Majlis Perwakilan Pelajar UIS

Directions Website Contact the school

Majlis Perwakilan Pelajar UIS Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Selangor (UIS)

[PEMAKLUMAN PENYIMPANAN BARANG DI STOR MPP]Assalamualaikum wbt,Salam sejahtera,Salam Kampus Barakah.Sempena cuti semeste...
23/09/2026

[PEMAKLUMAN PENYIMPANAN BARANG DI STOR MPP]

Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Sempena cuti semester, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menyediakan kemudahan penyimpanan barang di Stor MPP. Mahasiswa yang ingin menggunakan kemudahan ini dimohon untuk menyertai _group_ WhatsApp yang disediakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tujuan penyelarasan.

👩🏻 Mahasiswi:
https://chat.whatsapp.com/Cjpe0bKIb58KLAYWdGxf56?mode=gi_t

👨🏻 Mahasiswa:
https://chat.whatsapp.com/JNvCp3VqZtA4qHV4NfIvkP?mode=gi_t

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

👨🏻 Saudara Raif Fitri
Exco Kebajikan & Kaunseling
https://www.wasap.my/601110525911

👩🏻 Saudari Sorfina Fitri
Exco Kediaman & Keselamatan
https://www.wasap.my/60182486185

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”

Yang menjalankan tugas,
EXCO KEDIAMAN & KESELAMATAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
SESI 2026/2027

[MEMO: PEMAKLUMAN STATUS PTPTN & SLIP PEPERIKSAAN AKHIR]Assalamualaikum WBT.Salam Sejahtera,Salam Kampus Barakah.Dimaklu...
19/09/2026

[MEMO: PEMAKLUMAN STATUS PTPTN & SLIP PEPERIKSAAN AKHIR]

Assalamualaikum WBT.
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Dimaklumkan bahawa pihak MPP telah mendapatkan maklum balas daripada pihak BHKP (Bahagian Hasil & Kewangan Pelajar) berhubung isu potongan PTPTN yang masih belum dikemaskini bagi sebahagian mahasiswa.

Pihak BHKP memaklumkan bahawa perkara tersebut sedang dalam fasa penyelesaian dan tindakan lanjut.

Sekiranya sehingga tempoh peperiksaan nanti potongan PTPTN masih belum dikemaskini:

➡️ Mahasiswa yang menerima tajaan PTPTN penuh akan diberikan pelepasan slip peperiksaan sekiranya masih mempunyai isu berkaitan potongan PTPTN.

➡️ Mahasiswa yang menerima tajaan PTPTN tidak penuh dan masih mempunyai baki bayaran yuran perlu menyelesaikan bayaran tersebut terlebih dahulu bagi mendapatkan slip peperiksaan.

Mahasiswa dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui MyPortal/Student Portal. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat baharu daripada pihak BHKP.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🤍

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, sila maklumkan kepada Jabatan Bendahari MPP:

📞 Bendahari Kehormat (Aida): 017-9253539
📞 Timbalan Bendahari Kehormat (Afiqah) : 013-9688122

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

Yang menjalankan tugas,
JABATAN BENDAHARI KEHORMAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

[PEMAKLUMAN PROSES AUTO RESERVED & AUTO CHECK-IN BAGI PENGINAPAN PELAJAR SESI II 2026/2027]17 SEPTEMBER 2026 | KHAMISAss...
18/09/2026

[PEMAKLUMAN PROSES AUTO RESERVED & AUTO CHECK-IN BAGI PENGINAPAN PELAJAR SESI II 2026/2027]

17 SEPTEMBER 2026 | KHAMIS

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.
Salam Kampus Barakah.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP) akan melaksanakan proses Tempahan Bilik Secara Automatik (Auto Reserved) dan Daftar Masuk Bilik Secara Automatik (Auto Check-In) bagi penginapan pelajar Sesi II 2026/2027.

Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat diminta mengambil maklum dan merujuk poster yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”

Yang menjalankan tugas,
EXCO KEDIAMAN DAN KESELAMATAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
SESI 2026/2027

[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA]Assalamualaikum Wrh, Wbt.Salam Sejahtera,Salam Kampus Barakah.Sempena 16 September 2026...
16/09/2026

[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA]

Assalamualaikum Wrh, Wbt.
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Sempena 16 September 2026 ini, Majlis Perwakilan Pelajar UIS Sesi 2026/2027 mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.

Tarikh bersejarah ini mengingatkan kita akan semangat penyatuan yang melahirkan sebuah negara berdaulat. Semoga perpaduan yang terjalin terus diperkukuh demi kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.





“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR]📑Assalamualaikum Wrt. Wbt,Salam Sejahtera,Salam Kampus Barakah,Sukacitanya, Majlis ...
14/09/2026

[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR]📑

Assalamualaikum Wrt. Wbt,
Salam Sejahtera,
Salam Kampus Barakah,

Sukacitanya, Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir bagi mahasiswa/mahasiswi Matrikulasi Universiti Islam Selangor (UIS).

Kami dengan seikhlas hati mendoakan agar ilmu pengetahuan yang telah diperoleh anda semua menjadi bekal yang berharga dan membimbing kalian dalam menjawab setiap soalan.

