17/08/2026
[12.8.2026] TUAN PUAN, DARIPADA AL-QURAN, LAHIRNYA PENDAKWAH [50 NASKHAH]
Tuan puan yang kami hormati,
Alhamdulillah, pada 12 Ogos 2026 (Rabu), sebanyak 50 naskhah al-Quran hasil infaq para penginfaq telah selamat diterima oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al Quran An Naurah, Kota Tinggi Johor untuk membantu perjalanan mereka menuntut ilmu.
Hari ini kita masih dapat mendengar kuliah agama di masjid, menghadiri majlis ilmu dan belajar daripada para asatizah serta alim ulama yang tidak jemu menyampaikan ilmu. Tujuannya satu iaitu mengajak masyarakat mendampingi al-Quran, mencintai agama dan mengenali Rasulullah ﷺ melalui ilmu.
Namun pernahkah kita terfikir… Siapakah yang akan meneruskan usaha ini pada generasi akan datang?
Hari ini mereka masih bergelar pelajar. Masih belajar membaca dan menghafal al-Quran, menerima teguran guru serta mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit. Tetapi siapa tahu, daripada kalangan merekalah suatu hari nanti lahir para pendakwah, asatizah dan alim ulama yang meneruskan usaha menyampaikan agama kepada masyarakat. Mereka p**a yang akan mengajar anak-anak membaca al-Quran, menyampaikan kuliah di masjid dan mengajak masyarakat mencintai Allah SWT, Rasulullah ﷺ dan agama-Nya.
Semuanya bermula daripada ilmu yang mereka tekuni hari ini. Sebab itu apabila kita membantu seorang pelajar menuntut ilmu al-Quran, jangan hanya melihat siapa mereka sekarang. Bayangkan siapa yang mungkin mereka bimbing suatu hari nanti.
Terima kasih para penginfaq kerana terus menjadi sebahagian daripada usaha menyuburkan pendidikan al-Quran. Mudah-mudahan daripada generasi yang kita bantu hari ini, lahir insan berilmu yang membawa lebih ramai manusia mendekati Allah SWT.
Ya Allah, lahirkanlah daripada generasi ini para pendakwah dan alim ulama yang ikhlas, berilmu dan berakhlak. Jadikan mereka penyebar kebaikan dan pembimbing masyarakat serta berkatilah setiap penginfaq yang membantu perjalanan ilmu mereka. Aamiin.
Jemput bersama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar yang sedang menuntut ilmu. Link infaq di komen pertama:
16/08/2026
[8.8.26] TUAN PUAN, KESUNGGUHAN MEREKA MENUNTUT ILMU AL-QURAN BUAT KAMI TERSENTUH [30 NASKHAH]
Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2026 (Sabtu), sebanyak 30 naskhah al-Quran hasil infaq para penginfaq telah selamat diterima oleh jemaah kelas tadarrus Madrasah Hj Abdullah Kg Air Leleh, Melaka.
Melihat para jemaah duduk bersama-sama mempelajari al-Quran mungkin kelihatan seperti suasana biasa, namun kesungguhan mereka untuk terus menuntut ilmu cukup menyentuh hati.
Duduk di dalam kelas. Buka al-Quran. Kemudian membaca di hadapan guru. Tetapi di sebalik itu, ada usaha yang kita tidak nampak.
Ada ayat yang perlu dibaca berkali-kali. Ada bacaan yang ditegur lalu diperbetulkan semula. Ada hukum tajwid yang perlu dipelajari. Ada hafazan yang sudah diingat semalam, tetapi hari ini perlu diulang kembali supaya tidak hilang. Kadang-kadang satu halaman sahaja memerlukan masa yang panjang untuk benar-benar dikuasai. Namun mereka tetap datang belajar. Tetap membuka al-Quran. Dan tetap mencuba lagi walaupun bacaannya belum sempurna.
Begitulah ilmu al-Quran diperoleh, sedikit demi sedikit, dengan sabar dan kesungguhan. Kita mungkin tidak mampu duduk bersama mereka mengulang setiap ayat. Kita juga mungkin tidak mampu menjadi guru yang membimbing dan memperbetulkan bacaan mereka. Tetapi kita boleh membantu menyediakan al-Quran yang mereka perlukan untuk terus belajar.
Setiap naskhah yang sampai bukan sekadar sebuah pemberian. Ia menjadi salah satu keperluan yang menemani usaha seorang pelajar dalam perjalanan mempelajari kalam Allah SWT.
