Tim Infokerjaya Graduan

Directions Website

Tim Infokerjaya Graduan Rujukan graduan untuk sukses perjalanan kerjaya selepas graduasi. Tim Infokerjaya dah bantu ribuan graduan sejak 2008/09

INFOKERJAYA PLT (LLP0003706-LGN)

Tim Infokerjaya diwujudkan dengan niat dan tekad untuk bantu graduan memburu kerjaya selepas graduasi. Banyak keluhan, kesukaran, kekecewaan yang diharungi graduan. Kami faham. Anda juga macam tu kan? Tak perlu risau. Kami faham sebab kami juga pernah melalui fasa yang sama seperti anda. Tekanan dalam diri, tekanan persekitaran, rasa rendah diri, rasa ‘tak berguna’, rasa kecewa, rasa ‘looser’ dan macam-macam yang negatif tu kan.

30/09/2026

Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP1. Buat persediaan awal. Baca artikel dan contoh soalan

Exam Psikometrik menilai kecenderungan, personaliti dan kesesuaian calon dengan jawatan, organisasi serta pasukan. Kiran...
24/09/2026

Exam Psikometrik menilai kecenderungan, personaliti dan kesesuaian calon dengan jawatan, organisasi serta pasukan.

Kiranya penilaian “pemberat” tak sama untuk semua jawatan.

Bagi calon Akauntan WA9, persediaan yang relevan perlu memberi perhatian kepada;
- integriti
- ketelitian
- akauntabiliti
- pematuhan prosedur
- daya tahan
- kerja berpasukan
- kesediaan memikul amanah berkaitan kewangan awam.

Untuk contoh soalan dan huraian penuh boleh baca artikel penuh. Link ada di komen

Sedih kan bila dah lama tunggu panggilan kerja kerajaan, tapi tak sampai-sampai.Cuba semak 7 perkara ini. Mungkin terlep...
13/07/2026

Sedih kan bila dah lama tunggu panggilan kerja kerajaan, tapi tak sampai-sampai.

Cuba semak 7 perkara ini. Mungkin terlepas pandang... 🥹

Baca artikel ini untuk buat semakan kendiri!

KENA JAWAB SEMUA POSITIF KE?Jangan la guna tips yang macam tu. Nak lulus ujian psikometrik, jangan jawab ikut rasa semat...
13/07/2026

KENA JAWAB SEMUA POSITIF KE?

Jangan la guna tips yang macam tu. Nak lulus ujian psikometrik, jangan jawab ikut rasa semata-mata.

Ramai calon fikir semua jawapan “Setuju” atau “Sangat Setuju” nampak positif dan selamat. Hakikatnya, ujian psikometrik menilai sama ada jawapan kita tepat, konsisten dan sesuai dengan situasi kerja sebenar.

Contoh:

Soalan:
“Saya akan tetap mengikut arahan ketua walaupun arahan itu jelas melanggar peraturan.”

Jawapan yang nampak “positif”:
Setuju, sebab mahu nampak patuh arahan.

Jawapan yang lebih tepat:
Tidak Setuju, sebab penjawat awam perlu patuh arahan yang sah, bukan membuta tuli sampai melanggar peraturan.

Sebab itu, calon perlu faham konteks soalan. Ada masa kita perlu tegas. Ada masa kita perlu realistik. Ada masa jawapan paling “baik” bukan semestinya jawapan paling positif.

Latih diri baca soalan dengan teliti, kenal pasti nilai yang diuji, dan jawab berdasarkan prinsip kerja yang betul.

Nak lulus?
Jawab tepat, bukan sekadar nampak baik.

21/06/2026

Untuk memudahkan persediaan calon PAC yang tak tahu nak baca apa untuk isu semasa, pastikan anda tak tinggal tajuk2 ini;

- Kos sara hidup, STR dan SARA.
- Penyasaran subsidi.
- Ketidaktentuan ekonomi global.
- Krisis tenaga dan harga minyak.
- AI dan masa depan pekerjaan.
- Reformasi pendidikan.
- Larangan media sosial bawah 16 tahun.
- Keselamatan siber dan scam.
- e-Invois dan cukai digital.
- Integriti dan tatakelola kerajaan.
- Iklim dan bencana.
- Keselamatan makanan.
- Perang perdagangan dan rantaian bekalan.
- Tenaga boleh baharu dan peralihan hijau.

Juga jangan tinggal inisiatif2 kerajaan untuk rakyat yang pelbagai tu. Buat bacaan dari sumber rasmi ya. Jangan baca dari blog-blog politik p**a 😅

TAHNIAH SEBAB DIPANGGIL TEMUDUGA! ANDA HEBAT!Untuk yang dipanggil temuduga, ini rujukan untuk anda. Hadir biar dengan pe...
06/04/2026

TAHNIAH SEBAB DIPANGGIL TEMUDUGA! ANDA HEBAT!

