Akademi Grafologi Malaysia

Akademi Grafologi Malaysia

Share

http://www.akademigrafologi.com Karohs dari International School of Handwriting Analysis (ISHA).

Berdasarkan pengalaman menganalisis tulisan tangan pelajar sekolah dan mahasiswa universiti serta penyelidikan dalam bidang ini, Akademi Grafologi Malaysia (AGM) ditubuhkan untuk memasyarakat dan memartabatkan Grafologi serta menyediakan perkhidmatan yang mudah dicapai. Antara khidmat yang disediakan ialah;

(i) analisis tulisan tangan
(ii) membantu kes penipuan dokumen (Grafonomi)/Kes mahkamah

10/04/2026

Grafologi tidak menjanjikan kesempurnaan dalam memahami manusia. Namun ia menawarkan satu cara untuk melihat dengan lebih teliti, membaca dengan lebih sabar, dan memahami dengan lebih empati.


Dalam dunia yang sering menilai dengan cepat, pendekatan ini mengajak kita untuk memperlahankan langkah dan melihat manusia sebagai manusia.


Mungkin, pada akhirnya, yang paling penting bukanlah sejauh mana kita mampu membaca orang lain, tetapi sejauh mana kita bersedia untuk memahami diri sendiri.


Dan dalam setiap tulisan yang ditinggalkan di atas kertas, barangkali terdapat satu perkara yang sentiasa kekal, bahawa manusia sentiasa sedang dalam perjalanan untuk mengenali dirinya sendiri.

~Berkongsi untuk merasa tenang kerana ilmu semakin menjalar ke setiap jiwa yang memerlukan- Dr. Hanida

06/03/2026
04/03/2026

Tiada seorang pun yang bangun suatu hari dan berkata, “Aku ingin hidup dengan pertahanan diri.” Pertahanan itu terbina perlahan-lahan melalui pengalaman yang berulang, melalui kata-kata yang tidak pernah didengar, dan melalui emosi yang tidak pernah diberi ruang.

Sejak kecil, manusia belajar satu perkara yang sangat halus tetapi kuat kesannya:
• Emosi tertentu selamat, emosi tertentu berbahaya.
• Ada emosi yang diraikan, ada yang ditegur, dan ada yang
langsung tidak dibenarkan wujud.

Apabila kanak-kanak menangis lalu dimarahi, dia belajar bahawa sedih itu *perlu disembunyikan*. Apabila kemarahan dianggap biadab, *dia belajar untuk menekan marah*. Apabila ketakutan diketawakan, *dia belajar untuk berpura-pura berani*.

Daripada pengalaman inilah mekanisme pertahanan diri mula terbentuk dan ia bukan sebagai pilihan, *tetapi sebagai strategi kelangsungan hidup emosi*.

~Tulisan Tidak Pernah Menyembunyikan Apa-apa, Melainkan Yang Tersembunyi Itulah Suara Sebenar Yang Tidak Didengari Oleh Kita~

02/03/2026

Lembaran Makluman Dikeluarkan Hari Ini Untuk Pengetahuan Umum.

Kursus Berpakej Yang Ditawarkan. Hubungi Unit Pengurusan AGM dengan kadar segera untuk Tempahan Tarikh.

Selamat Berpuasa.

~Tulisan Adalah Bahasa Senyap, Yang Tidak Perlu Pertarungan Untuk Memenanginya~

02/03/2026

Lembaran Makluman Dikeluarkan Hari Ini Untuk Pengetahuan Umum.

Kursus Berpakej Yang Ditawarkan. Hubungi Unit Pengurusan AGM dengan kadar segera untuk Tempahan Tarikh.

Selamat Berpuasa.

~Tulisan Memberi Laluan Kepada Kebenaran Dan Destinasi Kepada Pencarian~

02/03/2026

KURSUS CERTIFIED HANDWRITING ANALYST (CHA) LEVEL.1.

TARIKH : 21 - 24 APRIL 2026
HARI : SELASA - JUMAAT
TEMPAT:FKAB UKM, BANGI

Peluang keemasan untuk menjadi penganalisis tulisan tangan dan mendapat bimbingan daripada penganalisis berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mendalam dengan cabang dan bidang Grafologi.


Satu platform yang ditawarkan untuk menyediakan bakal penganalisis yang akan dibekalkan dengan keperluan ilmu yang lengkap dan merangkumi semua cabang yang ada. Kursus ini merupakan 'induk' kepada cabang yang lain sebagai langkah pertama untuk menjadi penganalisis bertauliah.


