Sra Sungai Balak - Page Rasmi

Directions

Sra Sungai Balak - Page Rasmi Selamat datang ke laman rasmi Sek Rendah Agama Sungai Balak Kajang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. INFAQ KASIH SRA SUNGAI BALAK Dengan penuh rendah hati, kami mengajak para ib...
02/10/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

INFAQ KASIH SRA SUNGAI BALAK

Dengan penuh rendah hati, kami mengajak para ibu bapa, penjaga, warga sekolah serta para dermawan untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha menambah baik kemudahan pembelajaran, menjaga kebersihan dan menceriakan persekitaran sekolah demi keselesaan serta manfaat anak-anak didik kita.

Antara keperluan semasa yang masih memerlukan sokongan:

🟒 Keceriaan Sekolah
β€’ Langsir kelas Blok A & Blok C
β€’ Surau – mihrab, langsir dan rel

🟒 Besi penghadang tempat sampah

🟒 Whiteboard dan papan kenyataan

🟒 Pintu pagar utama
βœ… Alhamdulillah, telah selesai

🎯 Sasaran Dana: RM19,500

Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna dalam membantu menyediakan persekitaran sekolah yang lebih selesa, kemas dan kondusif untuk anak-anak kita.

πŸ’š Sumbangan boleh disalurkan ke:

PIBG SRA Sungai Balak
🏦 Bank Muamalat
πŸ’³ No. Akaun: 12070004413717

πŸ“± Atau imbas Kod QR yang disediakan pada poster.

🀲 Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dilimpahkan keberkatan oleh Allah SWT, serta menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang dunia akhirat.

β€œBarang siapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

🌷 Jom bersama-sama kita menyumbang, kerana sedikit daripada kita mungkin besar maknanya buat anak-anak kita.





πŸ‡²πŸ‡ΎMAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SRA SUNGAI BALAK 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Majlis Penutupa...
21/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎMAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SRA SUNGAI BALAK 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan meriah Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SRA Sungai Balak 2026 pada 18 September 2026 (Jumaat).

Bukan sekadar sambutan, tetapi penuh dengan warna-warni kreativiti, keberanian dan semangat patriotik anak-anak SRA Sungai Balak!

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan mengikut tahap:

🎨 Tahun 1 – Pertandingan Mewarna
🎩 Tahun 2 – Cipta Topi Merdeka Kreatif
πŸͺ­ Tahun 3 – Cipta Kipas Merdeka Kreatif
πŸ“£ Tahun 4 – Cipta Slogan Kemerdekaan Kreatif
πŸ‡²πŸ‡Ύ Tahun 5 – Cipta Replika Merdeka Kreatif
🎀 Tahun 6 – Deklamasi Sajak Kemerdekaan

Seronok melihat anak-anak menunjukkan kreativiti masing-masing melalui hasil karya yang begitu menarik dan unik. Tidak kurang juga yang tampil berani mempersembahkan bakat dalam Deklamasi Sajak Kemerdekaan.

Semoga semangat cintakan negara, rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan nilai perpaduan terus subur dalam diri anak-anak SRA Sungai Balak.

Tahniah dan syabas kepada semua murid!
Terima kasih buat para guru dan semua yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ






SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PSRABuat anak-anak Tahun 6 SRA Sungai Balak yang akan menduduki Peperiksaan PSRA pada 21 h...
20/09/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PSRA

Buat anak-anak Tahun 6 SRA Sungai Balak yang akan menduduki Peperiksaan PSRA pada 21 hingga 25 September 2026, kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan sepanjang menghadapi peperiksaan.

Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami ketika menjawab setiap soalan.

Kurniakanlah mereka ketenangan hati, fikiran yang tenang, ingatan yang kuat dan kefahaman yang baik.

Ya Allah, jauhkanlah mereka daripada rasa takut, gementar dan gelisah.

Lancarkanlah tutur hati dan fikiran mereka, serta ilhamkanlah jawapan yang tepat.

Semoga segala ilmu yang dipelajari, usaha, doa dan pengorbanan mereka selama ini membuahkan kejayaan yang cemerlang dan penuh keberkatan.

Semoga Allah memberikan kejayaan yang terbaik buat semua anak-anak Tahun 6 SRA Sungai Balak.

Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah kecuali apa yang Engkau jadikan mudah.

Semoga dipermudahkan, diberi ketenangan dan dikurniakan kejayaan. Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

Daripada:
Warga SRA Sungai Balak & PIBG

10/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rendah hati, kami mengajak para dermawan untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan demi meningkatkan kemudahan pembelajaran, menjaga kebersihan serta menceriakan persekitaran sekolah demi keselesaan dan manfaat anak-anak didik kita.

