Seri Al-Amin Centre Page

Seri Al-Amin Centre Page

Share

Islamic Preschool / Kindergarten. Tel : 012-2744785 Whatsapp : www.wasap.my/60122744786

22/03/2026

تَقَبَّلَ اللّهُ مِناَّ وَ مِنْكُمْ

"Taqabballallahu minna wa minkum" (Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua) akan segala amalan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan.

‎سلآمت هاري راي عيدالفطري

28/01/2026

Isnin pagi. Otak dah set "Auto-Pilot" nak pergi ofis.
Mesyuarat pukul 9, jalan jem, fail tertinggal.
Dalam kepala penuh dengan urusan kerja.

Tanpa sedar, anda memandu terus ke pejabat, parkir kereta, dan naik ke ofis.
Dua jam kemudian baru teringat:
"Ya Allah, anak ada kat belakang! Lupa hantar taska!"

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Ini bukan cerita rekaan. Ini adalah fenomena nyata yang dipanggil "Forgotten Baby Syndrome".
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun ibu bapa yang paling penyayang di dunia.

Punca utamanya adalah gangguan pada memori (Short-term memory failure) apabila rutin harian berubah sedikit.
Contohnya: Selalu isteri hantar, tapi hari ni suami kena hantar. Otak suami yang dah biasa 'route' ke pejabat akan terlepas pandang persinggahan ke taska.

Akibatnya?
Haba dalam kereta yang diparkir bawah matahari boleh naik mendadak dalam masa 10 minit. Anak boleh maut akibat strok haba.

Tolong buat "Safety Hack" ini sekarang:
Letakkan barang penting yang anda WAJIB bawa masuk ofis di tempat duduk belakang, bersebelahan kerusi anak.
Contoh: Beg Laptop, Beg Tangan, Bekal Makanan, atau Kasut Kiri anda.

Bila nak ambil barang tu, automatik anda akan toleh ke belakang dan nampak anak.
Paksa diri untuk toleh.

08/11/2025

ANAK YANG TERLUKA, TAPI DIA TAHAN.

Ada anak yang belajar diam bukan sebab dia tenang,
tapi sebab dia tahu kalau dia buka mulut — dia akan pecah.

Dia pernah cuba cerita rasa dia.
Tapi mak ayah gelak.
Atau sambil lalu je jawab:
“Alah benda kecil pun nak terasa.”

Masa tu dia belajar satu benda:
Perasaan dia tak penting.

Ada anak yang belajar berdikari bukan sebab dia kuat,
tapi sebab tak ada sesiapa pun yang betul-betul ada untuk dia.

Dia buat semua sendiri.
Sakit pun sendiri.
Cakap dengan diri sendiri.
Sebab dia dah biasa tak ada orang peduli.

Ada anak yang nampak mak ayah bergaduh setiap hari.
Dia tak menangis.
Dia buat-buat sibuk.
Dia pura-pura tak dengar.
Tapi hati dia… lunyai.

Dia pernah cuba peluk mak.
Mak tolak sebab penat.
Dia cuba duduk dekat ayah.
Ayah halau sebab “bising”.

Masa tu dia belajar:
Jauh lebih selamat kalau tak rapat dengan sesiapa.

Sampai besar, dia ada perangai pelik:
Susah percaya orang.
Susah rapat.
Susah minta tolong.
Susah tunjuk sayang.

Bukan sebab dia tak ada hati.
Dia ada.
Terlalu ada.
Sampai dia takut kalau dia sayang — dia akan hancur lagi.

Dan paling kejam?
Mak ayah nanti pelik,
“Kenapa anak aku tak mesra dengan aku?”

Jawapan dia…
Sebab dulu, masa dia perlukan kita, kita tak ada.
Sekarang dia dah biasa sendiri.
Dah tak tahu macam mana nak kembali.

Kalau kita sedar benda ni awal,
jangan tunggu anak tu minta.
Dia tak akan minta.
Dia dah berhenti berharap lama dah.

Kita yang kena pergi.
Kita yang kena buka pintu.
Kita yang kena cakap:
“Aku nampak kau. Aku dengar kau. Aku sayang kau.”

Kredit : Khairul Faiz

31/10/2025

PENDAFTARAN 2026 TELAH DIBUKA

DAPATKAN TEMPAT KERANA KAMI HANYA SEDIAKAN TEMPAT YANG TERHAD SAHAJA

HUBUNGI : 013-3961 238 / wa.me/60133961238

Playschool | Pre-School | Transit | Intensive Class | Free Reading Class | Hafazan Class

Seri Al Amin Centre
Bandar Mahkota Cheras
Tadika Bandar Mahkota Cheras

Email : [email protected]

Blog : https://serialamin.blogspot.com/

Lokasi : https://goo.gl/maps/nPf3Zw6CxmWZitAU8

Tadika Seri Al-Amin (Seri Al Amin Centre)
No. 1 Jalan Pahlawan 15/3, Seksyen 3, Bandar Mahkota Cheras, Kajang, Selangor

25/09/2025

Anak itu amanah, bukan sekadar zuriat.
Cara kita melayani mereka hari ini, akan membentuk siapa mereka esok hari.

Adab dengan anak bukan hanya pada kata-kata, tetapi pada kasih sayang yang ditunjukkan, doa yang dibisikkan, dan teladan yang ditinggalkan.

Ingatlah, setiap pelukan, senyuman, dan doa kita adalah bekalan untuk mereka menempuh hidup.

