Haglos - German Language Services

Haglos - German Language Services

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Haglos - German Language Services, Tutor/Teacher, Kajang Prima, Kajang.

13/03/2024

B1 schflriftlicher Ausdruck Teil 2

12/11/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kami akan membuka kelas persediaan untuk menduduki ujian bahasa Jerman tahap A1, A2 dan B1 baik untuk Goethe mahupun Telc GmbH.

Kelas diadakan secara berkump**an, sama ada Sabtu atau Ahad. Kami akan ajar berkenaan format soalan, Hören, Lesen, Schreiben, Sprechen dan juga ulangkaji Grammatik. Pelajar akan belajar teknik² menjawab kertas soalan A1, A2 dan B1.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi kami. Yurannya hanya RM450 seorang untuk kelas secara bersemuka sebanyak 5 sesi, dengan tempoh selama 2.5jam setiap sesi siap dengan bahan² pelajaran dan latihan.

Tertakluk kepada jumlah peserta. Penyertaan minimum sebanyak 3 orang. Sebarang jumlah bawah minimum akan dikira sebagai kelas privat. Terima kasih.

13/05/2023

Salam sejahtera.

Kami akan buka satu kelas khas persediaan untuk ujian bahasa Jerman tahap A1. Peserta mesti sudah tamat belajar A1, cuma perlukan bimbingan bagi menjawab soalan ujian A1. Komponen yang akan diajar dalam kelas bimbingan itu nanti ialah.

- Kemahiran mendengar (audio)
- Kemahiran membaca (teks, surat, memo)
- Kemahiran menulis (mengisi borang, menulis surat)
- Kemahiran bertutur (pengenalan diri, soal jawab)
- Ulangkaji grammatik bahasa Jerman

Kelas akan diadakan pada bulan Jun dan Julai. Kami akan sediakan simulasi penuh bagi ujian A1 set² soalan berbeza. Kelas ini khusus untuk mereka yang bakal menduduki ujian A1 bagi tujuan permohonan visa Jerman. Turut terbuka untuk mereka yang mahu mengulang semula kertas ujian A1.

Kami juga akan menawarkan kelas bimbingan bagi menghadapi ujian A2 dan B1. Jika berminat boleh PM dan hubungi kami untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

24/12/2022

In wenigen Tagen kommt endlich ein neues Jahr und wir verlassen dieses Jahr mit Erinnerungen. Die Zeit vergeht ja aber sehr schnell und wir wünschen Ihnen ganz herzlich frohe Weihnachten, alles gute und einen guten Rutsch ins neue Jahr 2023. Viel Spaß!

11/10/2022

KURSUS BAHASA JERMAN MINI A1

Pengambilan baru.

Tarikh : 5 November-17 Disember 2022
Waktu : 10 pagi - 12 tengahari
Tempat : Kajang Prima
Yuran : RM650 untuk 7x kelas, berserta buku teks, nota

Sesuai untuk mereka yang nak belajar asas bahasa Jerman.

Sesuai untuk adik² lepasan SPM, STPM dan A-Level.

Sesuai untuk mereka yang nak jalan² di Jerman.

Kelas berkump**an dengan maksimum 10 peserta.

Jika berminat boleh PM saya. Terima kasih.

31/01/2022

Selamat Tahun Baru Cina!
Gong Xi Fa Cai!
Happy Chinese New Year!
Frohes Chinesisches Neujahr!

01/01/2022

Kelas bahasa Jerman 🇩🇪 A1.1 online berkump**an akan dibuka.

Tahap : A1.1 (separuh A1, 7 bab)
Tarikh : 11hb Januari 2022
Hari : Setiap hari Selasa
Jam : 8-10.30 malam
Bilangan : 18 kali kelas (18 minggu, sekali seminggu)
Platform : secara online dengan Skype
Yuran : RM1470 termasuk buku teks, kamus, nota dan pos.

Kursus ini sesuai untuk mereka yang tiada asas bahasa Jerman, baik untuk tujuan pendidikan, pelancongan, pekerjaan, bisnes dan sebagainya. Terbuka untuk semua khususnya lepasan SPM, kolej, universiti.

Pelajar akan diajar 4 elemen penting (bertutur, membaca, menulis, mendengar). Juga didedahkan tentang ilmu komunikasi dan tatabahasa Jerman. Penerangan konsep dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jerman.

Kami hanya menyediakan khidmat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar bagi pelajar² yang mahu belajar bahasa Jerman serta mahu menduduki ujian A1. Pelajar seharusnya kursus A1.1 dan A1.2 sebelum menduduki ujian A1.

Sila PM jika berminat untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

31/12/2021

Wir wünschen euch allen einen guten Rutsch ins neue Jahr 2022!

04/11/2021

🇲🇾 Hai semua, satu rencana baru berkaitan kelas bahasa Jerman berserta program Ausbildung di Jerman akan tersedia tidak lama lagi pada 2022. Sila ikuti laman ini bagi maklumat lanjut. Terima kasih.

🇬🇧 Hi everyone, a new program regarding German language course together with Ausbildung program in Germany will be ready in 2022. We will inform more and please keep following this site for more infos. Thanks.

🇩🇪 Hallo alle zusammen, ein neuer Deutschkurs mit Ausbildungsprogramm in Deutschland wird bald 2022 bereit sein. Wir sagen Ihnen Bescheid und bitte den Infos auf diese Seite folgen. Danke.

26/04/2021

Keputusan pelajar persendirian kami. Keputusan ini buktinya. Kami komited dalam melatih bakat² baru.

The result of our private student. The result is the evident. We are commited to train new talents.

30/11/2020

POLISI TIADA PEMULANGAN SEMULA - Sila ambil perhatian bahawa tiada pemulangan yuran akan diberikan jika kelas dibatalkan oleh pihak pelajar dan setelah kelas mula berjalan. Tiada pemulangan semula. Sebelum kelas bermula pelajar diingatkan akan komitmen pembelajaran. Pembayaran semula yuran secara amaun penuh walaubagaimanapun hanya akan diberikan jika kelas dibatalkan oleh pihak pengajar sendiri atas sebab² tertentu. Terima kasih.

NO REFUND POLICY - Please be informed, no refund will be given if the participant chooses to withdraw the course at his/her own will and the lessons have already started. No refund at all will be given. Participants have been reminded about the commitment for the course. We will however refund your fee at full amount, if the course has to be canceled by the lesson provider due to certain reasons. Thank you.

02/11/2020

Lain padang lain belalang.
Lain lubuk lain ikannya. Itu peribahasa Melayu.

Habis tu apa p**a padanan peribahasa Jermannya?

Andere Länder, andere Sitten.
(Lain negara, lain ragamnya)

Jika nak belajar sesuatu bahasa maka kita harus juga kenal budayanya.

Kita selami budayanya untuk mengenal resam dan adatnya menerusi sasteranya. Bukankah bahasa jiwa bangsa?

Jika sastera Melayu ada figura seperti Hamzah Fansuri, Tun Sri Lanang, Hamka dan Za'aba maka Jerman p**a ada penyajak, penyair dan sasterawan seperti Schiller, Goethe, Rainer-Maria Rilke, Kafka dan ramai lagi.

Sesungguhnya Jerman itu bukanlah gah sekadar pada kejuruteraannya sahaja bahkan segenap bidang ilmu juga.

Nak belajar bahasa Jerman? Tahukan nak cari siapa?

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Culinary Team

Attire

Website

Address


Kajang Prima
Kajang
43000