12/06/2026
11.6.2026
FMKK Team Building 2026 ❤️
Alhamdulillah, selesai sudah Team Building FMKK.
Terima kasih kepada semua pegawai dan pensyarah FMKK yang turut serta, sporting habis dan sama-sama menjayakan program ini. Banyak gelak ketawa, banyak kenangan, dan yang paling penting, dapat luangkan masa bersama di luar suasana kerja.
Kadang-kadang, hubungan yang baik dalam pasukan bukan dibina di pejabat sahaja, tetapi melalui momen-momen sederhana seperti ini.
Alhamdulillah ♥️
08/06/2026
8.6.2026
Roadtour Timbalan Naib Canselor (HEPA) ke FMKK
Sesi perkongsian dan dialog bersama Timbalan Naib Canselor (HEPA) dalam memperkukuh agenda pembangunan, kebajikan dan kepimpinan mahasiswa FMKK.
Bersama memperkasa mahasiswa, membina masa depan.
05/06/2026
📢 CALL FOR PAPERS – ICITS 2026 📢
We are pleased to invite researchers, academicians, postgraduate students, and industry practitioners to participate in the 9th International Conference on Information Technology and Society (ICITS 2026).
📅 Date: 2nd Nov 2026 (Monday)
📍Venue: Universitas Muhammadiyah Sukabumi, Indonesia
💻Mode: Hybrid (Online & Physical)
🔹 Theme:
Ethics and Social Responsibility in IT and Multimedia Innovation: Towards a Sustainable Digital Society
🔹 Sub-Themes:
• Multimedia
• ICT & Society
• Applied Informatics
🗓 Important Dates:
• Abstract Submission: 1st June 2026
• Full Paper & Video Submission: 15th Aug 2026
• Registration Closing Date: 15th Sept 2026
🔗 Registration Link: https://forms.gle/Hv6tTy47zWoMVdS46
🌐 Official Website: https://conference.uis.edu.my/icits/
📧 For inquiries: [email protected]
27/05/2026
Daripada seluruh warga Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran UIS mengucapkan Salam Eiduladha buat semua.
Eiduladha bukan sekadar tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS,
tetapi tentang hati yang belajar untuk ikhlas,
jiwa yang belajar untuk reda,
dan manusia yang belajar untuk meletakkan Allah di tempat paling utama.
Dalam perjalanan hidup ini,
ada yang sedang berjuang diam-diam,
ada yang memikul amanah tanpa pernah mengeluh,
dan ada yang masih kuat tersenyum walau hatinya penat.
Semoga setiap pengorbanan kalian,
sekecil apa pun,
dinilai besar di sisi Allah.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Kullu ‘am wa antum bikhair ♥️
24/05/2026
Selamat hari lahir buat Puan Shafinaz Mohammad Niyaz Khan, pensyarah di Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran UIS.
Semoga dalam rahmat kasih sayang dan lindungan Allah sentiasa ❤
Salam sayang
Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran UIS
22/05/2026
Selamat hari lahir buat Puan Rafiza Kasbun, pensyarah di Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran UIS.
Semoga dalam rahmat kasih sayang dan lindungan Allah sentiasa ❤
Salam sayang
Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran UIS
21/05/2026
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐙𝐑𝐎 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔
Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat KUIS, FMKK, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Jazro Technology Robotics bagi membincangkan penganjuran 𝐉𝐀𝐙𝐑𝐎 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔, pertandingan robotik peringkat kebangsaan.
Semoga kolaborasi ini menjadi platform dalam melahirkan generasi muda yang kreatif, inovatif dan celik teknologi.
20/05/2026
Selamat hari lahir buat Puan Norfaizuryana Zainal Abidin, pensyarah di Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran UIS.
Semoga dalam rahmat kasih sayang dan lindungan Allah sentiasa ❤
Salam sayang
Fakulti Multimedia Kreatif & Komputeran UIS
20/05/2026
14 May 2026.
Alhamdulillah 🤍
6 orang pensyarah FMKK telah menghadirkan diri ke program MICRO-CREDENTIALS EDUCATION SUMMIT 2026 in conjunction with Malaysia National Championship 2026 Grand Finale yang berlangsung di Marriott Hotel, Petaling Jaya.
Satu pengalaman yang sangat bermakna apabila pelajar FMKK UIS, Nurnajwa Shahirah binti Mohammad Sulaiman, pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Reka Bentuk Digital), berjaya berada dalam kelompok Top 30 daripada lebih 1000+ peserta seluruh negara yang menyertai pertandingan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat anak-anak UIS untuk terus berani mencabar diri, melangkah lebih jauh dan membuktikan kemampuan di pentas nasional.
Create Beyond Limits.