Jauh lebih murah daripada harga semasa dan masih mengekalkan 'Harga Lama' bagi Siri 2026. Boleh disertai oleh sektor swasta mahupun kerajaan serta individu yang berminat.


Sebagai satu peluang kerjaya yang terbaik dalam membantu masyarakat ke arah mampu menginspirasikan diri untuk menjadi yang terbaik.Peluang tidak selalu datang, yang datang ada kalanya tidak kembali lagi dan mungkin kembali dengan wajah baharu yang begitu banyak perubahan sehinggakan kita tidak mampu lagi memilikinya.


PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN TEMPAT PERLU DILAKUKAN DENGAN KADAR SEGERA ATAU SELEWAT-LEWATNYA PADA 25 MAC 2026.


TAWARAN BAYARAN PENYERTAAN SECARA BERKALA DAN RUNDINGAN DIBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN DAN YANG BERMINAT BAGI INDIVIDU YANG ATAS BIAYA SENDIRI.


KEPADA SEMUA PESERTA, BAYARAN AWAL/PENDAHULUAN ATAU SECARA SEPENUHNYA PERLU DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA 07 APRIL 2026.


UNIT PENGURUSAN AGM AKAN MEMBERI MAKLUMAT BERKAITAN MELALUI APLIKASI WhatsApp KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN.


Rebut dan daftar sekarang untuk dapatkan tempat terawal kerana tempat sangat terhad. Dijalankan dalam kuantiti peserta yang kecil untuk lebih memberi bimbingan sepanjang kursus.


TEMPAT HANYA DIBUKA KEPADA 15 ORANG PESERTA SAHAJA.


Peserta yang menyertai kursus ini akan diberi:
》satu modul induk yang lengkap
》satu modul slant
》satu kamus penghayatan 'traits'
》 peralatan untuk menganalisis
》 bahan untuk rujukan dan info
》 sampel- sampel untuk dianalisis
sepanjang kursus


Pentauliahan dua sijil serentak akan diberikan setelah memenuhi syarat iaitu menghantar laporan analisis dan menjawab ujian pemahaman 'traits' yang diberikan. Penyediaan dua tugasan ini akan dibimbing sepenuhnya oleh penganalisis berpengalaman dan 'team' AGM di bawah bimbingan Dr. Hanida Haron.


Daftar segera sementara peluang masih dibuka.


Hubungi dengan whatsapp 》
011-1181 8655📳

~MENULISLAH SELALU JIKA INGIN MEMILIKI KENDIRI YANG HEBAT~

02/03/2026

KURSUS SINGKAT MEMAHAMI GRAFOLOGI DENGAN MUDAH - MELALUI METOD GESTALT

TARIKH :27 APRIL 2026
HARI : ISNIN
MASA :8.30am-4.30pm
TEMPAT:FKAB UKM, BANGI

Perkongsian ini terbuka kepada semua jenis tulisan seperti Rumi, Jawi, Cina, Tamil dan lain-lain. Tidak terbatas kepada tulisan rumi (roman) sahaja melalui Metod Gestalt semua jenis tulisan boleh dianalisis. Semua bangsa boleh bersatu dan bersama di bawah satu bumbung ilmu iaitu Grafologi.

Metod yang sering didedahkan dalam Grafologi yang akan melengkapkan perjuangan dalam arena ilmu ini selalunya disarankan untuk memenuhi pakej di bawah:

GESTALT ➖ KAEDAH TRAIT ➖ ANALISIS TANDATANGAN

Metod Gestalt akan memberi pendedahan secara keseluruhan bagaimana makna tulisan itu tersirat di sebalik bentuknya yang tersurat pada permukaan yang dipilih untuk kita menulis.

Metod yang disebut juga sebagai 'birds eye perspective' untuk melihat personaliti seseorang secara keseluruhan. Metod Gestalt ini boleh digunakan untuk melakukan analisis ke atas bahasa yang kita tidak tahu atau tidak faham mahupun yang kita tidak boleh membaca skrip tersebut. Daripada analisis Gestalt ini, kita akan lebih memahami sifat seseorang dan bukannya sekadar tindakan dan tingkah laku semata-mata.

JIKA BERMINAT BOLEH MENDAFTAR SEKARANG ATAU SELEWAT-LEWATNYA PADA 10 APRIL 2026

DAN

YURAN PERLU DIBAYAR SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM ATAU PADA 17 APRIL 2026.