Terima kasih para penginfaq kerana terus memberi sokongan kepada para jemaah yang sedang bersungguh-sungguh menuntut ilmu al-Quran. Semoga bantuan ini memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar tanpa mudah berputus asa.
Ya Allah, mudahkanlah para jemaah ini mempelajari al-Quran. Kurniakan mereka kesabaran, kefahaman dan istiqamah dalam menuntut ilmu serta berkatilah setiap penginfaq yang menjadi asbab al-Quran ini sampai ke tangan mereka. Aamiin.
Jemput bersama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar yang sedang menuntut ilmu. Link infaq di komen pertama:
15/08/2026
[13.2.26] TUAN PUAN, BELAJAR AL-QURAN TAK PERNAH TERLAMBAT [60 NASKHAH]
Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, 60 naskhah al-Quran hasil infaq tuan puan telah selamat disampaikan untuk kegunaan jemaah kelas mengaji di Masjid Jamek Al-Faizin, Merlimau Melaka pada 13 Februari 2026 (Jumaat).
Selalunya bila disebut kelas mengaji, kita terbayangkan anak-anak kecil duduk di hadapan ustaz sambil memegang al-Quran. Tetapi kali ini berbeza. Yang duduk belajar di dalam masjid ini bukan lagi anak-anak kecil. Ada yang rambutnya sudah memutih. Ada yang usianya sudah memasuki senja. Tetapi mereka masih datang membawa satu keinginan tetapi mereka mahu terus belajar al-Quran. Ada yang mahu memperbaiki bacaan. Ada yang mahu belajar tajwid dengan lebih baik. Ada juga yang mungkin baru sekarang mempunyai masa dan kesempatan untuk kembali mendekatkan diri dengan al-Quran.
Melihat kesungguhan mereka membuatkan kami tersentuh. Kerana rupa-rupanya, untuk menjadi pelajar al-Quran sebenarnya tidak mengira usia. Selagi mata masih mampu melihat hurufnya, lidah masih mampu menyebut ayatnya dan hati masih mempunyai keinginan untuk belajar, pintu untuk mendampingi al-Quran sentiasa terbuka.
Mudah-mudahan al-Quran yang diberikan dapat menemani mereka memperbaiki bacaan, mengikuti kelas dan mengisi hari-hari mereka dengan kalam Allah SWT.
Terima kasih para penginfaq kerana sudi membantu bukan sahaja anak-anak yang sedang belajar al-Quran, tetapi juga ibu, ayah, pakcik dan makcik yang masih bersemangat menjadi pelajar al-Quran walaupun usia semakin bertambah.
Ya Allah, jangan Engkau jauhkan hati kami daripada al-Quran walaupun usia semakin meningkat. Kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada mereka yang masih bersungguh-sungguh mempelajari kalam-Mu serta berkatilah setiap penginfaq yang menjadi asbab al-Quran ini sampai ke tangan mereka. Aamiin.
Jemput bersama kami sampaikan al-Quran kepada lebih ramai yang ingin belajar dan mendampingi kalam Allah SWT. Link infaq di komen pertama:
15/08/2026
[7.8.26] TUAN PUAN, MEREKA JUGA ANAK YANG SEDANG DIBESARKAN DENGAN AL-QURAN [100 NASKHAH]
Tuan puan yang budiman,
Alhamdulillah, sebanyak 100 naskhah al-Quran hasil infaq para penginfaq telah selamat disampaikan kepada para pelajar di Maahad Integrasi Tahfiz Imam Al-Fathi, Batu Pahat Johor pada 7 Ogos 2026 (Jumaat).
Sebagai ibu bapa, tentu ada satu harapan yang selalu kita titipkan untuk anak-anak. Kita mahu mereka membesar menjadi orang yang baik, tahu agama, kenal Allah SWT dan dekat dengan al-Quran.
Sebab itu apabila melihat anak-anak di sekolah dan maahad tahfiz seperti ini, hati mudah tersentuh. Ada ibu yang melepaskan anaknya tinggal berjauhan demi menuntut ilmu. Ada ayah yang bekerja setiap hari sambil menyimpan harapan agar anaknya membesar menjadi insan yang baik. Dan ada guru-guru yang sabar membimbing mereka membaca, menghafal dan mempelajari al-Quran.
