26/09/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ (๐๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ง๐ฃ๐๐ง๐ ๐๐๐ฒ๐๐ญ) ๐๐๐๐
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan German-Malaysian Institute (GMI), Tuan Haji Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, merasmikan Program Pengukuhan TVET Tahfiz (Pembelajaran Sepanjang Hayat) 2026 yang berlangsung selama empat hari tiga malam di kampus GMI.
Program ini merupakan inisiatif GMI dalam memperluas akses kepada pendidikan teknikal bagi generasi tahfiz, di samping memberikan pendedahan awal mengenai peluang pendidikan dan laluan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Para peserta akan mempelajari pelbagai modul teknikal yang merangkumi bidang Komputer & Reka Bentuk IT, Kejuruteraan Elektrik, serta Kejuruteraan Mekanikal & Reka Bentuk.
GMI berharap agar segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat menjadi asas kepada perkembangan potensi serta kejayaan peserta pada masa hadapan.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Akademi Lembah Ilmu - Fast Track SPM