Hubungi: 011-11818655✔️
011-11818655✔️
011-11818655✔️

02/03/2026

Kursus Khas Grafologi Klinikal

Tarikh :11,12 & 13 May 2026
Hari :Isnin, Selasa, & Rabu
Tempat:FKAB, UKM Bangi

Siri Ke-2 untuk 2026, dibuka kepada umum. Dialu-alukan kepada semua untuk sama-sama menyertai terutama kepada Pegawai Psikologi, Kaunselor, Bahagian Penyiasatan, PTD dan mereka yang sering berhadapan dan menguruskan kes-kes kesihatan mental atau kes-kes seumpamanya yang sukar untuk mencari metod yang sesuai, ilmu yang akan dikongsi dalam kursus ini mungkin dapat membantu anda.

Keperluan dan kepakaran dalam bidang ini sangat diperlukan. Saban tahun menunjukkan peningkatan kes dan pelbagai isu berkaitan yang memerlukan satu pendekatan dan metod khas agar bantuan dan perkhidmatan yang diberikan menepati keperluan.

Sama-sama kita tingkatkan kualiti kesihatan mental dengan tanamkan kesedaran melalui ilmu yang sangat bermanfaat ini.

Boleh mendaftar sekarang atau selewat-lewatnya pada 20 April 2026.

*Yuran Penuh dan Bayaran Pendahuluan bagi yang memilih bayaran secara Berkala perlu dijelaskan sebelum atau pada 30 April 2026.*

Cara pembayaran akan dijelaskan melalui aplikasi WhatsApp setelah tuan/puan membuat pendaftaran.

Sila WhatsApp Unit Pengurusan AGM: 011-1181 8655 📞

~MEMBANTU DIRI DAN MASYARAKAT, MEMBUDAYAKAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN MENTAL YANG SIHAT DALAM TINDAKAN DAN KEHIDUPAN~

02/03/2026

KURSUS SATU HARI :MELIHAT TAHAP RISIKO KESIHATAN MENTAL MELALUI ANALISIS TULISAN TANGAN

TARIKH:21 May 2026
HARI :KHAMIS
TEMPAT:FKAB UKM, BANGI

Ambil peluang untuk mengutip ilmu yang sangat bermanfaat bagi lingkungan kehidupan kita hari ini. Ramai di sekeliling kita mungkin perlukan perhatian dan bantuan.

Ada diantara mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan. Sedar, tetapi tidak berusaha untuk mengambil tindakan yang betul kadang-kadang mendatangkan musibah kepada diri, keluarga dan juga masyarakat.

Jika memiliki sedikit ilmu ini sekurang-kurangnya kita mampu membantu dengan memberi pandangan dan khidmat nasihat yang diperlukan selain peka dengan keadaan sekeliling dengan siapa kita hidup, tinggal, berjumpa mahupun berurusan.

Dengan menyertai perkongsian ini, anda akan diberi ilmu untuk mengetahui masalah kesihatan mental bagi peringkat permulaan dan pertengahan serta ciri-ciri yang membawa kepada risiko yang lebih besar merujuk kepada Analisis Tulisan Tangan.

Perlu mengambil langkah dengan mengutip ilmu ini kerana kita tidak boleh hidup sendirian dan kita tidak tahu dengan siapa kita akan berurusan dalam kehidupan kita. Adalah terbaik jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk mengenal seseorang agar keselamatan kita lebih terjamin.

Pendaftaran dan Pengesahan tempat hendaklah dilakukan dengan kadar segera atau selewatnya pada 08 May 2026.

YURAN PERLU DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM ATAU PADA 11 MAY 2026.

Hubungi:
Whatsapp 011-11818655📳

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/13/kesihatan-mental-di-malaysia-semakin-membimbangkan/

~Tulisan Mampu Memimpin Diri Kita Mencari Punca Masalah Dan Rela Bejuang Bersama Kita Hingga Akhir Hayat~

02/03/2026

Kursus Pemilihan Bidang Dan Kerjaya (Recruitment & Selection) Melalui Metod Analisis Tulisan Tangan.

Tarikh:15 & 16 Jun 2026
Hari :Isnin & Selasa
Tempat:FKAB, UKM Bangi

Merujuk kepada satu-satunya modul yang dibangunkan oleh Dr. Erika Margarethe Karohs. Modul ini turut digunakan oleh 'The U.S. Department of Labor'. Bagi memantapkan lagi ketepatan analisis, satu inisiatif telah diambil dengan menggabungkan 'Evaluated Traits' sebagai modul tambahan.

Memilih bidang dan kerjaya yang tepat akan memberi jaminan konsistensi positif dalam hala tuju kehidupan kita. Mampu membina mandiri yang dinamik dan meneroka kehidupan dengan lebih berani dan yakin. Modul ini akan menjadi panduan kepada diri untuk sentiasa membuat yang terbaik untuk mencapai target yang ditetapkan.