Kita mungkin tidak mengenali ibu ayah mereka. Kita juga mungkin tidak pernah bertemu anak-anak ini. Tetapi kita berkongsi satu harapan yang sama iaitu mahu melihat generasi selepas kita membesar dekat dengan al-Quran.
Jika di rumah kita berusaha menyediakan yang terbaik untuk anak-anak sendiri, sesekali marilah kita membantu anak-anak orang lain yang sedang bersungguh-sungguh menuntut ilmu.
Terima kasih para penginfaq kerana sudi membantu anak-anak ini walaupun mereka bukan darah daging kita sendiri. Semoga kebaikan yang diberikan kepada anak orang lain menjadi asbab Allah SWT melimpahkan kebaikan kepada anak-anak dan keluarga kita juga.
Ya Allah, peliharalah anak-anak dan zuriat kami. Dekatkan hati mereka dengan al-Quran, jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah serta berkatilah setiap penginfaq yang membantu perjalanan anak-anak ini. Aamiin.
Jemput bersama kami sampaikan al-Quran kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan. Link infaq di komen pertama:
14/08/2026
[16.12.25] TUAN PUAN, SIAPAKAH “AHLI ALLAH” DI DUNIA INI? [60 NASKHAH]
Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, pada 16 Disember 2025 (Ahad) sebanyak 60 naskhah al-Quran hasil infaq para penginfaq telah selamat disampaikan kepada para pelajar di SRA JAIM Felda Menggong, Alor Gajah Melaka.
Ada satu gelaran yang cukup istimewa disebut oleh Rasulullah ﷺ kepada mereka yang berdamping dengan al-Quran.
Baginda ﷺ bersabda bahawa sesungguhnya Allah mempunyai “ahli-Nya” daripada kalangan manusia.
Apabila para sahabat bertanya siapakah mereka, Baginda ﷺ menjawab:
“Mereka ialah Ahlul Quran, ahli Allah dan orang-orang pilihan-Nya.”
Betapa mulianya kedudukan mereka yang menjadikan al-Quran dekat dalam kehidupan. Anak-anak ini sedang melalui perjalanan yang sangat indah. Hari-hari mereka diisi dengan membaca al-Quran. Ayat-ayatnya diulang untuk dihafal. Bacaan diperbaiki bersama guru. Sedikit demi sedikit, mereka belajar untuk menjadikan kalam Allah SWT sebagai teman dalam kehidupan. Dan kita mungkin tidak mampu berada bersama mereka di dalam kelas. Tetapi kita boleh menjadi antara insan yang membantu mereka terus berdamping dengan al-Quran. Sebuah al-Quran yang kita bantu sampaikan hari ini mungkin akan berada di tangan seorang pelajar yang membacanya berulang kali, menghafalnya dan membawanya bersama dalam perjalanan menuntut ilmu.
Terima kasih para penginfaq kerana tidak pernah jemu membantu anak-anak yang sedang mendekatkan diri dengan al-Quran. Semoga usaha menyediakan al-Quran untuk mereka menjadi antara kebaikan yang Allah SWT terima dan berkati.
Ya Allah, jadikanlah kami dan zuriat keturunan kami daripada kalangan Ahlul Quran. Lembutkan hati kami untuk mencintai kalam-Mu, hidupkan rumah-rumah kami dengan bacaan al-Quran dan berkatilah setiap penginfaq yang membantu anak-anak ini terus berdamping dengan kitab-Mu. Aamiin.
Jemput bersama kami sampaikan al-Quran kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan. Link infaq di komen pertama:
14/08/2026
[23.7.26] TUAN PUAN, DULU, ADA ORANG SEDIAKAN AL-QURAN UNTUK KITA [100 NASKHAH]
Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, sebanyak 100 naskhah al-Quran hasil infaq para penginfaq telah selamat disampaikan kepada para pelajar di MRSM ATM Bera Pahang pada 23 Julai 2026 (Khamis).
Cuba kita ingat kembali zaman mula-mula belajar mengaji dahulu. Ada antara kita belajar di rumah. Ada yang mengaji di surau. Ada yang duduk beramai-ramai di hadapan ustaz atau ustazah sambil menunggu giliran membaca.
