Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang

Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang

Share

Kaedah belajar mengaji Al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi.

Photos from Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang's post 20/04/2026

Hari ini pelajar mengenal suku kata pola β€œu dan o” dan suku kata pelbagai dalam subjek Jawi.

Dalam kelas jawi, perlu tukar minda mereka untuk tidak meletakkan subjek mengaji dalam fikiran. Sekiranya tidak tukar, mereka akan letak baris dalam tulisan Jawi. πŸ˜…

P/s: Gambar diambil menggunakan CCTV. Maafkan ada mangkuk dan cawan p**a di atas meja πŸ™πŸ»

Photos from Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang's post 20/04/2026

Kelas sepatutnya menjadi ruang selamat untuk pelajar memberi pendapat dan bertanya soalan.

Cuma adakala sekiranya soalan atau pendapat yang dikeluarkan kurang mengena pada topik dan perbincangan, guru perlu memaklumkan pelajar untuk berkongsi β€œcerita” tersebut di ruang rehat agar tidak mengganggu pembelajaran.

Pelajar masih belajar untuk bertanya. Sifat ingin tahu tanpa batas yang membuatkan mereka belajar sesuatu.

Kita sebagai pendidik perlu banyak bersabar dan memberi tunjuk ajar.

Jangan sekat kemampuan mereka berfikir luar kotak.

Photos from Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang's post 08/04/2026

Menggunakan teknologi bagi menceritakan kisah Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ishak A.S.

Selepas itu pelajar akan menjawab 15 soalan dan kuiz interaktif untuk mengukur kefahaman.

.com


08/04/2026
Photos from Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang's post 08/04/2026

Antara aktiviti-aktiviti kelas sebelum dan selepas sekolah adalah mempelajari solat, jawi, asas-asas fardhu ain seperti akhlak, fiqh dan tauhid, mengaji, hafazan dan tajwid.

12/12/2025

Seronoknya anak-anak belajar macam ni ramai-ramai kan?

Ada yang sampai tak nak p**ang dan tak sabar tunggu hari esok untuk join kelas.

Mereka akan belajar solat sampai akhirnya berebut nak jadi imam solat di rumah!

Impian yang terindah kan bila anak-anak kita dapat jadi imam solat kita...

Impian terindah juga apabila anak-anak kita boleh mengaji saat nafas terakhir kita...

Malah surah-surah hafazan boleh dipraktis semasa mengimamkan solat nanti.

Jadi bagaimana solusinya?

Semuanya bermula dengan usaha kecil kita menghantar anak-anak ke pusat Transit AlBaghdadi ini.

Pada sesi petang selepas p**ang sekolah, mereka akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pemantapan diri dan diisi dengan mengaji, belajar solat, menghafaz surah-surah pilihan dalam Al Quran dan juga belajar tulisan jawi!

Apa tunggu lagi? Jom sertai Transit Pusat Pengajian Al Baghdadi segera!

12/12/2025

Guru Transit Al Quran Sepenuh Masa diperlukan. Kemasukan Januari 2026

Tempat: MKH Boulevard II, Kajang

Syarat-syarat:
- Wanita
- Boleh memandu (kereta disediakan)
- Mesra kanak-kanak
- Boleh mengajar jawi dan Al Quran
- Berdisiplin dan menepati masa
- Bekerja 8 pagi hingga 6 petang. Isnin-Jumaat. Termasuk rehat
- Boleh menghadiri latihan selama 2 hari

Hubungi Safuhah di 016-878 7026 atau emel resume anda di [email protected]

08/04/2025

*Survival Waktu Solat di Hutan*

Belajar survival. Kalau tersesat, telefon bimbit tiada siaran ataupun mati, boleh guna kaedah ini.

07/04/2025

Sebahagian dari aktiviti hafazan Surah Al Fatihah untuk pelajar transit di sini.

Semoga pelajar bukan sahaja mampu menghafaz Al Fatihah dengan baik tetapi mereka juga memaknai makna disebalik Surah Al Fatihah yang menjadi Rukun Solat yang kita kerjakan sehari semalam.

Jom, jangan tunggu-tunggu lagi. Beri pendidikan agama terbaik untuk anak-anak kita. Daftar segera di link di bawah:

http://www.wasap.my/60168787026/TransitBaghdadiKajang

Photos from Kelas Mengaji Al Quran - Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang's post 07/04/2025

Assalamualaikum para ibu bapa....

Macam mana pendidikan agama Islam, Al Quran dan solat anak-anak kita?

Sudah lancarkah?

Adakah petang mereka terisi dengan aktiviti berfaedah?

Kami di Pusat Pengajian Al Baghdadi MKH Boulevard II, Kajang nak ajak anak-anak Tuan/Puan untuk mengisi petang mereka sebelum atau selepas p**ang sekolah dengan aktiviti-aktiviti pemantapan diri dan diisi dengan mengaji, belajar solat, menghafaz surah-surah pilihan dalam Al Quran dan juga belajar tulisan jawi!

Menarik juga kan kalau mereka dapat jumpa kawan-kawan dan belajar bersama?

Apa tunggu lagi? Jom sertai Transit PPA MKH Boulevard II, Kajang segera!

http://www.wasap.my/60168787026/TransitBaghdadiKajang

07/04/2025

TRANSIT AL BAGHDADI

Buku yang akan digunakan untuk Transit Al Baghdadi nanti.

InsyaAllah pelajar akan belajar tentang Solat, Mengaji, Hafazan, asas pendidikan agama Islam di transit kami.

Segera hubungi link di bawah dan pastikan anak anda mendapat pendidikan Al Quran dan agama yang terbaik di Kajang InsyaAllah.

http://www.wasap.my/60168787026/TransitBaghdadiKajang

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Bukit Mewah
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00