Tingkah Laku Positif Kanak-Kanak

Tingkah Laku Positif Kanak-Kanak

Share

Seronoknya mendidik kanak-kanak

Fanpage ini adalah medan perbincangan ibubapa muda terutamanya di dalam perihal mendorong & menggalak tingkah laku positif di kalangan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah.

Photos from Tingkah Laku Positif Kanak-Kanak's post 20/05/2017

Persediaan Ramadan

Aktiviti sewaktu menunggu buka puasa.
+ membaca info mengenai peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadan
+ membuat aktiviti-aktiviti menyeronokkan

Semuanya ada dalam Jurnal Ramadan ini.
Sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 - 10 tahun.

Berminat dapatkan Jurnal Ramadan untuk anak anda, klik link ini ==> bit.ly/JurnalRamadan

Jurnal Ramadan 2017 18/05/2017

8 hari lagi sebelum Ramadan.
Persiapkan minda anak dan hadirkan kegembiraan menyambut Ramadan.

Beberapa muka surat awal dalam jurnal ini khusus untuk menyambut bulan yang mulia ini.

Klik link ini untuk menghadiahkan jurnal ini kepada anak tuan/puan, atau anak jiran atau mahu disedekahkan kepada anak-anak yatim.

bit.ly/JurnalRamadan

Jurnal Ramadan 2017 Aktiviti menambah nilai kefahaman kanak-kanak 6 - 12 tahun berkenaan bulan Ramadan Set Jurnal Ramadan mengandungi: + Buku Aktiviti Jurnal Ramadan + Poster Saiz A3 + Sticker Ganjaran + Kad Sampaikan Khabar Gembira + Fridge Magnet JURNAL RAMADAN Harga RM 25/Set Semenanjung, RM 28/Set Sabah & Sarawak H...

Photos 11/10/2016
Mobile uploads 11/12/2014

Assalamualaikum. ..

Sudah lama kami tidak update fanpage ini....
Hari ini kami kembali. Berazam berkongsi tips-tips mendorong tingkah laku positif di kalangan kanak-kanak.

Kepentingan mendorong tingkah laku positif:
1. Supaya emosi ibubapa tidak terbeban
2. Supaya ibubapa tidak membebel, merotan dan berkata perkara yang mencalarkan emosi kanak-kanak
3. Supaya ikatan kasih sayang semakin kuat dan harmoni di antara ibubapa dan anak-anak.

Photos 18/06/2014

Assalamualaikum Ibu-Ibu yang sentiasa dirahmati Allah,

Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Pastinya Ibu-Ibu akan sibuk terutama di dalam menyediakan juadah berbuka puasa, mengejutkan ahli keluarga bersahur, menggandakan ibadah masing-masing di samping melakukan rutin harian lain.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melakukan perancangan tidak hanya tertakluk kepada kerja-kerja di ofis sahaja. Melakukan kerja rumah juga memerlukan perancangan supaya Ibu-Ibu sentiasa mempunyai banyak masa berkualiti bersama anak-anak.

Salah satu perkara yang mesti dirancang ialah penyediaan menu bulanan. Ini penting supaya Ibu-Ibu boleh merancang pembelian barang-barang dapur dengan bijaksana.

Penyediaan menu bulanan memecah kebuntuan, "Mahu masak apa hari ini?"

Memasak di rumah terutama pada hari-hari bekerja sememangnya mencabar. Didapati yang merumitkan adalah penyediaan bahan-bahan untuk memasak. Apabila bahan-bahan ini disiapkan terlebih dahulu, proses memasak menjadi lebih mudah dan cepat. Jadikan satu hari dalam seminggu, hari yang Ibu-Ibu tidak memasak. Dan hari tersebut digunakan untuk penyediaan bahan-bahan masak untuk tempoh seminggu.

Memasak di rumah juga menjimatkan $$$$$$$$$. Menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan bolehlah dilakukan sekali-sekala sahaja bagi mengelakkan ketirisan wang saku yang tidak dapat dikawal.

Tiada lagi stress!
Memasak memang seronok!

Selamat berpuasa!

Photos 31/10/2013

Perbincangan yang menarik dan mantap dari Puan Suhaili dan Puan Hjh Zaharah!

Jom ke MICF utk mendapatkan ilmu, produk, bimbingan dan banyak lagi bagi membantu anak-anak kita menjadi Khalifah Allah yg terbaik!

Conference: http://micf.my/conference

Roadshow:
MYDIN Mall Ahad 3 Nov 10pagi-12 tghari.

Photos 30/09/2013

Menguasai skil bercerita merupakan keperluan yang perlu ada di kalangan Ibu / Bapa.

Ini perlu kerana tahap perkembangan kognitif pesat berkembang sewaktu usia 3 - 6 tahun.

Sewaktu tahap ini, mereka perlukan sumber-sumber yang dapat mengembangkan potensi mereka, salah satunya melalui cara bercerita.

Penceritaan yang dilakukan oleh IBU / BAPA perlu ada elemen berikut supaya kanak-kanak berimaginasi, membina perbendaharaan kata serta daya berfikir yang aktif:

1. Irama intonasi
2. Setiap perkataan yang disebut perlu jelas
3. Sentuhan emosi

Teknik ini akan membawa kanak-kanak berimaginasi dalam dunia mereka, membina perkataan baru dan membangunkan kemahiran berkarya sebelum mereka pandai membaca.

Berita baiknya teknik ini boleh dipelajari oleh setiap IBU / BAPA. Dimurnikan lagi dengan skrip berpengaruh gaya Nabi supaya setiap tingkah laku kanak-kanak terkawal mengikut fitrah kanak-kanak tersebut.

Photos 29/04/2013

Another good weekend program for you KIDs....

The Little Ibnu sina Mini Workshop is coming....

{English + Islamic + Science Storytelling}

*Kindly contact Ms. Fauzana 03-8912 9280 / 017-296 5664 for further information.

Photos 23/04/2013

Pendidikan solat dan al Qur'an

Ramai di kalangan kita adalah ibu bapa yang sibuk disebabkan komitmen kerjaya masing-masing. Acap kali kita tidak dapat memberikan fokus kepada anak-anak kita sendiri yang sedang membesar.

Mereka memerlukan belaian kasih sayang dan didikan yang seoptimanya daripada kita sendiri. Guru-guru di sekolah dan pembantu di rumah pada hakikatnya tidak akan dapat mengganti 'peranan' ibu bapa dalam membesarkan anak-anak ini tetapi lebih berperanan sebagai 'complement'.

Walau bagaimana sibuk sekali pun, pendidikan al Qur'an dan amalan solat seharian anak-anak ini harus diberikan perhatian yang lebih serius oleh ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya berjaya dalam erti kata yang sebenar dan lebih 'holistik'.

Semoga Allah memudahkan urusan dunia kita dan menjadikannya sebagai ladang yang akan menyediakan bekalan kita di masa depan terutamanya untuk kehidupan di akhirat kelak.


"Wahai Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri kami dan zuriat yang menyejukkan mata kami, dan jadikanlah kami, Imam bagi orang yang bertakwa".

(Surah Al-Furqan ayat 74).

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 9, Jalan Hentian 5, Pusat Hentian Kajang
Kajang
43000