Keperluan semasa yang memerlukan sokongan:

🟒 Keceriaan sekolah
β€’ Langsir kelas Blok A & Blok C
β€’ Surau (mihrab, langsir dan rel)

🟒 Besi penghadang tempat sampah

🟒 Whiteboard dan papan kenyataan

🟒 Pintu pagar utama

🎯 Sasaran Dana: RM19,500

Sumbangan boleh disalurkan ke:

PIBG SRA Sungai Balak
Bank Muamalat
No. Akaun: 12070004413717

πŸ“± Atau imbas Kod QR yang disediakan pada poster.

🀲 Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati Allah SWT, serta menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang.

"Barang siapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."



Alhamdulillah, sepanjang cuti persekolahan yang lalu, pagar sekolah telah berjaya diganti dengan yang baharu, begitu jug...
09/09/2026

Alhamdulillah, sepanjang cuti persekolahan yang lalu, pagar sekolah telah berjaya diganti dengan yang baharu, begitu juga papan kenyataan di hadapan pejabat sekolah.

Segala perbelanjaan ini adalah hasil daripada sumbangan Infaq Kasih daripada Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas setiap sumbangan dan sokongan yang diberikan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan pahala berlipat kali ganda, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki.

πŸ“Œ STATUS INFAQ KASIH

🎯 Sasaran: RM19,500
πŸ’° Kutipan setakat 7/9/2026: RM5,029
πŸ“ Baki diperlukan: RM14,471

Ayuh kita bersama-sama meneruskan Infaq Kasih demi keselesaan, keselamatan dan keceriaan anak-anak SRA Sungai Balak.

Setiap sumbangan, walau kecil, amat bermakna buat sekolah dan anak-anak kita.

Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamin.

13/08/2026
π—œπ—‘π—™π—”π—€ 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧Dana Pembangunan & Keceriaan SRA Sungai BalakAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Bersempena Infaq Jum...
06/08/2026

π—œπ—‘π—™π—”π—€ 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧
Dana Pembangunan & Keceriaan SRA Sungai Balak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersempena Infaq Jumaat, SRA Sungai Balak dengan rendah hati mengajak para dermawan untuk bersama-sama menyumbang demi meningkatkan kemudahan pembelajaran, pentadbiran serta kebersihan dan keceriaan sekolah.

Keperluan semasa yang memerlukan sokongan:

🟒 Keceriaan sekolah
β€’ Langsir kelas Blok A & Blok C
β€’ Surau (mihrab, langsir dan rel)

🟒 Besi penghadang tempat sampah

🟒 Whiteboard dan papan kenyataan

🟒 Pintu pagar utama

🎯 Sasaran Dana: RM19,500

Sumbangan boleh disalurkan ke:

PIBG SRA Sungai Balak
Bank Muamalat
No. Akaun: 12070004413717

πŸ“± Atau imbas Kod QR yang disediakan pada poster.

🀲 Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati Allah SWT, serta menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang.

"Barang siapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."



PROGRAM SAMBUTAN AWAL MUHARRAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026Pada 3 Julai 2026, sekolah telah menganjurkan  Program Sambut...
09/07/2026

PROGRAM SAMBUTAN AWAL MUHARRAM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026

Pada 3 Julai 2026, sekolah telah menganjurkan Program Sambutan Awal Muharram 1448H di peringkat sekolah.

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat hijrah, memperkukuh nilai-nilai murni, dan memperingati perjuangan Rasulullah SAW dalam kalangan warga sekolah.

Antara pengisian utama sepanjang program ini ialah:

πŸ”ΉCeramah Awal Muharram

πŸ”ΉKuiz Bertemakan Hijrah

πŸ”ΉPertandingan nasyid Asmaul Husna oleh murid-murid tahun 4,5 & 6

πŸ”Ή Edaran bubur lambuk mengikut sesi persekolahan.

Sambutan ini bukan sahaja memberikan penghayatan terhadap makna hijrah, malah turut mengukuhkan ukhuwah antara guru dan murid.

Selain itu, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berganding bahu menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada murid-murid.

Proses penyediaan bahan-bahan telah dilakukan lebih awal iaitu pada hari Khamis, oleh guru-guru sekolah.

Manakala pada hari Jumaat, seawal jam 6.30 pagi, aktiviti memasak bubur lambuk telah dijalankan di kawasan hadapan kantin sekolah, dengan penyertaan daripada guru-guru dan AJK PIBG.

Semoga majlis ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Hari Sukaneka SRA Sungai Balak 2026 - Part 3Wajah-wajah keriangan anak-anak yang mendapat hadiah (sesi petang)
05/07/2026

Hari Sukaneka SRA Sungai Balak 2026 -
Part 3

Wajah-wajah keriangan anak-anak yang mendapat hadiah (sesi petang)

Address

Sek Rendah Agama Sungai Balak, Batu 13 Jalan Cheras
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sra Sungai Balak - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category