SK Leftenan Adnan

SK Leftenan Adnan

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Leftenan Adnan, Elementary School, SUNGAI RAMAL LUAR, Kajang.

18/03/2026

Salam MyLeads.

*TAHNIAH & TERIMA KASIH PUAN HASMAH BINTI YUSOFF*

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap perpisahan membawa seribu kenangan yang tidak ternilai.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama di SK Leftenan Adnan.

Puan Hasmah bukan sekadar seorang guru, tetapi insan yang telah menyentuh hati, membina jiwa dan meninggalkan legasi yang akan terus hidup dalam ingatan warga sekolah.

Semoga perjalanan baharu di SK Jeli (1), Kelantan akan terus dipenuhi kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan. Moga Allah permudahkan urusan Puan Hasmah sekeluarga.

Teruslah menjadi inspirasi walau di mana jua berada.
Selamat maju jaya !

Ingatan ikhlas,
GB NHNizam

MAMA PAPA RAYA - "Mama Papa Amad (versi Video Raya SK Leftenan Adnan 2026) 17/03/2026

*Mama Papa Amad (Video Raya SK Leftenan Adnan 2026)*

Bagaimana jika seorang anak tidak lagi punya tempat untuk memanggil “Mama” dan “Papa”?

Di sinilah kisah Amad bermula dan di sinilah juga kasih itu kembali hadir.
💛Guru menjadi pengganti.
💛Sekolah menjadi keluarga.

Sebuah kisah yang pasti membuatkan kita lebih menghargai antara satu sama lain...

👉 Jom Tonton Sekarang dan kongsikan kepada semua :
https://youtu.be/hs8IXx2lJVA

"Kita sering lupa apa yang kita miliki hari ini juga diimpikan oleh orang lain. Maka bersyukurlah atas apa yang kita miliki saat ini"

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Ingatan ikhlas,
Guru Besar & Warga
SK Leftenan Adnan




MAMA PAPA RAYA - "Mama Papa Amad (versi Video Raya SK Leftenan Adnan 2026) Lagu - Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Nur Shahida, Qadejah El Zahra & Ammar Ahyan ( Mama Papa Raya ) "Kami warga SK Leftenan Adnan mengucapkan Selamat Har...

14/03/2026

✨ MAJLIS PENUTUPAN BULAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM / MORAL & IHYA' RAMADAN 2026 ✨

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur Majlis Penutupan Bulan Panitia Pendidikan Islam / Moral dan Ihya' Ramadan 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 Mac 2026.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menyemai nilai keimanan, membina akhlak mulia serta memperkukuhkan sahsiah dalam kalangan murid-murid. Program ini bukan sekadar pengisian aktiviti, tetapi merupakan satu usaha mendidik jiwa, menyuburkan iman dan membentuk generasi yang berakhlak serta berilmu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral atas komitmen, usaha dan dedikasi dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan penghayatan yang diperoleh sepanjang program ini akan terus menjadi panduan dalam membina insan yang lebih baik pada masa hadapan.

🌙 Ramadan mendidik jiwa,
📖 Ilmu menyinari kehidupan,
🤝 Akhlak mulia membina masa depan.
Kita Bina Bersama
Ikhlas,
GB NH Nizam



14/03/2026

✨ MAJLIS IFTAR KELAB MYLEADS 2026 ✨

Alhamdulillah, pada 11 Mac 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Iftar Kelab MyLeads di Mines Beach Resort yang menghimpunkan Warga MyLeads dalam suasana ukhuwah dan kebersamaan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Datuk Haji Azman bin Haji Adnan, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
atas kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Kehadiran beliau bukan sahaja memeriahkan majlis, malah menjadi satu penghormatan besar serta inspirasi buat seluruh Keluarga MyLeads untuk terus melangkah dengan semangat kebersamaan dalam membina kecemerlangan pendidikan.

Ramadan mengajar kita tentang kesyukuran, ukhuwah dan kasih sayang sesama insan. Semoga pertemuan yang penuh bermakna ini terus mengeratkan silaturrahim serta memperkukuhkan semangat kita untuk terus membina generasi masa depan dengan penuh keikhlasan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.

Semoga setiap amal kita diterima dan diberkati.

Ingatan ikhlas,
GB NH Nizam



14/03/2026

*JOM HADIR KE SEKOLAH MINGGU KE-10 : HARI RAYA AIDILFITRI*

Alhamdulillah, kita sedang melalui minggu akhir madrasah Ramadan yang mendidik jiwa dengan sabar, disiplin dan keikhlasan. Kini Syawal bakal hadir membawa sinar kegembiraan, kemaafan dan kasih sayang.

Berbaki 2 hari persekolahan sebelum kita bercuti Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Penggal 1, pastinya cikgu mengharapkan kehadiran anak-anak ke sekolah kerana perjuangan kita untuk sebuah masa hadapan masih belum selesai. InsyaaAllah pada minggu ini akan diadakan Majlis Penyerahan Bantuan Anak-Anak Asnaf/Yatim dan Penyerahan Duit Raya buat semua anak-anak kesayangan.

