Tips Menjaga Bayi Baru Lahir

Tips Menjaga Bayi Baru Lahir

Share

Page ini bertujuan untuk membantu ibu bapa yang pertama kali melahirkan anak. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada page. Sharing is caring ;)

Anda menghadapi masalah menjaga bayi anda? Kami sedia membantu. Sebarang persoalan boleh diajukan kepada page. Admin yang bertugas akan cuba menyelesaikan masalah anda. Semoga ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada anda dan keluarga anda

Photos 08/10/2014

Tips Mendidik Anak Menjadi Bijak Dari Dalam Kandungan

✔✔ Banyakkan Ibadat ✔✔

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia.

Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Kkhamis.

Antara surah yang elok dibaca ketika hamil ialah :

✔✔ surah al-Fatihah

✔✔ Yasin

✔✔ at-Taubah

✔✔ Yusuf

✔✔ Luqman

✔✔an-Nahl (ayat 78)

✔✔al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.

Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.

ARTIKEL PENUH >> http://bit.ly/1vNXVVR

Photos 07/10/2014

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.”

-DR FADZILAH KAMSAH-

Tips Mendidik Anak Menjadi Bijak Dari Dalam Kandungan

✔✔ PEMAKANAN YANG SIHAT ✔✔

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Pastikan pemakanan seharian mengandungi :

✔ Karbohidrat
✔ Vitamin
✔ Mineral
✔ Paling penting kaya dengan protein.

Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Minyak ikan omega adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi.

Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

ARTIKEL PENUH >> http://bit.ly/1vNXVVR

Photos from Tips Menjaga Bayi Baru Lahir's post 07/10/2014

Kenapa tak boleh bagi BAYI BERUSIA 6 BULAN makan nestum? :)

Cegah sebelum terlambat ye ibu-ibu.

Pendapat dari pembaca adalah dialu-alukan.

ARTIKEL PENUH >> http://bit.ly/1s8RE8r

Photos 01/10/2014

Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir

Dalam tempoh bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

✔✔ MANDIKAN BAYI PADA WAKTU DHUHA
Waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

✔✔ SIRAMAN PERTAMA
Dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

✔✔ BELAI DAN GOSOK BAYI *PENTING!
Pengaliran darah bayi akan menjadi lancar dan baik jika bayi dibelai dan digosok dengan lembut. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

✔✔ CARA SIRAMAN
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

✔✔ ZIKIR
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

✔✔ DON'T!
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

✔✔ SIRAMAN TERAKHIR
Dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, tidak digalakkan menyapu sabun kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

✔✔ LAP TUBUH BAYI
Gunakan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

ARTIKEL PENUH >> http://bit.ly/1pFOfrP

01/10/2014

Cute sangat baby ni :3

Mobile uploads 01/10/2014

Takziah kepada keluarga mangsa.

Semoga punca sebenar yang menyebabkan kematian dapat dikenal pasti.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kajang
43600