22/12/2025
Pendaftaran dibuka untuk kemasukan tahun 2026. Jom realisasikan 1 rumah 1 Huffaz. InshaaAllah๐๐
Founded on January 2012, this full-time private religious tahfiz school is the branch of the Maahad Tahfiz Al-Qur'an Al-Islah in section 7, Shah Alam.
22/12/2025
Pendaftaran dibuka untuk kemasukan tahun 2026. Jom realisasikan 1 rumah 1 Huffaz. InshaaAllah๐๐
20 Mei 2025
๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข๐ข
*Laporan Ringkas Aktiviti KAMIL 2025 Peringkat Negeri (SIP) di ACIS UiTM Shah Alam*
ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
1๏ธโฃ Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lalu *(18 Mei 2025)*, anak-anak MTQI-DPP telah menyertai rombongan ke pertandingan *Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2025*, bagi mewakili daerah Sepang, bertempat di ACIS, UiTM Shah Alam.
2๏ธโฃ Antara aktiviti yang disertai oleh wakil *MTQI-DPP* ialah:
๐ Musabaqah Hadis (Banin) - *Imam Sufi*
๐Musabaqah Hadis (Banat) - *Suri Nur Rezyana Sofiah*
๐ Musabaqah Tafsir Menengah Rendah (Banin) - *Abdul Nafi'*
๐ Musabaqah Tafsir Menengah Atas (Banin) - *Umar*
3๏ธโฃ Rata-rata wakil MTQI-DPP telah memberikan persembahan dan cabaran terbaik walau kekurangan pengalaman dan latihan yang agak terhad.
4๏ธโฃ Dengan izin Allah, salah seorang pelajar MTQI-DPP telah berjaya meraih *tempat ketiga,* sekaligus membawa pulang trofi tempat ketiga dalam acara Musabaqah Hadis (Banat). Seorang lagi peserta Musabaqah Tafsir berjaya meraih tempat keempat keseluruhan dengan beza kiraan mata yang sangat sedikit dengan pemenang tempat ketiga, manakala seorang lagi peserta tidak diketahui kedudukan keseluruhannya.
5๏ธโฃ Nasib kurang baik menimpa baki seorang lagi peserta, yang terpaksa menarik diri di saat akhir, walau sudah berada di dalam bilik pertandingan atas faktor muntah-muntah dan cirit-birit.
6๏ธโฃ Alhamdulillah 'ala kulli haal, kredit dan tahniah harus diberikan kepada semua peserta yang telah berani menyahut cabaran untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan, yang pastinya bakal menjadi pengalaman yang mengajar dan mendewasakan, juga buat para pelajar lain yang turut hadir sebagai penyokong dan pendokong kepada para peserta kita.
Jutaan penghargaan juga buat tuan/puan di atas doa dan sokongan tanpa henti untuk anak-anak ini.
Alhamdulillah wa jazaakumullahu khayral jaza'.
Wassalam.
_*Biar mulut bicara, biar agama terjaga, biar Islam mendunia*_ .
17/06/2025
20 Mei 2025
Beberapa pelajar Banin dan Banat MTQI@DPP menyertai program ni pd hari ini.
Jom samaยฒ kita doakan kejayaan terbaik buat putera dan puteri kita, serta dipermudahkan segala urusan oleh Ustaz & Ustazah kita.
ุขู
ูููู ููุง ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู
ููููู
17/06/2025
18 Mei 2025
Beberapa pelajar Banin dan Banat MTQI@DPP menyertai program ni pd hari ini.
Jom samaยฒ kita doakan kejayaan terbaik buat putera dan puteri kita, serta dipermudahkan segala urusan oleh Ustaz & Ustazah kita.
ุขู
ูููู ููุง ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู
ููููู
16 Mei 2025
โ๏ธTahniah adik Tariq, tahniah ustaz & ustazah, tahniah buat seluruh ahli keluarga MTQI Dan Tuan Haji Arif & Pn Hjh Nor hazah Ibrahim.
