26/10/2020
Assalamualaikum semua.
Perkongsian dari seorang ustazah yang pernah dulu-dulu ummi
amalkan setiap hari pada anak-anak semasa mereka
kecil.
Buat dulu dengan konsisten. Nanti kita akan nampak hasilnya.
Amalan ringkas ni kita boleh buat sebelum anak-anak kita pergi sekolah dan sebelum tidur.
Ye lah. Kita sebagai seorang ibu, mesti nak cuba yang terbaik untuk anak anak.
Caranya memang senang jek kita nak buat. Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ayat ni;
1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu
Bila baca makna ayat ayat ni, memang deep sungguh sungguh kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.
Apa apa, serahkan urusan kita pada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk ibu ibu diluar sana ya.
Boleh jugak tag ibu ibu lain agar kita dapat amalkan sama sama, InsyaAllah.
Salam kasih sayang.
Ummi Al Hannah 💖