19/05/2026
Belajar Dari Masa Lalu, Memimpin Masa Depan: Penutup Bermakna Buat EDGE 04
LDC-ILSAS, Bangi| 14 Mei 2026
Sebagai slot penutup yang istimewa dalam perjalanan 31 hari learning experience Executive Development for Growth & Excellence (EDGE) 04, sesi Conversation Amongst Leaders (CAL) bersama Chief Retail Officer, Datuk Kamal Ariffin bin A. Rahman menjadi ruang refleksi yang cukup bermakna buat para peserta. Program pembangunan ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Leadership Development Centre (LDC), ILSAS dan Group People Division (GPD), TNB, yang dirangka bukan sekadar sebagai program latihan, tetapi sebagai pengalaman pembelajaran menyeluruh untuk membentuk generasi pemimpin masa depan TNB. Dalam sesi ini, peserta bukan sahaja mendengar perkongsian seorang pemimpin korporat berpengalaman, tetapi diajak memahami perjalanan sebenar kepimpinan, strategi perniagaan dan pembentukan karakter dalam organisasi yang terus berkembang.
Salah satu mesej beliau yang paling memberi kesan ialah tentang bagaimana pembelajaran benar-benar berlaku. โWhat you write, you will remember. What you hear, you may forget. What you do, you understand. And when you understand, it stays with you.โ Pesanan ini mengingatkan bahawa pembangunan diri tidak berlaku secara pasif. Menulis, merefleksi, mencuba dan menghayati pengalaman adalah sebahagian daripada proses membina pemikiran kepimpinan. Dalam konteks TNB, anggota kerja baharu digalakkan untuk bukan sekadar melaksanakan tugasan, tetapi memahami โwhyโ di sebalik setiap keputusan dan bagaimana pemimpin terdahulu membentuk hala tuju syarikat untuk memastikan kelestarian, pertumbuhan dan relevansi TNB dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Perjalanan transformasi TNB sendiri menjadi kelas kepimpinan yang sangat bernilai. Dari aspirasi T7 dengan fokus Get Our House in Order, Defend the Core Business, Prepare for Growth, kepada agenda Service Excellence 10/10, Gemilang 15, sehingga ke Reimagining TNB 2.0, setiap fasa menunjukkan bahawa organisasi yang hebat dibina melalui disiplin strategik, keberanian berubah dan kejelasan hala tuju. Namun mesej Datuk Kamal melangkaui strategi korporat, ia juga tentang pembentukan diri sebagai pemimpin. Tetapkan aspirasi peribadi, berani keluar dari zon selesa, bina reputasi sebagai team player, ukur prestasi diri kerana what gets measured gets done, jauhi politik pejabat yang tidak sihat, dan asah kemahiran mendengar dengan baik. Kerana akhirnya, membina kerjaya di TNB bukan hanya tentang memegang jawatan tetapi tentang membina kepercayaan, karakter dan keupayaan untuk memimpin masa depan.