โ๏ธTerima kasih tak terhingga jua buat tuan/puan, haji/hajah dsb. atas ucapan dan doa yang baik buat kami.
Teruskan menyokong dan mendoakan kami dan anak-anak tahfiz agar mampu untuk terus ikhlas berbakti, memperjuangkan agama dan Al-Qur'an khususnya, demi kebaikan anak-anak, dunia, dan lebih utama, akhirat mereka.
ุฌุฒุงูู
ุงููู ุฎูุฑ ุงูุฌุฒุงุก.
โ๏ธTahniah adik tariq, tahniah buat ahli keluarga... Semoga adik tariq terus memperjuangkan al quran.....
โ๏ธAllahu Akbar. Alhamdulillah. Jazakallahu Khair kpd tenaga pengajar Ust Abd Halim dll serta rakan seperjuangan Tariq.
Jutaah terima kasih khas kpd Ust Abd Halim. Kami sekeluarga sangat terhutang budi kpd Ustaz dan asatizah2 MTQI yg dgn jayanya dpt mendidik anak2 Kami sehingga tamat hafazan.
Sememangnya jika mrk belajar di rmh dgn kami, tak dpt nak sempurnakan bacaan Al Quran.
Begitu juga terima kasih kpd dorongan dan doa ibubapa yg menghantar anak2 mrk di MTQI
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Terima kasih dan Jazakallahu Khairan Katsiran sekali lagi kpd Ust Abd Halim dan asatizah2 serta team Pengurusan MTQI-DPP.
โ๏ธTahniah tn. hj. dan jutaan terima kasih juga untuk kepercayaan dan kerana sentiasa menyokong dan mendoakan kebaikan buat kami semua, terutamanya anak-anak, Tariq dan juga abangnya Umar.
Moga tn. hj. dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah, InshaAllah.
Barakallahu fiikum.
17/06/2025
16 Mei 2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ุณุจุญุงู ุงูููุ ุงูุญู
ุฏ ูููุ ุงููู ุฃูุจุฑ
ุงูุญู
ุฏ ููู ุงูุฐู ุจูุนู
ุชู ุชุชู
ุงูุตุงูุญุงุช
Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, dimaklumkan, hari ini, Jumaat, sebagai penghulu segala hari, berkebetulan dengan hari guru 16 Mei, dengan izin Allah, seorang lagi pelajar MTQI-DPP/KLM, adik *Tariq bin Arif* secara rasminya telah menamatkan hafazan 30 juzu' Al-Qur'an kira-kira jam 3 petang tadi _(16 Mei 2025/18 Zulkaedah 1446H)._
Mula menyertai keluarga besar MTQI-DPP/KLM sekitar Mei 2023, *Tariq* memulakan perjalanan hafazan Al-Qur'an dengan kelajuan yang agak sederhana, sebelum mula menemui rentak pada penghujung tahun yang sama. *Tariq* kemudian tidak menoleh ke belakang lagi, dan mula mengorak langkah memintas hafazan pelajar lain seorang demi seorang sebelum direzekikan untuk menamatkan hafazan siang tadi, di ketika usianya genap 14 tahun.
Terkenal dalam kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang tenang dan bersahaja, *Tariq* bukan sahaja mampu menghabiskan hafazan dalam masa yang agak singkat, bahkan juga terkenal sebagai antara pelajar yang memiliki hafazan yang kuat dan baik.
Diam-diam ubi berisi, hampir setiap nasihat yang diberikan kepadanya diambil secara positif dan dijadikan cabaran diri ke arah yang lebih baik dan bermanfaat, sejurusnya menjadikan *Tariq* sebagai pelajar sulung yang berjaya mengkhatamkan hafazan 30 Juzu' Al-Qur'an bagi tahun 2025.
Tahniah buat adik *Tariq* dan keluarga tercinta, terutamanya Haji @โจ~arif ismailโฉ dan Hajah @โจNor hazah Ibrahim No 18,2/1Aโฉ di atas kejayaan ulung anakanda ini.