Untuk yang dipanggil temuduga, ini rujukan untuk anda. Hadir biar dengan persediaan dan kesungguhan. Kami doakan kejayaan anda

Dah sampai ke sesi temuduga ni kira anda dan ke langkah terakhir sebelum menjawat jawatan kerja kerajaan.

Kit Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan. Rujukan kemaskini terkini

Ramai orang ingat dalam ujian psikometrik, kita kena jawab macam “calon paling perfect”.Padahal itu antara punca ramai t...
10/03/2026

Ramai orang ingat dalam ujian psikometrik, kita kena jawab macam “calon paling perfect”.

Padahal itu antara punca ramai tersangkut.

Sistem biasanya bukan cari siapa yang nampak paling baik atas kertas semata-mata.

Sistem lebih nampak corak jawapan yang konsisten.

Bila kita terlalu cuba “cover baik”, kadang-kadang jawapan jadi bercanggah:

>> mula-mula nampak tegas, lepas tu terlalu bertolak ansur,
>> mula-mula nampak yakin, lepas tu terlalu ragu-ragu.

Akhirnya profil nampak tak stabil.

Sebab itu, masa jawab:
✅ faham kehendak soalan
✅ pilih jawapan yang paling dekat dengan diri dan cara kerja anda
✅ kekal konsisten dari awal sampai akhir
✅ jangan terlalu fikir nak nampak sempurna

Ingat:
Psikometrik bukan pertandingan siapa paling ideal. Ia lebih kepada sejauh mana personaliti dan gaya kerja anda jelas, stabil, dan konsisten.

Jawab konsisten, bukan jawab nak sedapkan panel.

Rahsia lulus ujian psikometrik: faham Prinsip Cermin ✅Ujian ini menilai padanan personaliti dengan keperluan jawatan, bu...
02/03/2026

Rahsia lulus ujian psikometrik: faham Prinsip Cermin ✅

Ujian ini menilai padanan personaliti dengan keperluan jawatan, bukan soalan perangkap.
Jawab jujur, kekal konsisten, kawal emosi.
Simpan dan kongsikan untuk bantu kawan yang bakal exam! 💪

Psikometrik kerjaan bukan teka-teki. Ia ada sistem, pola dan teknik menjawab yang boleh dipelajari. Ramai calon gagal bu...
01/03/2026

Psikometrik kerjaan bukan teka-teki. Ia ada sistem, pola dan teknik menjawab yang boleh dipelajari. Ramai calon gagal bukan sebab tidak pandai, tetapi sebab menjawab ikut rasa, tergesa-gesa dan tidak konsisten.

Di Tim Infokerjaya, kami selalu tekankan 3 perkara utama untuk calon yang serius nak lulus psikometrik:

• Elak jawapan bercanggah
Jawapan yang berubah-ubah boleh merosakkan profil dan buat anda nampak tidak konsisten dalam membuat keputusan.

• Latih konsisten sampai laju dan tepat
Bukan sekadar jawab laju. Latihan yang betul bantu anda kekal stabil, fokus dan kurang silap.

• Fokus pada strategi jawapan, bukan ikut rasa
Setiap pilihan perlu ada sebab dan selari dari awal sampai akhir supaya jawapan anda nampak meyakinkan.

Latih dan jawab tepat, bukan sekadar teka.
Dapat sesuatu?

Kalau anda bakal hadap Ujian Psikometrik, ingat satu perkara penting. Ujian ini bukan untuk cari manusia yang sempurna. ...
28/02/2026

Kalau anda bakal hadap Ujian Psikometrik, ingat satu perkara penting. Ujian ini bukan untuk cari manusia yang sempurna. Ujian ini nak tengok calon yang STABIL dan boleh dipercayai.

Apa maksud stabil
Calon yang konsisten dengan jawapan sendiri, emosi terkawal, dan cara berfikir matang serta realistik. Dalam ujian psikometrik, bila jawapan berubah-ubah atau terlalu ikut emosi, itu mudah dibaca sebagai tidak stabil.

✅ DO: Konsisten dan terkawal
Jawab ikut diri sendiri yang sebenar, tetapi pastikan corak jawapan anda kekal sama dari awal sampai akhir. Fikir dulu sebelum pilih jawapan. Pilih yang paling tepat menggambarkan diri anda dalam situasi kerja.

❌ DON’T: Terlalu ekstrem
Elakkan jawapan yang terlalu melampau seperti “sentiasa”, “tak pernah”, “paling”. Jawapan ekstrem selalunya buat profil nampak tidak realistik dan tidak stabil.

Nota Tim Infokerjaya
Dalam psikometrik, stabil lebih penting daripada cuba nampak sempurna. Calon yang stabil lebih mudah dipercayai dan lebih sesuai untuk kerja berpasukan serta ikut arahan.

Address

Kajang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tim Infokerjaya Graduan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share