22/07/2024
Pepatah Melayu ada mengatakan;
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Orang kampung saya p**a sebut; โno pain no gain.โ
Dalam erti kata mudah, tiada perkara yang mudah dicapai โ ia perlukan usaha dan kita mungkin mengalami segala perit jerih sebelum mencapai apa yang kita inginkan. Dalam pada itu, kita seharusnya belajar sesuatu daripada usaha yang telah kita jalani sebelum.
Ada 3 keadaan yang mungkin kita lalui.
Pertama; perjalanan yang tiada halangan. Ia berjalan lancar kerana kita mempunyai matlamat yang jelas. Lebih kita bernasib dalam perjalanan tersebut kita mempunyai sistem sokogan yang kuat. Apa yang kita pelajari mungkin bersifat linear dan kurang nilainya.
Perjalanan kedua agak sama dengan perjalanan yang pertama. Bezanya, ia penuh dengan cabaran. Ada masa kita di atas dan mungkin kebanyakkannya kita akan berada di bawah. Apabila kita mencapai matlamat kita, selain kepuasan diri kita akan akan banyak belajar perkara baru. Perkara-perkara inilah yang akan mematangkan diri kita.
Namun, jika kita tidak mempunyai matlamat yang jelas maka kita akan terumbang-ambing dan mungkin berpusing-pusing di tempat yang sama. Perkara ini yang akan menyebabkan kita berasa lesu dan akhirnya membuatkan kita berputus asa. Jika ia berlaku. Berhenti segera dan tetapkan semula matlamat dan strategi anda.
Kita pernah melalui ketiga-kita jalan ini dan pastinya ramai yang selesa dengan laluan yang pertama. Semakin lama kita di laluan ini maka semakin selesa kita di situ dan menyebabkan kita akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan atau pembaharuan di dalam hidup kita. Anda boleh rujuk kepada pos saya sebelum ini berkenaan dengan zon selesa.
Maka pilihan di tangan anda. Samada terus selesa dengan laluan anda atau bersedia dengan segala cabaran yang menanti di hadapan. Yang penting anda jelas dengan matlamat hidup kita.