30/05/2025
🌟 Penutup Kem Smart Solat SRI Al-Aqrab 1.0 🌟
Alhamdulillah, selesai sudah Kem Smart Solat SRI Al-Aqrab 1.0 dengan penuh semangat, ilmu dan pengalaman yang berharga! 🕌✨
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang mempercayai kami, serta adik-adik peserta yang sangat aktif dan bersemangat sepanjang kem ini. 🌸
Hari terakhir diakhiri dengan:
📜 Penyampaian sijil & cenderahati
📸 Sesi bergambar kenangan
🤝 Ucapan penutup & penghargaan kepada semua yang terlibat
Semoga segala yang dipelajari menjadi amalan berterusan dan membawa anak-anak lebih dekat dengan solat yang sempurna. 🤲
Jumpa lagi dalam edisi seterusnya, insyaAllah!
.0
30/05/2025
🌟 Hari Kedua Kem Smart Solat Sri Sekolah Rendah Islam Al-Aqrab - Caw Bangi 1.0!
Hari ini adik-adik belajar dan berlatih bacaan dalam solat dengan penuh semangat!
✅ Sesi praktikal bacaan
✅ Aktiviti interaktif & games menyeronokkan
Ilmu dapat, seronok pun dapat! 😄🕌
29/05/2025
✨ Hari Pertama Kem Smart Solat SRI Al Aqrab ✨
Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama kem dengan kehadiran seramai 20 orang peserta yang bersemangat!
Hari ini mereka belajar:
🕌 Rukun Solat
🧎♂️ Pergerakan dalam solat
💧 Rukun Wuduk
👐 Sesi praktikal wuduk
Selain pengisian ilmu, peserta turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti menarik dan mencabar diri untuk berani tampil ke depan bagi menjawab soalan dan membuat praktikal. Seronok lihat keyakinan mereka semakin bertambah! 🌟
Semoga ilmu yang dipelajari hari ini menjadi bekal amal soleh untuk mereka. 💖
22/05/2025
Selamat Hari Guru dari warga Sekolah Rendah Islam Al-Aqrab!
Terlalu besar jasa seorang guru untuk diungkap dengan kata-kata. Mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik akhlak, membentuk peribadi, dan menanam nilai murni dalam jiwa anak-anak sejak kecil.
Hari ini, kami raikan para murabbi hebat yang sabar dan tabah membimbing anak-anak Al-Aqrab setiap hari dengan senyuman, kasih sayang, dan penuh hikmah. Tanpa guru, tiadalah kejayaan. Tanpa guru, tiadalah generasi yang tahu erti ilmu, adab, dan iman.
Majlis Hari Guru ini diadakan bukan sekadar untuk meraikan, tetapi sebagai satu tanda penghargaan dan kasih kepada mereka yang menjadi tulang belakang kepada perjalanan sekolah ini. Terima kasih atas setiap pengorbanan yang tak terlihat, setiap doa yang tak terucap, dan setiap usaha yang tak pernah jemu.
Semoga Allah terus memberkati semua guru kami dunia dan akhirat. Amin.
15/05/2025
Tahniah Nuha Safiyya!
Pelajar kelas Mengaji SRI Al-Aqrab ini telah berjaya menamatkan Iqra’ 4 dengan penuh semangat dan usaha yang konsisten.
Semoga terus melangkah maju dalam mempelajari dan mencintai Al-Quran.
Kelas mengaji di SRI Al-Aqrab kini dibuka untuk pelajar luar juga!
Jika tuan/puan berminat untuk mendaftarkan anak-anak mengikuti kelas Al-Quran dan Iqra’, bolehlah hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut:
Puan Azren 012-728 9631
15/05/2025
Tahniah Amirul Harith!
Pelajar Tahun 3 SRI Al-Aqrab ini telah berjaya menamatkan Iqra’ 6 dengan penuh dedikasi.
Semoga terus istiqamah dalam mencintai dan mempelajari Al-Quran.
Untuk makluman, kelas mengaji di SRI Al-Aqrab kini dibuka kepada pelajar luar juga!
Jika tuan/puan berminat untuk mendaftarkan anak-anak mengikuti kelas Al-Quran dan Iqra’, bolehlah hubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut.
Puan Azren 012-728 9631
14/05/2025
Kelas Mengaji Malam di KAFA SRI Al Aqrab Terbuka Untuk Semua!
Berita baik buat ibu bapa yang mencari kelas mengaji untuk anak-anak pada waktu malam!
KAFA SRI Al Aqrab kini menawarkan Kelas Mengaji Malam yang terbuka kepada semua ,bukan sahaja untuk murid sekolah kami, malah juga untuk pelajar luar yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran dalam suasana santai, tenang dan berpandukan bimbingan guru berpengalaman.
Waktu kelas:
Setiap malam ISNIN- RABU | 8.30 malam – 9.30 malam
Tempat: KAFA SRI Al Aqrab
Antara fokus kelas ini:
Memperbetulkan tajwid & sebutan huruf
Meningkatkan keyakinan dalam membaca Al-Quran
Bimbingan secara berperingkat mengikut tahap pelajar
Siapa yang boleh sertai?
Anak-anak sekolah rendah, sama ada murid SRI Al Aqrab atau dari luar
semua dijemput untuk turut serta!
Jom manfaatkan malam anak-anak dengan kalam Ilahi.
Tempat terhad, daftar segera!
Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di 012-728 9631 PUAN AZREN
“Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
12/05/2025
BERBAKI
13 PENYERTAAN LAGI
BAGI KEM SMART SOLAT ‼️
Cuti sekolah ni, jom hantar anak ke Kem Smart Solat!
Aktiviti menarik, bermanfaat dan bantu mereka solat dengan yakin.
Modul interaktif + pembimbing berpengalaman.
Bertempat di SRI Al-Aqrab Bangi Perdana, seksyen 3.
Tarikh: 29-30 mei 2025
Tempat terhad!
Boleh hubungi setiausaha program.
https://www.wasap.my/+601137656645/smartsolatsriaqrab
06/05/2025
Peperiksaan Awal Tahun 2025 | Hari Kedua | Selasa 6 MEI 2025
Alhamdulillah, hari kedua peperiksaan berjalan dengan lancar.
Hari ini murid-murid Tahun 1 & 2 menduduki kertas Feqah, manakala Tahun 3 ,4,5&6 menghadapi ujian Tauhid dan Feqah.
Teruskan usaha dan doa, semoga Allah permudahkan urusan anak-anak soleh dan solehah kita.
Semoga kejayaan milik mereka, dunia dan akhirat.
“Ilmu Diamal, Akhlak Dijaga”
Sekolah Rendah Islam Al Aqrab
05/05/2025
PENDAFTARAN 2026 TAHUN 1-6 Sekolah Rendah Islam Al-Aqrab - Caw Bangi
TELAH DIBUKA!
Sedang mencari sekolah rendah Islam untuk anak anda?
Ingin suasana pembelajaran kumpulan kecil supaya anak lebih fokus?
Mahukan persekitaran berhawa dingin dan selesa?
Nak sekolah yang tawarkan silibus JAIS serta peperiksaan UPKK & PSRA?
Jom sertai Sekolah Rendah Islam Al Aqrab!
Silibus JAIS
Peperiksaan UPKK & PSRA
Kelas kumpulan kecil
Bilik berhawa dingin
Transit & transport disediakan
Pendaftaran dibuka bagi Tahun 1 hingga Tahun 6
Tempat adalah terhad!
Hubungi kami hari ini untuk pendaftaran & lawatan!
https://www.wasap.my/+60127289631/pendaftarankafa2026 - PUAN AZREEN
05/05/2025
Peperiksaan Awal Tahun 2025 | Hari Pertama | ISNIN 5 MEI 2025
Alhamdulillah, suasana tenang dan tertib menyelubungi dewan peperiksaan hari ini. Murid-murid Tahun 1 & 2 sedang menjawab kertas Akhlak, manakala Tahun 3 menghadapi ujian Akhlak dan Sirah.
Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat diingati dengan baik dan dicurahkan sepenuh hati dalam menjawab soalan. Teruskan berdoa dan berusaha, insya-Allah kejayaan menanti!
“Ilmu Diamal, Akhlak Dijaga”
Sekolah Rendah Islam Al Aqrab