Bertemakan Hari Raya Aidilfitri pada minggu ini, pastinya kita perlu sedar Aidilfitri adalah hari kemenangan. Kemenangan menahan diri, kemenangan memperbaiki hati dan kemenangan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Jom kita hadir ke sekolah!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ingatan ikhlas,
GB NHNizam



11/03/2026

Alhamdulillah 🤲
Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan menerima sumbangan Bantuan Sunduq Ramadan daripada Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT).

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan kepada Warga MyLeads. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada keluarga yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang dihulurkan adalah tanda kasih sayang sesama insan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Ingatan ikhlas,
GB NH Nizam




07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran
Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu saat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Buat anak-anak SK Leftenan Adnan yang cikgu kasihi, jadikanlah Al-Quran sebagai sahabat dalam kehidupan. Bacalah walau sedikit setiap hari, kerana setiap ayat yang dibaca bukan sahaja memberi pahala, malah membimbing hati kita menjadi insan yang lebih berakhlak, berdisiplin dan berilmu.

Sesungguhnya Al-Quran adalah cahaya yang menerangi kehidupan, membentuk akhlak mulia dan memandu kita menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Semoga warga SK Leftenan Adnan terus istiqamah menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Ingatan ikhlas,
GB NH Nizam




07/03/2026

🌟 JOM HADIR KE SEKOLAH
TEMA MINGGU KE 9 : ADAB BERKAWAN 🌟

Sahabat yang baik bukan sekadar ketawa bersama ketika senang, tetapi sahabat yang saling mengingatkan kepada kebaikan.

Di sekolah, anak-anak bukan sahaja belajar membaca, menulis dan mengira, tetapi juga belajar adab, hormat dan nilai persahabatan yang sebenar.

Jom sama-sama kita menghormati perbezaan, menjaga hati rakan dan sentiasa membawa rakan ke arah kebaikan.

Semoga setiap langkah ke sekolah menjadi langkah masa depan yang gemilang.

✨ Jom hadir ke sekolah!

Ingatan ikhlas,
GB NHNizam






06/03/2026

🌙 SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN
SK LEFTENAN ADNAN

Alhamdulillah, warga SK Leftenan Adnan berpeluang menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu detik turunnya wahyu pertama sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Majlis ini bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi ruang untuk kita mengingatkan diri bahawa Al-Quran adalah cahaya kehidupan yang membimbing akhlak, membentuk peribadi dan mendidik hati menjadi insan yang lebih baik.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada:
✨ Ustaz Nor Irwan bin Zulkafli Al-Hafiz
✨ Ustaz Mohamad Fauzan Azwan bin Ali
atas perkongsian ilmu dan pengisian yang sangat bermakna kepada anak-anak dan warga sekolah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Panita Pendidikan Islam yang telah berjaya mengadakan program ini.

Semoga program ini menjadi inspirasi buat anak-anak untuk terus mendekati Al-Quran, membacanya, memahami maknanya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Ingatan ikhlas,
GB NH Nizam



28/02/2026

Salam My Leads

Alhamdulillah...
Tahun ini sekali lagi SK Leftenan Adnan menerima sumbangan beras untuk diagihkan kepada anak-anak asnaf melalui Program Sekampit Beras Sejuta Senyuman anjuran Hati Murni Islamic Education.

Setiap sekampit beras yang disumbangkan bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi lambang kasih sayang, keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam memastikan tiada anak-anak kita yang terpinggir.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta menghadirkan sejuta senyuman di wajah anak-anak yang kita kasihi.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hati Murni Islamic Education atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada Warga SKLA.

Terima kasih jua buat YDP PIBG yang sentiasa memberikan sokongan.

Terima kasih buat Unit Kebajikan dan Semua Guru yang terlibat dalam menjayakan program ini bagi tahun ke 2 berturut-turut.

Semoga segala usaha murni ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Kita Bina Bersama...

Ingatan ikhlas,
GB NH Nizam



27/02/2026

Alhamdulillah, Minggu Ke 8 ini SK Leftenan Adnan mengangkat tema Nuzul Al-Quran.

Nuzul Al-Quran bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi detik turunnya cahaya petunjuk buat seluruh umat manusia. Ayat pertama yang diturunkan ialah “Iqra’” — Bacalah.

Ia adalah seruan kepada ilmu. Seruan kepada pembinaan akhlak. Seruan kepada perubahan diri.

Buat anak-anak SKLA yang cikgu kasihi, marilah kita jadikan Al-Quran sebagai peneman. Bacalah walau satu ayat setiap hari kerana Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk membimbing langkah dan membentuk akhlak mulia.

Kehadiran ke sekolah juga adalah sebahagian daripada menyahut seruan Iqra’. Setiap langkah ke sekolah adalah langkah menuju ilmu dan masa depan yang lebih baik. Semoga Ramadan ini menjadikan kita lebih dekat dengan Al-Quran dan lebih baik daripada semalam.

Ingatan ikhlas,
GB NH Nizam




24/02/2026

Program Pemantapan Sahsiah.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab
lahirnya generasi MyLeads yang bukan sahaja cemerlang akademik,
tetapi juga kuat akhlaknya, tinggi adabnya dan indah peribadinya.


Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


SUNGAI RAMAL LUAR
Kajang
43000