Smart Caliphs Centre

Smart Caliphs Centre An education learning that provides an early childhood education (Playschool, Kindergarten and Presc

23/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Aktiviti kelas 6 tahun

Aktiviti: Kanak-kanak belajar mengenali nilai wang dan cara menggunakan wang yang diberi ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ด๐Ÿ’ต




23/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Aktiviti kelas 6 tahun

Aktiviti: Kanak-kanak belajar mengenali bendera 14 negeri dalam Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




23/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Aktiviti Jumaat : poster Maulidur Rasul

Bertemakan sambutan Maulidur Rasul, kanak-kanak mewarna poster gambar Maulidur Rasul dan membuat latihan perarakan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.โค๏ธ

Marilah kita sama-sama banyakkan berselawat.
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู




23/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿ˜

Aktiviti kali ini kanak- kanak perlu berdiri dengan satu kaki pada satu gelung kemudian kanak-kanak perlu menunduk dan mengambil bola daripada bekas dihadapan dan seterusnya kanak-kanak perlu melompat sambil memusingkan kedudukan badan.

Jom lihat mereka beraktiviti๐Ÿ˜.




Assalamualaikum ๐Ÿค—Family tree of Rasulullah ๏ทบKanak- kanak belajar mengenali ahli keluarga Rasulullah melalui aktiviti fam...
23/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Family tree of Rasulullah ๏ทบ

Kanak- kanak belajar mengenali ahli keluarga Rasulullah melalui aktiviti family tree ๐ŸŒณ. Dengan aktiviti ini mereka dapat mengenali keluarga baginda dan memupuk rasa cinta terhadap Nabi Muhammad Saw.
๐Ÿ˜




22/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Hari Pemeriksaan Gigi 2026, Smart Caliphs Centre, TSP

Senyuman sihat bermula dengan gigi yang bersih! ๐Ÿ˜๐Ÿ’™

Pada 21 Ogos lepas kanak-kanak berpeluang mengikuti Hari Pemeriksaan Gigi bersama doktor gigi yang hadir untuk berkongsi ilmu tentang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan gigi. ๐Ÿชฅ๐Ÿฆท

Kanak-kanak turut menjalani pemeriksaan gigi serta menyaksikan demonstrasi cara memberus gigi dengan teknik yang betul. Tidak ketinggalan, mereka juga berpeluang memberus gigi bersama-sama rakan dengan penuh semangat dan ceria! ๐Ÿฅฐโœจ

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu anak-anak membina kesedaran tentang penjagaan gigi sejak usia dini. โค๏ธ

๐ŸŽฏ Objektif Pembelajaran:
โ€ข Mengenal pasti kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi.
โ€ข Mengetahui cara memberus gigi dengan teknik yang betul.
โ€ข Mengamalkan rutin penjagaan kebersihan diri, khususnya penjagaan gigi.
โ€ข Membina keyakinan dan sikap positif terhadap pemeriksaan gigi.
โ€ข Memupuk amalan menjaga kesihatan diri dalam kehidupan seharian.

๐Ÿชฅ Gigi Bersih, Senyuman Ceria, Anak-anak Sihat! ๐Ÿ˜๐Ÿ’™

Mari kita saksikan aktiviti mereka.





22/08/2026

Assalamualaikum๐Ÿค—๐Ÿ’•

Aktiviti 6 Tahun: Bookmark Maulidur Rasul ๐Ÿ”–โœจ

Alhamdulillah, anak-anak berpeluang mengenali dan menghayati kisah serta akhlak mulia Nabi Muhammad ๏ทบ melalui aktiviti Maulidur Rasul. Semoga kecintaan kepada Rasulullah terus mekar dalam hati dan menjadi contoh dalam kehidupan seharian. ๐Ÿค๐ŸŒน

๐ŸŽฏ Objektif Pembelajaran:
โœจ Mengenali Nabi Muhammad ๏ทบ sebagai Rasul dan junjungan kita.
โœจ Mengetahui secara ringkas kisah dan akhlak mulia Rasulullah ๏ทบ.
โœจ Memupuk rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah ๏ทบ.
โœจ Mengamalkan akhlak terpuji seperti yang diajarkan oleh Rasulullah ๏ทบ.






22/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Art & Craft [4 & 5 Tahun]: Poster Maulidur Rasul

Sempena menyambut Maulidur Rasul, kanak-kanak menghasilkan karya seni bertemakan masjid dengan penuh kreativiti. ๐ŸŽจ๐Ÿ’•

Kanak-kanak terlebih dahulu mewarna tulisan menggunakan warna pensel, kemudian menggunakan teknik mengecap dengan pelbagai warna pada bahagian sekeliling stensil masjid.

Hasilnya, terhasillah karya yang unik, ceria dan berwarna-warni! ๐ŸŒˆ๐Ÿ•Œ

Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat:
๐ŸŽจ Mengembangkan kreativiti dan imaginasi.
โœ‹ Mengukuhkan kemahiran motor halus melalui aktiviti mewarna dan mengecap.
๐ŸŒˆ Mengenali teknik seni yang berbeza.
โค๏ธ Memupuk minat dan penghayatan terhadap sambutan Maulidur Rasul.

โ€œJom berselawat, Jom mencintai Rasulullah ๏ทบ.โ€ ๐Ÿค

Mari kita saksikan hasil kerja mereka.





22/08/2026

Assalamualaikum ๐Ÿค—

Aktiviti Pembelajaran [4 & 5 Tahun];
Kenali Kedudukan Objek

Minggu ini kanak-kanak meneroka konsep kedudukan objek melalui aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif. ๐Ÿฅฐ

Dengan menggunakan cawan dan cotton ball, kanak-kanak belajar mengenal pasti kedudukan seperti di dalam, di luar, di atas, di bawah, di hadapan dan di belakang.

Aktiviti ini bukan sahaja membantu mereka memahami konsep ruang, malah menggalakkan mereka mendengar arahan, memerhati, berfikir dan memberi respons dengan tepat. ๐Ÿง โœจ

๐ŸŽฏ Objektif aktiviti:
โ€ข Mengenal dan memahami kedudukan objek dalam ruang.
โ€ข Menggunakan istilah kedudukan dengan betul.
โ€ข Mengikuti arahan guru dengan tepat.
โ€ข Meningkatkan kemahiran kognitif dan komunikasi murid.

Belajar sambil bermain, bermain sambil belajar! ๐Ÿ’•๐ŸŒŸ


Mari kita saksikan aktiviti mereka.





Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000KAJANG

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Telephone

+60167180411

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Caliphs Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Smart Caliphs Centre:

Shortcuts

Share

Category