06/05/2024
Semalam, seharian saya adakan webinar berkongsi macam mana nak bina jenama produk dari kosong sampai siap ke fasa marketing hanya dengan menggunakan Ai.
8 tahun lepas saya mulakan langkah menjadi founder, saya berabis 6 angka jugak.
Lepas tu saya himpunkan 5 orang team member untuk bantu saya mengorak langkah membina jenama produk saya.
Tak cukup dengan itu, proses semua tu memakan masa sehingga 4 minggu untuk setup semua bebetul.
Tapi..
Di zaman Ai ni, semua tu boleh cut short.
Modal dah boleh jadi 3 angka saja.
Team member? Tak payah. Sesorang pun boleh dengan bertemankan Ai.
Masa yang diambil p**a bukan berminggu, bukan berhari-hari. Hanya 1 hari dari pagi sampai ke petang je dah mencukupi.
Siapa yang join sessi semalam tu boleh tengok macam mana satu jenama saya dibina dari kosong sehingga dilancarkan petang semalam.
Lepas ni boleh tengok update terkini jenama tersebut dari masa ke semasa di socmed yang saya dah setup semalam tu.