23/05/2026
πTSCB BLOK E
Selamat Hari Guru daripada anak-anak comel Taska Si Comel Bunda Blok E π€πΈ
Hari ini penuh dengan senyuman, gelak tawa dan wajah-wajah kecil yang begitu ceria meraikan guru-guru kesayangan mereka. π₯Ήβ¨
Mereka mungkin masih kecil untuk memahami sepenuhnya erti jasa seorang guru, tetapi cara mereka memeluk, tersenyum dan menunjukkan kasih sayang sudah cukup membuat hati kami bahagia.
Anak-anak Blok E memang sangat aktif, manja, comel dan menceriakan setiap hari di taska. Semoga anak-anak membesar menjadi insan yang baik, bijak dan sentiasa menghargai orang di sekeliling mereka. π
Terima kasih ibu ayah atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan membesar anak-anak kecil ini. π·
23/05/2026
πTSCB BLOK C&D
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik yang sentiasa sabar, ikhlas dan penuh kasih sayang dalam mendidik anak-anak. πΈ
Terima kasih kerana menjadi insan hebat yang bukan sahaja mengajar membaca dan menulis, tetapi juga membentuk adab, keyakinan dan masa depan anak-anak kecil dengan penuh cinta.
Setiap penat lelah, doa dan pengorbanan guru sangat bermakna dan tidak ternilai harganya. Semoga semua guru sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam mendidik generasi pewaris masa depan. π€
βSeorang guru mungkin tidak diingati setiap kata-katanya, tetapi kasih dan jasanya akan sentiasa terpahat di hati.β β¨
23/05/2026
Alhamdulillah, telah selesai lawatan pendidikan untuk anak-anak berumur 3 & 4 tahun Taska Si Comel Bunda Blok C, D dan E pada hari ini. 22 Mei 2026 (Jumaat) βΊοΈ
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang haiwan ternakan seperti kambing dan lembu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ticer Aisyah yang telah memperkenalkan kami ke Kandang KLIA3 serta membantu menjayakan lawatan ini.
Tidak dilupakan juga, pihak Kandang KLIA3 yang mesra dan mengalu-alukan kedatangan anak-anak serta memberikan peluang kepada mereka untuk melihat sendiri haiwan ternakan dengan lebih dekat. ππ
Semoga pengalaman ini memberi manfaat, menambah ilmu dan mencipta kenangan indah buat anak-anak kecil kami. π
04/05/2026
Kembangkan kreativiti dan imaginasi anak-anak dengan permainan playdoh.
πtscb blok e-
04/05/2026
Ocean Sea
Mengenal haiwan-haiwan yang tinggal di dalam laut.
πtscb blok e-
28/04/2026
Jamuan Raya Taska Si Comel Bunda Putra Impian Blok C&D dan Blok E.
Raya mulia, jiwa ceria, maaf zahir dan batin.
Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kegembiraan. Salam lebaran penuh kemaafan dan keberkatan. π€²π»β¨
25/04/2026
Aktiviti Pagi
Hero Kitar Semula
πtscb blok cd -
22/04/2026
Alhamdulillah berita gembira buat kami dan juga ibu bapa.
Taska Si Comel Bunda Pangsapuri Putra Blok C&D kini telah SAH BERDAFTAR dan mendapat akuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kami sentiasa mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh JKM dan akan memikul amanah serta tanggungjawab ini dengan baik. Mohon terus doakan buat TSCB semoga terus cemerlang dan memberi faedah kepada penduduk sekitar khususnya penduduk Taman Putra Impian, Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama serta Southville. πͺ
Fly high TSCB! πβ¨
15/04/2026
πtscb blok cd-
Hari ini special sikit π
Sempena minggu tema Jaga Kebersihan Diri, anak-anak dapat reward Spa Saloon & Massage π
π»ππ»ββοΈπ§π»ββοΈ
Seronok betul mereka dapat relax sambil belajar sayangi diri sendiri π
15/04/2026
πtscb blok e-
Hari ini special sikit π
Sempena minggu tema Jaga Kebersihan Diri, anak-anak dapat reward Spa Saloon & Massage π
π»ππ»ββοΈπ§π»ββοΈ
Seronok betul mereka dapat relax sambil belajar sayangi diri sendiri π