Doa memohon Kejayaan Cemerlang:

اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْفَوْزَ عِندَ الْقَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَعَيْشَ السُّعَدَاءِ وَالنَّصْرَ عَلَى الْأَعْدَاءِ

Maksudnya: Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh.

Semoga Allah SWT melimpahkan kemudahan dan kelancaran semasa menduduki peperiksaan.

Aamiin.

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

[PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN AKHIR]Assalamualaikum wrt wbt.Salam sejahtera,Salam Kampus Barakah.Peperiksaan akhir aka...
14/09/2026

[PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN AKHIR]

Assalamualaikum wrt wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Peperiksaan akhir akan bermula esok bagi pelajar Asasi. Sehubungan itu, mahasiswa disarankan untuk membuat persediaan lebih awal dan memastikan segala keperluan peperiksaan telah lengkap sebelum hadir ke dewan peperiksaan.

Justeru, sila rujuk Senarai semak yang disediakan sebagai panduan ringkas berkaitan dokumen, keperluan, pemakaian serta perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Semoga segala urusan mahasiswa dipermudahkan dan diberikan ketenangan serta kelancaran sepanjang menduduki peperiksaan akhir.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

🧕🏻 Aufa Atirah
📲 Exco Akademik & Intelektual
http://www.wassap.my//011-68626930

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”

Yang Menjalankan Tugas,
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

[JADUAL MUKTAMAD PEPERIKSAAN AKHIR SESI I TAHUN AKADEMIK 2026/2027]Assalamualaikum wrt wbt.Salam sejahtera,Salam Kampus ...
11/09/2026

[JADUAL MUKTAMAD PEPERIKSAAN AKHIR SESI I TAHUN AKADEMIK 2026/2027]

Assalamualaikum wrt wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Dimaklumkan bahawa Jadual Muktamad Peperiksaan Akhir Sesi I Tahun Akademik 2026/2027 bagi Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) telah dikeluarkan untuk rujukan semua mahasiswa.

Mahasiswa dimohon untuk menyemak jadual peperiksaan masing-masing dan membuat persediaan yang sewajarnya.

Slip Peperiksaan boleh dicetak melalui MyPortal dan Student Portal bermula pada 14 September 2026.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

🧕🏻 Aufa Atirah
📲 Exco Akademik & Intelektual
http://www.wassap.my//011-68626930

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”

Yang Menjalankan Tugas,
EXCO AKADEMIK DAN INTELEKTUAL
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Sumber: Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Islam Selangor.

[MEMO: PEMAKLUMAN JADUAL PEMANDU VAN KEBAJIKAN PELAJAR BAGI BULAN SEPTEMBER 2026]Assalamualaikum Wrt. Wbt.Salam sejahter...
06/09/2026

[MEMO: PEMAKLUMAN JADUAL PEMANDU VAN KEBAJIKAN PELAJAR BAGI BULAN SEPTEMBER 2026]

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.

Pihak Bahagian Pengurusan Insan (BMI) telah mengeluarkan Jadual Pemandu Van Kebajikan Pelajar bagi Bulan September 2026 menerusi portal pelajar MyLMS (student portal).

Untuk makluman, perkhidmatan van kebajikan ini hanya dibenarkan untuk kes kecemasan sahaja, seperti keperluan segera ke klinik atau hospital berhampiran. Pelajar yang memerlukan bantuan dalam situasi sebegini boleh terus menghubungi pemandu yang disenaraikan.

Temujanji hospital atau rawatan yang telah dijadualkan lebih awal tidak termasuk dalam skop perkhidmatan ini.

Sekian,terima kasih.



”MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”

Yang menjalankan tugas,
EXCO KEBAJIKAN & KAUNSELING
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)

📢HEBAHAN RASMI – PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA 2026 📢🎓 Berita baik buat anak-anak Selangor!Tabung Kumpulan Wang Biasi...
04/09/2026

📢HEBAHAN RASMI – PINJAMAN BOLEH UBAH DALAM NEGARA 2026 📢

🎓 Berita baik buat anak-anak Selangor!
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor membuka peluang *Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) Tahun 2026*.

🗓️Tarikh Permohonan:
*01 September 2026 – 21 September 2026*

💻 *Permohonan boleh dibuat secara online di:*
👉 https://danapendidikan.selangor.gov.my

📲 Imbas QR Code di poster untuk:

✅ Daftar Permohonan
✅ Syarat Permohonan

✨ Kenapa perlu mohon?
✔️ Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa mengikut pencapaian akademik 🎯
✔️ Peluang khas untuk rakyat Selangor 👨‍🎓👩‍🎓
✔️ Menjamin sokongan pendidikan anda hingga ke menara gading

📣 Jangan lepaskan peluang ini! Mohon segera sebelum tarikh tutup!

“Amanah Disandang, Kebajikan Dijulang”

“Mahasiswa Pemacu Transformasi”

Yang menjalankan tugas,
JABATAN BENDAHARI KEHORMAT
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2026
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

Address

Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar UIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar UIS:

Shortcuts

Share