Berbekalkan potensi besar dan cerah yang dimilikinya, sepenuh pengharapan ditagih agar *Tariq* sentiasa mendampingi dan melazimi Al-Qur'an, hingga Al-Qur'an terpahat sepenuhnya di hati dan mampu menguasai ilmu-ilmu Al-Qur'an, juga dikurniakan hafazan yang kekal dan lebih bermutu, dan paling penting kefahaman dan pengamalan Al-Qur'an yang baik dan benar, selain turut direzekikan dengan akhlak yang seiring dengan Al-Qur'an.
Moga kejayaan *Tariq* ini menjadi inspirasi dan pemangkin buat rakan-rakan yang lain agar terus bersemangat dan tidak mudah berputus asa, dan didoakan jua moga anak-anak MTQI-DPP/KLM yang lain akan turut sama-sama memartabatkan Al-Qur'an dan dikurniakan hafazan terbaik, pada waktu dan saat terbaik, dengan izin Allah.
Bergembiralah atas kejayaan ini, moga-moga tergolong dalam golongan Ahli Al-Qur'an, Insha-Allah.
ุฅู ููู ุฃูููู ู
ู ุงููุงุณุ ูุงููุง ูุง ุฑุณูู ุงููู: ู
ู ูู
ุ ูุงู: ูู
ุฃูู ุงููุฑุขู ุฃูู ุงููู ูุฎุงุตุชู.
Sungguh, inilah 'hadiah' hari guru yang paling bernilai dan tiada bandingannya buat seorang guru, setara dengan akhlak baik dan doa tulus daripada anak-anak pelajar sekalian.
ุงููู ูุจุงุฑู ูููู
ุฌู
ูุนุงู ุฃุจุฏุงู ุฃุจุฏุงู
17/06/2025
SELAMAT HARI GURU BUAT USTAZ HALIM, USTAZAH SAMIHAH & USTAZ AMIN.
TERIMA KASIH MENGAJAR & MENDIDIK ANAKยฒ TAHFIZ MTQI DPP. TERIMA KASIH KRN MENDIDIK ANAKยฒ KAMI - IMAM, BILAL, RAZIN, SURI SOFIAH & THALIA SYAMIMIE.
SEMOGA SEGALA KEBAIKAN DAN PENGORBANAN MENDAPAT SEBAIKยฒ GANJARAN DI SISI ALLAH SWT. AAMIN
17/06/2025
16 Mei 2025
Selamat Hari Guru buat Ustaz Halim, Ustazah Samihah, Ustaz Muhammad Amin, semua yang bertugas sebagai pendidik dan ibuayah yang sentiasa mendidik anak-anak sejak dari bayi hingga kini....semoga segala kebaikan, pengorbanan dan didikan diterima sebagai amal baik di sisi Allah. Aamiin.
9 Mei 2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
*Peringatan Mesra*
1๏ธโฃ Seperti yang telah dimaklumkan, hujung minggu ini merupakan cuti bulanan (ganti) bagi MTQI-DPP.
2๏ธโฃ Sehubungan dengan itu, ibu/bapa/penjaga boleh mengambil anak-anak, bermula *jam 11.30 pagi* hari ini,*Jumaat (9 Mei 2025)*.
3๏ธโฃ Bagi ibu/bapa yang berniat menjemput anak-anak *sebelum solat Jumaat,* tuan/puan boleh berbuat demikian dengan mengambil anak-anak di sekitar *Musolla Al-Hidayah, Kg. Limau Manis*, manakala ibu/bapa yang bercadang mengambil anak *selepas solat Jumaat,* tuan/puan dipelawa untuk menjemput anak-anak di *asrama MTQDPP, Desa Pinggiran Putra.*
4๏ธโฃ Para pelajar diminta untuk *kembali* ke asrama pada hari *Isnin, 12 Mei 2025,* antara *jam 7.30 petang hingga 10.30 malam*.
Harap maklum.
Wassalam.