Boleh membantu ramai anak-anak pelajar di luar sana mahupun yang sudah berkerjaya untuk menetapkan keputusan yang diimpikan mahupun yang dirancangkan. Akan lebih membuka jalan dan memberi idea dalam usaha membuat pilihan dan keputusan dalam bidang pengajian mahupun kerjaya, malah mampu memantapkan lagi kefahaman untuk menjadi pelajar dan pekerja yang lebih cemerlang.

Setiap bidang dan pekerjaan yang dikongsi dalam modul ini telah diteroka dan dikaji 'traits' yang diperlukan. Maka akan memudahkan kefahaman dan membantu proses analisis.

Usah ketinggalan untuk mendaftar dan belajar bersama pakar dari Akademi Grafologi Malaysia (AGM).

Pendaftaran dan Pengesahan tempat selewat-lewatnya pada 21 May 2026.

Bayaran perlu dijelaskan sebelum atau pada 05 Jun 2026.

Hubungi Unit Pengurusan AGM:

Whatsapp
011-1181 8655☎️

~Mengetahui Kemahiran Dan Kemampuan Diri Akan Membuka Banyak Jalan Dan Peluang, Malah Hidup Sentiasa Ada Pilihan~

02/03/2026

KURSUS KHAS GRAFO-FORENSIK
(Pemeriksaan Dokumen Forensik)

Tarikh: 29 & 30 Jun 2026
Hari : Isnin & Selasa
Tempat: FKAB UKM, Bangi.

Pernahkah anda mendengar tentang 'Pemeriksaan Dokumen Forensik', ' Grafologi Forensik' atau ' Grafonomi'. Bidang ini sangat diperlukan bagi negara kita berdasarkan statistik yang sentiasa meningkat saban tahun bagi kes-kes berkaitan dengan penipuan dan pemalsuan dokumen bertulis.Tenaga pakar kita sangat kurang dan amat diperlukan dengan graf yang agak tinggi bagi kes forensik di seluruh negara (berdasarkan kes yang merujuk dengan AGM).


Bagi mereka yang meminati bidang teknikal yang lebih merujuk kepada penggunaan alat serta mempunyai kecekapan tangan (manual dexterity) yang tinggi selalunya mudah tertarik dengan cabang dokumen forensik ini. Seperti seorang pegawai penyiasat, ketelitian dan ketekunan merupakan satu kelebihan yang diperlukan, begitu juga bagi cabang dokumen forensik ini. Minat juga merupakan aspek yang sangat penting sebagai penggerak yang konsisten.


Bagi memenuhi minat dan menjawab persoalan ini anda dijemput untuk sama- sama memenuhi 'seat' yang ditawarkan untuk mengikuti KURSUS KHAS GRAFO- FORENSIK yang akan diadakan seperti yang dinyatakan dalam iklan di bawah.


Dialu-alukan semua kakitangan kerajaan dan swasta dari unit-unit kecil mahupun pengurusan tertinggi organisasi, unit integriti atau yang seumpamanya menyahut tawaran ini. Dijalankan secara bersemuka, dimulakan dengan sesi pemahaman prinsip pemeriksaan dokumen, sesi analisis dan membuat draf laporan. Sepanjang kursus akan diselit dengan aktiviti yang akan menguji minda sedar dan separa sedar serta aktiviti yang merujuk kepada ketajaman dan kepekaan daya sensori yang kita miliki.


Daftar segera kerana tempat hanya dibuka kepada 10 orang peserta sahaja.


Pendaftaran dan Pengesahan tempat boleh dilakukan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 12 Jun 2026.


PEMBAYARAN PENDAHULUAN (JIKA MEMILIH SECARA BAYARAN BERKALA) ATAU BAYARAN PENUH PERLU DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA 19 Jun 2026.


UNIT PENGURUSAN AGM AKAN MAKLUMKAN INFO BERKAITAN MELALUI WHATSAPP SETELAH TUAN PUAN MEMBUAT PENDAFTARAN.


Hubungi kami dengan whatsapp ke 》011-1181 8655📳

~MEMILIKI KEMAHIRAN YANG TIDAK RAMAI ORANG ADA, MENJADIKAN DIRI SENTIASA DIRUJUK DAN DIPERLUKAN,GRAFOLOGI ADALAH BIDANG YANG SANGAT MENARIK DAN TIDAK PERLU POPULARITI~

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kajang
43000