19/08/2026
Assalamualaikum WBT.
๐น"HALAQOH PERDANA RAUDHOH TAHFIDZ AL-QURAN KALI KE - 11๐น
Alhamdulillah, Bersempena Menyambut Bulan Kemerdekaan, Raudhoh Tahfidz Al-Quran Dengan Kerjasama Masjid Asy-Syakirin KLCC Akan Mengadakan Halaqoh Perdana Ujrah (Pahala) Bacaan Al-Quran 30 Juzuk Secara Langsung.
Muslimin Muslimat Dijemput Hadir Menyertai Dan Mendengar Bacaan Ayat Suci Al-Quran.
Tarikh : 28 - 30 OGOS 2026
HARI : JUMAAT - AHAD
MASA : 3.00 PETANG - SELESAI
TEMPAT : MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC & LIVE FB & TIKTOK RTA
โ๏ธ HALAQOH PERDANA RTA Kali ke-11 Adalah Bacaan 30 Juz Al-Quran Oleh Anakanda Pelajar Raudhoh Tahfidz Al-Quran Secara HAFAZAN Selama 3 Hari Berturut.
Dengan Ini Pihak Raudhoh Tahfidz Al-Quran Membuka Peluang Kepada Muslimin Muslimat Bersedekah Pahala 30 juzuk Untuk Diniatkan Kepada Arwah-arwah.
๐Sumbangan Umum Bagi Program Halaqoh Perdana Ini Juga Boleh Disalurkan Kepada Akaun :
๐๏ธ 12092010034862
BIMB : Tetuan Raudhoh Tahfidz Al-Quran
Nama-nama Arwah Bolehlah Dikirim Pada Nombor Whatsapp :-
Ust Ahmad Sahli - https://wasap.my/601115653863/TahlilArwahHalaqohPerdanaklcc
24/07/2026
Jom daftar
๐ฟ AYUH DAFTARKAN ANAK ANDA KE RAUDHOH TAHFIDZ AL-QURAN (RTA)! ๐ฟ
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mengimpikan anak-anak membesar sebagai insan yang soleh, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.
โจ Mengapa memilih Raudhoh Tahfidz Al-Quran?
โ
Institusi Tahfiz berdaftar di bawah JAIS sejak tahun 1993.
โ
Pengajian Syahadah Al-Quran
โ
Pendidikan Diniah dan Akademik yang seimbang.
โ
Asatizah berpengalaman dan bimbingan berterusan.
โ
Persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berteraskan Islam.
โ
Melahirkan generasi Huffaz yang berilmu, berakhlak dan berwawasan.
๐ Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Ustaz Ahmad Sahli
011-2725 8221
๐ Raudhoh Tahfidz Al-Quran (RTA)
Lot 1820, Jalan Kuari Sg Long, Batu 11ยผ, Kg Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor.
๐ Tempat adalah terhad. Hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sesi lawatan ke kampus.
Mohon jasa baik semua untuk bantu sebarkan mesej ini kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan yang sedang mencari institusi tahfiz.
21/07/2026
๐น Dunia Akan Berlalu, Tetapi Bacaan Al-Quran Anak Kita Akan Terus Mengalirkan Pahala.
Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari ilmu terbaik untuk anak-anak. Mengajar mereka memperindahkan bacaan Al-Quran adalah antara pelaburan akhirat yang paling bernilai.
โจ Kelas Tarannum RTA membimbing anak-anak menguasai seni bacaan Al-Quran dengan teknik tarannum yang betul, dipimpin oleh Qari TV AlHijrah dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.
๐ Kelas adalah PERCUMA (sebulan sekali).
Ayuh, jadikan Al-Quran teman hidup anak-anak kita. Daftarkan mereka hari ini dan sama-sama melahirkan generasi yang mencintai Al-Quran dengan bacaan yang indah dan penuh penghayatan.
ใ
20/07/2026
Alhamdulillah semalam menerima kunjungan tetamu mulia Habib Muhammad bin Aqil Al-Attos (guru rohani kepada Al-Marhum Guru Kita Ayahanda Waled Ustaz Mohd Zaki) sempat beliau memberikan tausiah ringkas dan menziarahi maqam Guru Kita Ayahanda Waled.
Semoga dengan kehadiran Tuan Habib Muhammad membawa barokah kepada RTA dan kembali RTA ramai pelajar dan gemilang.
20/07/2026
Alhamdulillah, telah berjalan Kelas Memanah Tradisional Teknik Panahan Turki yang dipimpin oleh Ybrs Dr Anwar Muttaqin @ Hojam Anuar.
Menghidupkan Sunnah kerana di dalam Sunnah ada kejayaan.
Terima kasih juga kepada pelajar Maahad Tahfiz Az-Zahrah kerana bersama menyertai program ini.
13/07/2026
ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู...
Para ibu bapa yang dihormati,
Kami dengan sukacitanya mempelawa anak-anak anda untuk menyertai Kelas Memanah Raudhoh Tahfidz Al-Quran yang akan diadakan pada:
๐
Ahad, 19 Julai 2026
๐ 10.00 pagi
๐ธPERCUMA
๐ Raudhoh Tahfidz Al-Quran Lot 1820,Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11ยผ Kampung Sungai Serai, Hulu Langat
Kelas ini akan dikendalikan oleh Dr. Anwar Muttaqin, Pensyarah UKM & Pakar Memanah Teknik Panahan Turki.
Pendaftaran adalah WAJIB dan hanya boleh dibuat dengan menghubungi:
๐011-58881540 (Ustaz Razi)
Jangan lepaskan peluang ini untuk anak-anak anda belajar memanah dan mengamalkan sunnah.
Hubungi segera kerana tempat adalah terhad!Terima kasih.
*Mohon sebarkan kebaikan ini!!
08/07/2026
Alhamdulillah Dapat Berehat Sebentar Santai Sungai Dan Kendurian Bersama Semua Warga RTA Pelajar Dan Guru-guru Masa Berharga Merapatkan Silaturrahim Setelah Penat Pelajar Mengaji Sehari 10 Juz.
Terima Kasih Guru Kami AF Ustaz Ahmad Tarmizi Di Atas Pemberian Berbakul Durian Dari Tanah Kebun Ibunda Beliau Pn Hajah Sarifah Hamidah Binti Raja Ahmad, Semoga Panjang Umur Murah Rezki Sihat Selalu Buat Ustaz Dan Ibunda Beliau.
Terima Kasih Kekanda Kami Asman Maarus Atas Kesudian Memberi Tempat Berkelah Di Maklang Homestay Sungai Congkak Hulu Langat. Semoga Sentiasa Dalam Kebaikan Rahmat Dan Ibadah. Juga AF Dr Ustaz Fakhrurrazi Sudi Hadir Walau Sibuk Dari UKM.
Terima Kasih Buat Sokongan Ibubapa Menaja BBQ Buat Anak-anak RTA. Semoga Sentiasa Dimurahkan Rezki Dimudahkan Urusan.
ใ
TikTok ยท RTA.OFFICIAL