05/08/2026
π Menyemai Cinta Alam Sekitar Sejak Usia Kecil πβ»οΈ
Anak-anak mungkin masih kecil,
Tetapi inilah masa terbaik untuk membentuk sikap dan nilai murni dalam diri mereka.
Di Taska Atfal Imtiaz Child Care Centre
anak-anak seawal 2, 3 dan 4 tahun didedahkan dengan pendidikan alam sekitar melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mengenali jenis-jenis bahan kitar semula,
mengasingkan sampah,
dan belajar menjaga kebersihan bumi.
π± Mengapa ia penting?
β
Memupuk rasa sayang kepada alam sekitar sejak kecil.
β
Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.
β
Melatih anak berfikir sebelum membuang sampah.
β
Mewujudkan generasi yang lebih prihatin terhadap kebersihan dan kelestarian alam.
Tengok muka anak anak, ibu ayah pasti gembira.
28/07/2026
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT
Kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama.
Sejak dua menjak ini, makin banyak tadika taska tutup sebab wabak penularan, jadi di Taska Atfal Imtiaz Childcare Centre , kami ambil langkah berjaga2 untuk kebersihan sanitasi cegah awal, kalau terjadi juga itu kuasa Allah.
Di Taska Atfal Imtiaz (AICC),
kami sentiasa mengutamakan kebersihan, keselamatan dan kesihatan anak-anak bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit.
β¨ Langkah yang kami amalkan:
β
Pembersihan dan sanitasi kelas serta peralatan.
β
Memantau tahap kesihatan anak-anak setiap hari.
β
Menggalakkan amalan mencuci tangan dengan betul.
β
Menjaga kebersihan persekitaran pembelajaran.
β
Bekerjasama dengan ibu bapa bagi memastikan anak yang kurang sihat berehat di rumah sehingga pulih.
β€οΈ Kami percaya, apabila ibu bapa dan pihak taska bekerjasama, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sihat untuk semua anak-anak.
Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama semua ibu bapa dalam memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang sihat, ceria dan selamat.
π Taska Atfal Imtiaz (AICC)
26/07/2026
Bismillah..
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir dan memeriahkan Open Day Taska Atfal Imtiaz (AICC).
Kehadiran, sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat bermakna buat kami. Semoga lawatan hari ini dapat memberi gambaran kepada ibu ayah tentang komitmen kami dalam menyediakan persekitaran yang selamat, ceria dan pembelajaran yang berkualiti untuk setiap anak.
β€οΈ Kepada ibu bapa yang telah memilih Taska Atfal Imtiaz sebagai tempat anak-anak membesar, belajar dan berkembang, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.
Amanah ini akan kami jaga sebaik mungkin dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan tanggungjawab.
Semoga jalinan ini menjadi permulaan kepada perjalanan pendidikan yang indah buat anak-anak kita.
"Anak-anak anda adalah amanah kami. Insya-Allah, kami akan mendidik mereka dengan kasih sayang, ilmu dan akhlak yang terbaik."
π Terima kasih kerana memilih Taska Atfal Imtiaz (AICC). Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam membina generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. π€²π»πΉ