02/05/2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penduduk Taman Sri Langat dan jemaah yang mengimarahkan Surau At-Taqwa.
Antara intipati penting khutbah Aidilfitri sebentar tadi adalah untuk memastikan kawalan kendiri dan mendapatkan vaksin serta dos penggalak untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
Selain itu khatib turut berpesan untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan berdosa semasa menyambut Syawal.
01/05/2022
Solat Sunat Aidilfitri tahun ini akan dimulakan jam 9.00 pagi di surau. Mohon jemaah untuk hadir lebih awal untuk memenuhkan ruangan solat di dalam surau.
18/12/2021
Amaran Hujan Berterusan Bahaya
(19 Disember 2021 ; 1.40 pagi)
Malaysian Meteorological Department
19/10/2021
Untuk makluman penduduk Taman Sri Langat, Pengerusi taman kita yang dikasihi , En.Kusni bin Ahad telah kembali ke Rahmatullah semalam pada hari Isnin 18/10/2021.
Mohon doa semua semoga roh Allahyarham En. Kusni Ahad digolongkan bersama para syuhada dan orang-orang soleh.
Jenazah dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bersebelahan SMAP Kajang dalam tengah hari ini.
31/12/2019
SENARAI AJK SURAU DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA BAGI SESI 2020-2022
31/12/2019
MAKLUMAN KADAR KOS PENGURUSAN JENAZAH ...
28/08/2018
Majlis Khatam Tahfiz pelajar Muhd Aiman bin Mazlan pada 27 Ogos 2018. Beliau telah tamat hafazan 30 juz AlQuran, dan akan berangkat ke Mesir dlm waktu terdekat bagi melanjutkan pengajiannya. Madrasah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah.