Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6

Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6

Share

Sek Ren Islam Nur Hikmah bertempat di Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota, Kajang. Menggunakan silibus J

Photos from Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6's post 18/04/2026

Warna warni hari raya 🥰

Photos from Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6's post 28/02/2026

Alhamdulillah.
Keputusan UPKK 2025 (sebelum semakan semula), dari 31 orang pelajar;

13% pelajar 9A
32% pelajar 8A
1% pelajar 7A
1% pelajar 6A
13% pelajar 5A
13% pelajar 4A
1% pelajar 3A

Tahniah kepada semua kerana telah berusaha bersunguh-sungguh. Anggaplah ini sebagai titik permulaan dari perjalanan yang masih sangat panjang.

Teruskan berusaha dan jangan berhenti untuk menjadi yang terbaik walau apa jua aliran dan semoga anak-anak Nur Hikmah menjadi anak yang soleh/solehah dalam perjalanan mengejar ilmu di sepanjang hayat.

Tahniah semuanya 🎉🎊

12/01/2026

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak Nur Hikmah dan selamat datang bagi pelajar-pelajar baru 😊
Salam tahun baru dan salam perkenalan dari kami tenaga pengajar Sekolah Rendah Islam Nur Hikmah 🫰🏻

Photos from Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6's post 22/12/2025

Meraikan anak-anak tahun 6 setelah mereka bertungkus lumus dalam peperiksaan UPKK 2024 dan PSRA 2025 sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
Semoga kenangan percutian ini kekal dalam ingatan anak-anak semua sampai bila-bila. Kami di Nur Hikmah sentiasa mendoakan kesejahteraan perjalanan anak-anak di dalam menempuh alam sekolah menengah nanti. 😊

Photos from Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6's post 16/12/2025

Majlis Akhir Tahun (Anugerah Kecemerlangan & Jamuan Akhir Tahun) 2025.

27/11/2025

Alhamdulillah.
Keputusan penuh PSRA 2025 SRI Nur Hikmah buat masa ini, sebelum semakan semula dibuat.

Mumtaz : 6 orang
Jayyid jiddan : 13 orang
Jayyid : 6 orang
Maqbul : 1 orang
Musaadah : Tiada

Tahniah kepada semua anak-anak yang telah berusaha.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang terus berusaha dan tidak pernah menunjukkan rasa putus asa. Diharap anak-anak dapat belajar sesuatu dari usaha kita ini.

Semoga dengan keputusan ini menjadi salah satu pemangkin semangat kepada anak-anak semua.

Kepada anak-anak yang kurang cemerlang, teruskan mencari ilmu dan aliran yang diminati. Dengan usaha keras ini, semoga ianya menjadi asbab anak-anak berjaya di dunia dan akhirat nanti.

Ampun dan maaf kami pinta andai ada yang terkurang atau yang terlebih sepanjang anak-anak menimba ilmu di sini. Doa kami agar anak-anak akan menjadi anak yang soleh/solehah dan terus menerus bertemu kejayaan di masa depan nanti. Aamiinn 🤲🏻😊

17/11/2025

Kami warga Nur Hikmah mendoakan kecemerlangan buat kesemua pelajar tahun 5 yang akan menduduki UPKK 2025 bermula hari ini.

Semoga Allah SWT permudah segala urusan dari hari pertama hinggalah saat terakhir anak-anak di dalam dewan peperiksaan. 😊

Photos from Sek. Ren. Islam Nur Hikmah Mahkota 6's post 03/10/2025

Alhamdulillah berakhir sudah peperiksaan PSRA 2025. Tahniah kepada anak-anak Nur Hikmah kerana telah berusaha sehabis baik.

Tahniah juga kepada ibu bapa yang sanggup untuk melepaskan anak untuk berkampung di Nur Hikmah sepanjang minggu peperiksaan. Dan juga mengorbankan masa hujung minggu anak bagi menghadiri kem PSRA semata-mata untuk anak-anak mengenal erti pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Semoga anak-anak mengecapi kejayaan semuanya. Jika bukan untuk hari ini, insyaAllah kejayaan dimasa akan datang.

Amiinn 🤲🏻😊

29/09/2025

Kami warga Sri Nur Hikmah ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PSRA kepada anak-anak tahun 6.

Didoakan anak-anak diberi kelancaran ketika menjawab soalan. Semoga dipermudah urusan di dalam dewan peperiksaan dan sepanjang minggu peperiksaan insyaAllah.


04/09/2025

Pendaftaran bagi pelajar baharu tahun 1 sesi 2026 kini dibuka 😊
Klik link berikut untuk pertanyaan lanjut:
https://wa.link/hybqcr

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


36, Jalan BM6/6B, Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:45 - 18:15
Tuesday 07:45 - 18:15
Wednesday 07:45 - 18:15
Thursday 07:45 - 18:15
Friday 07:45 - 18:15