Waktu itu, kita hanya tahu buka al-Quran dan mengaji. Kita mungkin tidak pernah terfikir siapa yang menyediakan al-Quran tersebut untuk kita. Mungkin ibu ayah yang membelinya. Mungkin pihak surau yang menyediakannya. Atau mungkin juga daripada pemberian seseorang yang langsung kita tidak kenali. Tetapi dengan al-Quran itulah kita mula mengenal huruf, belajar membaca ayat demi ayat sehingga akhirnya mampu membaca sendiri.
Hari ini, giliran kita p**a berada di tempat orang yang memberi. Melihat mereka memegang al-Quran ini membuatkan kami terfikir…
Dulu ada orang yang membantu perjalanan kita mengenal al-Quran. Hari ini, kita p**a berpeluang membantu perjalanan generasi selepas kita.
Mungkin anak-anak ini tidak pernah tahu nama orang yang membantu menyediakan al-Quran mereka. Tidak mengapa. Kerana tujuan kita bukan untuk dikenali, tetapi supaya pemberian itu benar-benar memberi manfaat kepada insan yang menggunakannya.
Terima kasih para penginfaq kerana tidak jemu untuk memilih meneruskan rantaian kebaikan ini. Semoga setiap al-Quran yang disampaikan menjadi asbab lebih ramai anak-anak dapat belajar, membaca dan mendekatkan diri dengan kalam Allah SWT.
Ya Allah, rahmatilah mereka yang pernah mengajar dan membantu kami mengenal al-Quran. Berkatilah p**a para penginfaq yang hari ini membantu generasi seterusnya mempelajari kalam-Mu. Kurniakanlah kebaikan kepada mereka serta keluarga mereka di dunia dan akhirat. Aamiin.
Jemput bersama kami sampaikan al-Quran kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan. Link infaq di komen pertama:
13/08/2026
Kalau nak elakkan PELUPA pada usia senja, cuba amalkan 2 doa ini. Satu, dari al-Quran & satu lagi dari Rasululllah s.a.w. Doanya di 1st komen
13/08/2026
Syukur, anda langkah kanan hari ini. Kami perlukan 49 naskhah Al-Quran untuk pelajar tahfiz. Jemput infaq sempena Hari Jumaat. RM30 pun kami syukuri. Moga Allah murahkan rezeki tuan puan. Amin. Link infaq di komen pertama.
13/08/2026
[19.7.26] TUAN PUAN, TAK PERLU TUNGGU JADI KAYA UNTUK BUAT SESUATU YANG BERMAKNA [120 NASKHAH]
Tuan puan yang dirahmati Allah SWT,
Alhamdulillah, hari ini sebanyak 120 naskhah al-Quran hasil infaq para penginfaq telah selamat disampaikan kepada para pelajar di Maahad Tahfiz Al Fath, Tangkak Johor.
Kadang-kadang kita teringin membantu, tetapi dalam hati terdetik…
“Nantilah bila ada rezeki lebih.”
“Nantilah bila kewangan dah lebih selesa.”
Hakikatnya, kalau menunggu sehingga benar-benar senang, mungkin kita sendiri tidak tahu bila masanya akan tiba. Sedangkan untuk memberi manfaat kepada orang lain, kita tidak semestinya perlu mempunyai banyak. Ada yang mampu memberi lebih. Ada yang hanya mampu berkongsi sedikit. Tetapi apabila ramai orang memilih untuk mengambil bahagian, yang sedikit itu akhirnya menjadi sesuatu yang besar.
Sedikit demi sedikit, sebuah al-Quran dapat disediakan. Sebuah demi sebuah, semakin ramai pelajar mendapat al-Quran untuk digunakan dalam pembelajaran mereka. Inilah yang mengingatkan kami bahawa untuk melakukan sesuatu yang bermakna, kita tidak perlu menunggu sehingga memiliki segalanya. Kita cuma perlu bermula dengan apa yang kita mampu.
Terima kasih kepada setiap penginfaq yang memilih untuk mengambil bahagian. Mungkin jumlah yang diberikan berbeza-beza, tetapi setiap satunya membantu sehingga 120 naskhah ini akhirnya sampai ke tangan para pelajar.
Ya Allah, terimalah setiap pemberian para penginfaq. Berkatilah rezeki mereka, cukupkan segala keperluan mereka, permudahkan urusan keluarga mereka dan jadikan setiap al-Quran ini membawa manfaat kepada para pelajar yang membaca dan mempelajarinya. Aamiin.
Jemput bersama kami membantu menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar yang memerlukan. Link infaq di komen pertama: