Seni Nafkah Batin

Seni Nafkah Batin

Share

Dapatkan Ebook yang berkaitan dengan
Kesihatan Lelaki, Kesihatan Perempuan, Kebahagiaan Suami Isteri,
dengan harga yang murah disini...

Permata Yang Hilang ialah sebuah buku yang mencatatkan satu ilmu yang biasanya dirahsiakan dan pada zahirnya ditanggap oleh moral tradisional sebagai sesuatu yang pada dasarnya buruk. Masyarakat Melayu sendiri menganggap hubungan kelamin sebagai sesuatu yang kotor, jahat, destruktif dan seolah-olah merupakan sifat perlakuan orang yang berdosa walaupun pada hakikatnya ia dilakukan dengan pasangan y

29/10/2015

ORAL SEKS - HARAM atau HARUS



Soalan



1-Kata kan lah sepasang suami isteri kerap melakukan seks oral sebelum bersama ,berdosa tak?

2- katakan lah suami atau isteri salah sorang je yg s**a oral seks ,kepuasan nafsu terjejas tak ,kebanyakan isteri yang nak suami tak nak ,kena paksa berdosa tak?

Ada siapa kawan2 yang tahu lebih pasal hukum agama islam ,tolong lah ajar ataupun nasihat,

Kaum2 isteri kat sini sangat memerlukan

Sulaika moideen



Jawapan

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kump**an :-



Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline. net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal s*x' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh M***i Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.



Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak p**a menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral s*x ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira s**ar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali p**a mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.



Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

M***i Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral s*x), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral s*x' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi p**a bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan- sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya? . Saya tidak pasti. Bagaimana p**a binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.



KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kump**an ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa p**a kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Laynlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak Fikirkan...

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharudd in.net/

www.zaharudd

Photos 23/09/2013

Gembirakan Suami

Berikut adalah empat perkara yang boleh anda lakukan untuk gembirakan suami dan menaikkan semangatnya untuk menyetubuhi anda:

Klik sini untuk dapatkan Panduan ‘Pemata Yang Hilang – Seni Nafkah Batin’ - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.362627220537191.1073741828.362475033885743&type=1

1: Sebut nama suami.

Ketika suami anda sedang menyetubuhi anda, anda pandang tepat pada matanya dan sebutkan namanya dalam keadaan terangsang. Perbuatan ini akan menggembirakan hatinya dan dia akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan anda. Suami anda s**a jika anda sebut namanya kerana ia merasakan dirinya penting bagi anda.

Baca Selanjutanya Disini - http://senibatin.blogspot.com/2012/03/gembirakan-suami.html

Dapatkan salinan penuh ebook
PERMATA YANG HILANG - Seni Nafkah Batin
Panduang Lengkap 303 muka surat
Dengan Harga PROMOSI Hanya RM 10 sahaja
Mesej Admin dengan CODE 'SNB10'

Photos 18/09/2013

Ikat Suami Dengan 'Pemata Yang Hilang - Seni Nafkah Batin'

Isteri mana yang tidak menderita sakit hati apabila suami yang dipercayai bermain kayu tiga, Mungkin ramai isteri yang merasakan lebih baik hidup sendiri daripada makan hati berulam jantung tinggal bersama suami yang bersikap sedemikian. Kehadiran isteri adalah untuk dihargai bukannya dilukai hatinya. Biarpun kelakuan suami terlalu memeritkan tapi janganlah nak terus menerus menyalahkan diri pasangan. Sungguh s**ar namun nilailah diri anda p**a, mana tahu mungkin puncanya datang dari diri anda sendiri.

Perlu diketahui oleh para isteri, selain daripada sikap pasangan yang sememangnya miang punca lain yang menyebabkan suami berfoya foya dengan wanita lain adalah kerana seks. Ketidakpuasan dengan layanan yang diberi oleh isteri menyebabkan ada suami kecewa dan bertindak mencari kepuasan bersama wanita lain.

Selagi isteri menidakkan kehendak seknya maka selagi itulah sikapnya berterusan, lebih buruk jika ia menjadi tabiat yang s**ar dikikis. Selain dari dosa besar, tabiat itu juga bakal mengundang konflik serius dalam rumahtangga. Jadi daripada duduk bersabar menghadapi sikap suami yang sebegini lebih baik anda melayani kehendak suami apabila diperlukan dan jangan sesekali menolak keinginannya.

Disamping itu anda juga haruslah bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayangi, lebih mengambil berat dan merendah diri, memberikan pemahaman, ramah mesra dan membelai manja sebagaimana seeloknya perkara yang dilakukan oleh seorang isteri. Pasti ini akan mengikat hati suami dan suami sendiri akan berasa bersalah untuk melakukan sesuatu yang melukakan hati isteri.

Dapatkan salinan penuh ebook
PERMATA YANG HILANG - Seni Nafkah Batin
Panduang Lengkap 303 muka surat
Dengan Harga PROMOSI Hanya RM 10 sahaja
SEGERA Mesej Admin untuk urusan pembelian.. Tq

Photos 17/09/2013

Kebahagiaan rumahtangga adalah matlamat semua manusia. Bagi mencapai matlamat itu berbagai kajian, pendapat serta petua telah dikemukakan oleh manusia zaman berzaman. Semua itu amat berguna sebagai panduan bagi bakal pengantin juga bagi yang telah pun mendirikan rumahtangga.

Ilmu nafkah batin adalah satu ilmu yang luas. Ia bukan satu ilmu untuk keseronokan semata-mata tetapi adalah ilmu yang serius dalam usaha mencapai matlamat berumahtangga yang sebenar iaitu bagi melahirkan zuriat pengganti yang bakal memimpin.

Ia tidak harus dianggap sebagai sesuatu yang kotor. Ilmu ini tidak harus diabaikan. Bagi menyelaminya ciri serta fungsi kejadian tubuh badan lelaki dan perempuan perlu diketahui dengan terperinci agar anggota yang digunakan bagi menjayakan nafkah batin dapat digunakan dengan berkesan. Kombinasi pengetahuan dari sumber Islam bangsa Melayu serta Barat dapat menolong pemahaman yang lebih jitu.

Dapatkan salinan penuh ebook
PERMATA YANG HILANG - Seni Nafkah Batin
Panduang Lengkap 303 muka surat
Dengan Harga PROMOSI Hanya RM 10 sahaja
SEGERA Mesej Admin untuk urusan pembelian.. Tq

11/09/2013

Banyak buku telah diterbitkan di Nusantara berkaitan dengan hal kebahagiaan rumahtangga tetapi mencedok terus teori Barat. Dari segi Ilmu Nafkah Batin buku yang diterbitkan amat kurang dan jika ada sentuhannya hanya kepada beberapa segi secara ringkas. Atas kesedaran itu penyusun telah mengumpulkan fakta-fakta Ilmu Nafkah Batin Islam dan berbagai punca lain agar dapat dihasilkan sebuah buku yang membincangkan Ilmu Nafkah Batin secara agak terperinci. Dengan ini diharap dapat dinilai ketinggian tarafpendekatan Islam melalui kaedah perbandingan.

Ramai manusia menganggap bahawa nafkah zahir menjadi jalan bagi pemuasan nafkah batin. Ianya tidak demikian malah nafkah batin itu yang menjadi jalan pemuasan nafkah zahir. Sekiranya suami dapat memberikan kemewahan material kepada isteri sedangkan dia tidak melayani isterinya dengan baik maka nafkah zahir itu dirasakan atau tiada mencukupi kerana batin tidak merasa puas. Begitu p**a halnya dengan suami kepada isterinya.

Jelas bahawa apabila disentuh mengenai nafkah batin, Seni Nafkah Batin adalah pengetahuan strategik bagi mempraktikkan pergaulan yang mesra dan lemah lembut dalam rumahtangga bagi kepuasan batin. Kepuasan batin adalah ketenangan. Ketenangan itu boleh dicapai melalui ibadah kepada Allah s.w.t. dan pergaulan yang baik dalam rumahtangga itu merupakan suatu ibadah juga.

Dapatkan salinan penuh ebook
PERMATA YANG HILANG - Seni Nafkah Batin
Panduang Lengkap 303 muka surat
Dengan Harga PROMOSI Hanya RM 10 sahaja
SEGERA Mesej Admin untuk urusan pembelian.. Tq

10/09/2013

Nafkah batin secara umumnya bererti hak bersetubuh bagi isteri. Ia adalah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh suami apabila bernikah. Itulah asas pengertiannya. Secara perinciannya nafkah batin itu meliputi sedekah kepada hati, perasaan dalam hati, kepada jiwa bukan hanya kepada tubuh. Antara perkara yang juga termasuk dalam pengertian nafkah batin ialah menggauli isteri (dan suami) dengan baik dan mesra, bergurau senda, saling hormat menghormati, faham memahami, senyum dan ketawa riang, berbincang dan nasihat menasihati antara suami isteri. Itu semuanya menjadi santapan jiwa dan ianya telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam rumahtangga baginda sebagai contoh kepada umatnya.

Seorang penulis Islam telah mencatat "Namun memberikan nafkah batin bukanlah tanggungjawab suami saja. Malah merupakan tanggungjawab isteri (kepada suaminya)". Antara faktor penting mengapa manusia berumahtangga ialah mencari kebahagiaan dan kebahagiaan ialah rasa jiwa. Jalan kepada kebahagiaan itu ialah ketenangan jiwa atau batin. Di dalam rumahtangga nafkah batin itu diberi dan juga diterima. Ia adalah pergaulan yang baik serta lemah lembut Nafkah batin adalah antara santapan rohani. Santapan rohani lebih didambakan dari santapan jasmani dalam hal mencari kebahagiaan hidup.

09/09/2013

Golongan tua dari bangsa Melayu terutamanya yang mengutamakan menuntut ilmu secara berguru telah mempelajari dan mempraktikkan ilmu kelamin. Menurut yang dimaklumkan kepada penyusun ilmu- ilmu ini dipelajari secara lisan dari pak kiyai, imam, pak haji, orang tua yang beristeri ramai, tabib dan tukang urut, pawang dan bomoh atau bidan dan tidak kurang juga dari kenalan dan rakan sebaya. Ilmu yang dipelajari itu berbeza-beza p**a bidang penekanannya. Bidang Munakahat adalah yang paling umum dan asas. Bidang Ilmu Jimak p**a biasanya hanya diajarkan kepada mereka yang telah dikenali lama tetapi jarang sekali diajarkan oleh bapa kepada anaknya. Ada juga yang mempelajari Ilmu Kelamin terutamanya dari sudut perubatan tabib apabila terpaksa iaitu jika timbul masalah dari segi kesihatan tenaga batin atau telah berkahwin lama tetapi belum mendapat anak. Biasanya dalam hal ini ilmu itu dipelajari dari pawang, tabib, bidan dan tukang urut. Ada juga yang ingin belajar Ilmu Kelamin yang agak liar seperti cara memikat dan memukau wanita dan sebagainya yang biasanya mengandungi unsur khurafat.

Golongan muda pada zaman sekarang berlainan cara hidupnya. Masa dan peluang untuk mempelajari Ilmu Kelamin bila mahu mendirikan rumahtanggadari orang-orang tua Melayu adalah terhad kerana kesibukan tugas. Ramai anak-anak muda Melayu (Islam) lebih s**a membeli buku-buku Seksologi hasil penulisan sarjana Barat kerana ianya mempunyai pendekatan yang didakwa lebih saintifik dan lebih sesuai dengan cara hidup zaman moden. Namun satu perkara yang elok difikirkan ialah bahawa bentuk rumahtangga diBarat itu amat berbeza dari bentuk rumahtangga di Timur dan apa yang diajarkan oleh Islam sendiri. Barat p**a menghadapi masalah keruntuhan rumahtangga. Kegiatan seks liar juga berleluasa di sana.

Permata Yang Hilang - Seni Nafkah Batin 09/09/2013

Dapatkan Buku Yang Paling Hangat Di Pasaran dengan Harga yang MURAH
PERMATA YANG HILANG - Seni Nafkah Batin
Panduan yang bermanfaat untuk Bakal Pengantin dan Suami Isteri
Panduang Lengkap 303 muka surat dalam bentuk PDF bersaiz 7.82MB
Hanya RM 20 sahaja
Kaedah Pembelian Sila Rujuk Dibawah

Permata Yang Hilang ialah sebuah buku yang mencatatkan satu ilmu yang biasanya dirahsiakan dan pada zahirnya ditanggap oleh moral tradisional sebagai sesuatu yang pada dasarnya buruk. Masyarakat Melayu sendiri menganggap hubungan kelamin sebagai sesuatu yang kotor, jahat, destruktif dan seolah-olah merupakan sifat perlakuan orang yang berdosa walaupun pada hakikatnya ia dilakukan dengan pasangan yang sah. Di Barat pun dunia tradisional pada umumnya memberikan konotasi jahat kepada segala sesuatu yang berkaitan dengan hubungan kelamin.

Nafkah batin secara umumnya bererti hak bersetubuh bagi isteri. Ia adalah antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh suami apabila bernikah. Di dalam rumahtangga nafkah batin itu diberi dan juga diterima. Ia adalah pergaulan yang baik serta lemah lembut Nafkah batin adalah antara santapan rohani. Santapan rohani lebih didambakan dari santapan jasmani dalam hal mencari kebahagiaan hidup.

Semoga dengan penerangan ini pembacaan dan pemahaman keseluruhannya mengenai isi buku ini tidak menyimpang dari matlamat asas ianya disusun.

Seni Nafkah Batin
Koleksi Ilmiah Islam, Tradisional Serta Moden
Khas Untuk Bakal Pengantin Dan Suami Isteri
~ IbnuYusof

Kaedah pembelian
1. Buat Bayaran Kepada Admin
CIMB 1424 00 635 605 24 - Muhamad Hafiz

2. Emailkan Bukti Pembelian ke [email protected]
- Nama :
- No Hp :
- Email : (untuk dihantar file)
- Tarikh, Masa & Rujukan Pembayaran

09/09/2013

Permata Yang Hilang ialah buku rujukan seks dalam Bahasa Melayu yang sumbernya adalah kitab-kitab lama dari Arab, India, Cina dan termasuk buku perubatan moden dari Barat. Karya ini diterbitkan sekitar awal 1990-an dan sangat pop**ar kerana sehingga kini, ia adalah satu-satunya buku yang memberi taklimat dari pelbagai sudut ruhani dan sekular tentang ilmu insan atau ilmu jimak yang diamalkan oleh orang Melayu dulu, tapi semakin dilupa sekarang.

Buku ini adalah bacaan ringan dan mudah difaham, menimba khazanah ilmu dari pelbagai kebudayaan dan seakan satu kajian perbandingan tentang seksualiti antara berbagai tamadun.

Malangnya buku ini telah diharamkan oleh pihak berkuasa kerana terdapat beberapa bahgian dalamnya yang mungkin menyentuh soal aqidah, dan di khuatiri akan disalahguna atau disalah-faham. Bukan bererti kesalahan penulisnya, Ibnu Yusof, tapi lebih kepada soal teknikal dalam menerbitkan buku ini. Naskah kertas tidak lagi dicetak, selepas pengharaman tersebut.

09/09/2013

Permata Yang Hilang ialah sebuah buku yang mencatatkan satu ilmu yang biasanya dirahsiakan dan pada zahirnya ditanggap oleh moral tradisional sebagai sesuatu yang pada dasarnya buruk. Masyarakat Melayu sendiri menganggap hubungan kelamin sebagai sesuatu yang kotor, jahat, destruktif dan seolah-olah merupakan sifat perlakuan orang yang berdosa walaupun pada hakikatnya ia dilakukan dengan pasangan yang sah. Di Barat pun dunia tradisional pada umumnya memberikan konotasi jahat kepada segala sesuatu yang berkaitan dengan hubungan kelamin.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kajang
47100