kelangsungan hidup dan kebajikan keluarga serta anak-anak al-Marhum yang masih belajar.
โSumbangan boleh disalurkan secara terus melalui QR Kod di bawah atau Transfer ke akuan :
๐๐ฎ๐ป๐ธ ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ฑ (๐๐๐ ๐) 14014010156059
- Reference : Sumbangan Keluarga Zidane
- Resit Sumbangan sila whatsapp ke Admin +60 11-20693250
Semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi amalan jariah yang berat di mizan kelak, serta mampu memberi sedikit sinar kekuatan buat keluarga saudara Asriq Zidane dalam menempuh waktu-waktu yang sukar ini.
โPihak MUST mendahului sumbangan tuan/puan dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Jazaโ. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
โ
Pihak Pentadbiran
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST)
26/05/2026
๐ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ฑ๐ต๐ฎ 1447๐ โจ
Seluruh warga Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta menjadi asbab bertambahnya iman, taqwa dan kasih sayang sesama insan. ๐ค๐
โSesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.โ
Maaf zahir dan batin daripada kami warga MUST. ๐ธ
26/05/2026
โจ HADIAH HARI ARAFAH: KEJAYAAN ANAKANDA MANTAN YDP PAKAT MUST! โจ
โ _Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd._
โSehari sebelum kita menyambut Hari Raya Aidiladha, di saat doa paling mustajab diangkat pada Hari Arafah (26 Mei 2026), seorang lagi sateria Al-Quran telah melengkapkan hafalan 30 juzuknya!
โDengan penuh rasa syukur, MUST mengumumkan Al-Hafiz ke-133 :
๐ SYED JA'FAR BIN SYED ABI MAHFUDZ ๐
โKami merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ayahanda beliau, Tuan Syed Abi Mahfudz (Mantan YDP PAKAT) dan keluarga . Jasa dan dedikasi Tuan Syed bersama PAKAT sebelum ini sentiasa subur dalam ingatan kami, dan hari ini, kejayaan anakanda Syed Ja'far menjadi kemuncak kebanggaan kita bersama!
โRibuan terima kasih juga buat dua murabbi hebat di sebalik kejayaan ini:
๐ Ustaz Asem Othman (Guru Tasmik)
๐ Ustaz Adel Ebid Salama Abdellal (Guru Tahdhir)
โSempena hari yang mulia ini, mari kita doakan agar Syed Ja'far terus istiqamah dan menjadikan Al-Quran sebagai syafaat buat dirinya dan keluarga. Selamat Menyambut Hari Arafah dan Aidiladha buat semua warga MUST! ๐โจ
25/05/2026
๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐ โ ๐ช๐๐๐ง๐จ ๐ ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ข๐ ๐คฒ
Jangan lepaskan peluang emas pada Hari Arafah untuk memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan amal soleh. Hari yang penuh rahmat ini merupakan antara waktu terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. โจ
Rasulullah ๏ทบ bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah."
(HR. Tirmizi)
Rebut juga peluang berpuasa pada Hari Arafah kerana ganjarannya sangat besar.
Rasulullah ๏ทบ bersabda: "Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang."
(HR. Muslim)
Semoga Allah menerima amalan kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan memakbulkan segala doa yang dipohon. ๐ค
25/05/2026
๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐จ๐ก๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ 1447๐ / 2026๐ ๐
Warga Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan doa kepada:
โจ ๐๐๐ง๐ข' ๐ฆ๐ฅ๐ ๐ ๐ข๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐ (๐๐๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ต ๐๐ฎ๐๐๐ถ๐ฟ)
โจ ๐๐ฅ. ๐๐๐๐ ๐ฌ๐จ๐ฆ๐ก๐ ๐๐๐ก ๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐ ๐ฌ๐จ๐ฆ๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป
โจ ๐จ๐ฆ๐ง๐๐ญ๐๐ ๐ก๐ข๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐ ๐๐๐ก @ ๐ ๐ข๐๐๐ ๐๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐ฅ๐จ๐๐๐ก (๐๐๐ฎ๐ต & ๐๐ฏ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ๐๐๐ฒ๐ฒ๐บ & ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฏ๐ฏ๐ฎ๐)
atas pemergian ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.
Semoga Allah SWT mengurniakan perjalanan yang dipermudahkan, kesihatan yang berpanjangan, ibadah yang diterima serta memperoleh haji yang mabrur. Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya sepanjang berada di Baitullah serta kembali ke tanah air dengan selamat dan penuh keberkatan.
๐คฒ "ููุจูููููู ุงููููููู
ูู ููุจููููููุ ููุจูููููู ููุง ุดูุฑูููู ูููู ููุจููููููุ ุฅูููู ุงููุญูู
ูุฏู ููุงููููุนูู
ูุฉู ูููู ููุงููู
ูููููุ ููุง ุดูุฑูููู ูููู"
Ikhlas daripada:
๐ฟ Warga Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST)
๐ฟ Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru MUST (PAKAT)
๐๐คฒโจ
12/05/2026
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฑ๐๐ฑ๐๐ธ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฝ๐น๐ผ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐น๐ฎ๐บ (๐ง๐๐ฟ๐ธ๐ถ) ๐น๐ท
Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz (MUST) mengucapkan setinggi-tinggi doa dan semoga berjaya kepada 7 orang pelajar Batch ke-11 yang menduduki peperiksaan ini pada:
๐๏ธ Isnin, 11 Mei 2025
Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kelapangan dada, kekuatan ingatan serta kemudahan untuk menjawab setiap soalan dengan baik dan cemerlang.
ุงููููููู
ูู ููุง ุณููููู ุฅููููุง ู
ูุง ุฌูุนูููุชููู ุณูููููุงุ ููุฃูููุชู ุชูุฌูุนููู ุงููุญูุฒููู ุฅูุฐูุง ุดูุฆูุชู ุณูููููุง
"Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau mudahkan, dan Engkau menjadikan yang susah itu mudah apabila Engkau kehendaki."
Semoga segala usaha yang telah dicurahkan membuahkan kejayaan yang membanggakan serta menjadi asbab untuk terus berkhidmat kepada Al-Quran dan ummah.
๐คฒ Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan.
๐ Al-Quran di hati, kejayaan menanti.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Sungai Merab, Sungai Merab Dalam
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |