Taska Al Hannah Taman Rakan

Taska Al Hannah Taman Rakan

Share

Kami membuka perkhidmatan taska. Mengasuh anak-anak seawal usia 3 bulan hingga 12 tahun. Anak-anak ceria, Ibubapa tenang bekerja.Insya Allah.

Pengasuh kami menjaga pemakanan, keselamatan dengan mengikuti jadual dan membuat pelbagai aktiviti pembelajaran.

02/11/2023

Assalamualikum wbt.🌹ALHAMDULILLAH.
Baru dapat ugrade WiFi.
Insya Allah.
Kami akan kembali bersiaran,beraktiviti bersama anak-anak Taska Al Hannah cawangan Taman Rakan.
Semoga segala urusan kita berjalan lancar.Amiinn.🤲💖

Taska Al Hannah Taman Rakan Kami membuka perkhidmatan taska. Mengasuh anak-anak seawal usia 3 bulan hingga 12 tahun. Pengasuh kami menjaga pemakanan, keselamatan dengan mengikuti jadual dan membuat pelbagai aktiviti pembelajaran. Anak-anak ceria, Ibubapa tenang bekerja.Insya Allah.

24/04/2023

Kami warga Tadika dan Taska Al hannah ingin mengucapkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
kepada semua ibu bapa anak -anak yang mendapat khidmat penjagaan dari kam di Al hannah.
Segala salah dan silap serta terkurang layanan kami.Harap dimaafkan.
Semoga kita semua cemerlang di Dunia dan di Akhirat.Amiin.🌹💖🎈

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 18/01/2023

Adakala perangai si kecil ni buat kita rasa geram, happy, sedih dan hangin semacam. Tapi itulah dia proses perkembangan anak. 1-4 tahun sel2 otak mereka sedang berhubung dengan pesat. Janganlah cepat marah tau.

Senyum! ☺️☺️

Segala pertanyaan boleh,
hubungi kami :
0192166198
Ummi Fadzilah

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 28/05/2022

Hai,
Assalamualaikum.

Ticer di taska kami selalu amalkan aktiviti merangsang perkembangan bayi 0-3 bulan.

Jom ibu-ibu!!!
Buat aktiviti begini bila bersama anak di rumah.
Rugi kalau ibu2 tak cuba 🤗

Sebagai ibu kenalah kita rangsang perkembangan anak kita sejak bayi.
Bertambah erat kasih sayang tuuu.🥰

1) PELUK & CIUM

Untuk awal kelahiran, mata bayi tak nampak dengan jelas. Jadi kita rangsang dari cara memberi pelukan, ciuman. Kalau ikutkan anak yang besar pun perlukan pelukan 8 kali sehari selama 15 saat. Memeluk anak dapat merangsang deria sendi diaorang juga tau!

2) BERSEMBANG

Bersembanglah apa sahaja dengan anak. Contoh nak buka baju untuk mandi, bagitahu anak "ibu nak mandikan adik ni". Wah cantik baju adik ni ada warna merah, biru, hijau.. eh ada gambar bearlah comelnya. Ha.. macam-macamlah yang boleh kita sembangkan. 😃

3) TUMMY-TIME

Tummy-time (meniarapkan bayi) . Caranya dengan kita tolakkan bayi mengiring, then tolakkan lagi badannya supaya tertiarap. Bukan dengan angkat & letak meniarap tau kecualilah kalau letak atas riba. Cara ni dapat kuatkan otot leher diaorang.

Kita kena rangsang bayi bermula leher, pinggang, kemudian barulah kaki.

4) MAINAN

Sarung tangan bayi tu ibu pakaikan dalam 4-6 minggu je. Lagi awal buka lagi bagus. Lepas tu selalulah pastikan kuku beliau pendek. Bermain dengan tangan sendiri & memasukkannya dalam mulut termasuk dalam perkembangan bayi.

Mainan p**a beli yang jenis soft @ rattle. Ada bunyi. Cara main, kita bagi anak tengok then gerakkan mainan ke kiri & ke kanan perlahan-lahan. Rangsang anak untuk ikut pergerakan mainan tu. Then boleh bunyikan, dan pastikan anak boleh beri respon.

Lepas tu boleh rangsang diaorang untuk mencapai mainan tersebut. Bestkan bermain dengan anak walaupun masih baby

5) MENGURUT & MENYANYI

Urutan dapat merangsang deria sentuhan. OT cakap urutan wajib untuk anak 1 tahun ke bawah. Ibu urut adik 2 kali sehari. Selepas mandi. Sambil urut kita boleh berselawat atau menyanyi lagu nursery rhymes.

Lepas mandi bagusnya sapu minyak dekat rambut sambil urut2 dan sikat dengan lembut. Ini pun bagus untuk sensori.

Hat ada baby, bolehlah cuba.
By Ummi Fadzilah 🥰❤️🌹🎈

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 27/08/2021

Jangan abaikan nasihah orang tua-tua.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya".Semoga anak-anak kita terdidik ke arah menjadi anak yang soleh & solehah.Amiin.🤲💖🎈


.
.

26/10/2020

Assalamualaikum semua.

Perkongsian dari seorang ustazah yang pernah dulu-dulu ummi
amalkan setiap hari pada anak-anak semasa mereka
kecil.

Buat dulu dengan konsisten. Nanti kita akan nampak hasilnya.

Amalan ringkas ni kita boleh buat sebelum anak-anak kita pergi sekolah dan sebelum tidur.

Ye lah. Kita sebagai seorang ibu, mesti nak cuba yang terbaik untuk anak anak.

Caranya memang senang jek kita nak buat. Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ayat ni;


1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)

(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.


2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.

‎اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
Tuhan Yang Maha Pemurah

‎عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
Yang mengajarkan Al-Quran.

‎خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
Dia mencipta kan manusia

(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)

‎عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara

(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)


3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu

Bila baca makna ayat ayat ni, memang deep sungguh sungguh kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.

Apa apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ibu ibu diluar sana ya.

Boleh jugak tag ibu ibu lain agar kita dapat amalkan sama sama, InsyaAllah.

Salam kasih sayang.
Ummi Al Hannah 💖

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 15/09/2020

Sambutan Hari Kelahiran Maryam Imtinan Yang Ke-3 🥳 💝

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 10/09/2020

Hari : Khamis
Tarikh : 10 sept 2020
Aktiviti : Perkembangan bahasa dan literasi awal
Mengenali anggota badan
Anak- anak menyebut dan menampal anggota badan.

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 08/09/2020

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Sept 2020
Aktiviti : perkembangan bahasa dan literasi awal
Mengenal anggota kepala.
Anak- anak menyebut dan nenunjukkan anggota masing-masing.

30/08/2020

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
Semoga kita menjadi insan berriman & bertaqwa. 💖🇱🇷💖

Photos from Taska Al Hannah Taman Rakan's post 28/08/2020

Sambutan hari kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan kali ke-63 disambut dengan meriah.
Terima kasih diucapakan kepada ibubapa kerana memberi sumbangan dan kerjsama dan yang amat baik bagi menjayakan majlis ini.
S.E.L.A.M.A.T. H.A.R.I. K.E.M.E.R.D.E.K.A.A.N

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 13, Jalan Rakan 14, Taman Rakan
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30
Saturday 08:00 - 00:00