Kerana pada adab inilah tersimpan keberkatan keluarga.

11/09/2025

Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'elnya pelik-pelik. Saya sendiri baca pun agak seriau. Ini dari komen Puan Shazwana Hanafi :

1. Tak pandai nak bermain, tak pandai nak hiburkan diri sendiri tanpa gajet.

2. Sensory seeking yang pelik untuk umur 5 tahun - jilat gam, jilat bakul sampah, jilat watercolour.

3. Tak ada kesabaran, tak boleh tunggu giliran, tak reti nak take turn.

4. 5 tahun tapi speech masih sepatah-sepatah.

5. Tak faham arahan, tak dengar arahan, tak boleh proses arahan, walaupun arahan mudah.

6. Tak boleh fokus untuk buat apa pun, semua nak cepat siap.

7. 5 tahun masih tak pandai nak makan sendiri, tak pandai urus diri.

8. 5 tahun masih berpampers.

9. Tak tahu bezakan barang kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.

10. Tak kenal bahaya.

11 Tak kenal diri sendiri bila nama dipanggil. Berpaling cuma bila dipanggil dengan panggilan “abang/ kakak/ adik” atau nama pendek yang mak selalu panggil kat rumah.

12. Tak ada awareness tentang sekeliling, kalau nak berjalan, rasa nak langgar orang, langgar je.

13. Tak aware tentang perasaan orang lain, lack of emphaty. Kalau terlanggar orang, so? Tak tahu nak buat apa.

14. Fine motor skills sangat lemah, jari jemari jadi keras, mungkin effect dr gadget yg lama.

15. Tak hormat orang yg lebih dewasa, kalau rasa nak pukul cikgu, pukul je. Tak ada rasa takut atau tahu itu perbuatan salah.

16. Terkejut kami minggu pertama sekolah, datang sekolah dengan “hoi!”. Semua cikgu di “hoi” kan dia.

17. Cara bermain yang membuli, pijak orang, sepak orang, lempang orang, macam adegan dalam youtube.

18. Banyak buat aksi stunt, panjat almari terjun, panjat meja terjun, panjat slide terjun ke bawah. Waaaa tak de rasa takut, cikgu yang takut awak terseliuh kaki.

19. Perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh budak tadika mcm “bab*”, dan carutan2 yang lain.

20. Paling terkesan “nanti dah besar sy nak hisap v**e mcm ayah”.

Yang lebih merisaukan tentang perkara ini ialah kesemua anak-anak ini adalah anak-anak normal, bukan autistik atau ada masalah pembelajaran lain.

Teringat baru-baru ni borak dengan rakan pasal geran Social Entrepreneur. Antara yang "seksi" pada mata pemberi geran katanya adalah perusahaan berkaitan pembelajaran. Nak mengatasi masalah penguasaan 3M (Membaca, Mengira, Menulis) di kalangan pelajar sekolah rendah yang sangat-sangat rendah.

Kalau tak silap sayalah, kalau tak silap petik eh, 43% pelajar sekolah rendah hari ini berada di bawah par dalam penguasaan 3M.

Yang di sekolah rendah dengar begini.
Yang di tadika dengar benda begitu p**a.

Risau betul untuk generasi akan datang ni.

Dalam kita tengah berfikir dan berkira macam mana nak tarik lebih ramai ke arah STEM, menarik lebih ramai kepada jurusan profesional, rupanya masalah yang lebih asas sedang berlaku pada generasi anak-anak.

Sumber : Mohamad Jamalee

*** Gambar sekadar hiasan

12/08/2025

Kenapa anak tak takut membuli? Sebab ada mak ayah yang selalu backup dia sejak kecil walau dia yang salah. Ini ciri-ciri lain yang buatkan anak tak takut buat salah.

1. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵
"𝘛𝘢𝘬 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘬 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘶𝘢𝘵."

Terus marah cikgu, pengasuh, kawan anak tanpa siasat.
-Anak belajar: “𝐴𝑝𝑎 𝑎𝑘𝑢 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑝𝑢𝑛, 𝑚𝑎𝑘 𝑎𝑦𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑐𝑘𝑢𝑝 𝑎𝑘𝑢.”

𝟮. 𝗥𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗻𝗮𝗸 ‘𝗸𝗲𝗯𝗮𝗹’ 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮
Contoh: mak ayah berpangkat, dikenali, kaya.

Anak rasa “orang tak boleh sentuh aku”.
Jadi berani buli atau melawan autoriti (guru, Polis, cikgu KAFA).

𝟯. 𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸
Apa anak buat, semuanya dianggap “biasalah budak-budak”.

𝟰. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿
Bila ada aduan, terus tutup cerita.
Tak nak pening, tak nak "malukan keluarga".

𝟱. 𝗦𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸
Contoh: marah cikgu, pengasuh, kawan anak depan anak sendiri.
Anak rasa kuasa tertinggi ialah mak ayah dia, bukan undang-undang atau adab.

𝟲. 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 ‘𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹’ 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵
Segalanya dituruti. Tak boleh dimarahi, tak boleh ditegur.
Bila di luar, anak jadi “semua orang kena ikut aku.”

𝟳. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻
“𝐷𝑖𝑎 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑚𝑎𝑐𝑎𝑚 𝑡𝑢 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑘𝑎𝑤𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑗𝑎𝑟…”
“𝐴𝑛𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑛𝑦𝑎, 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑗𝑒 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑗𝑎ℎ𝑎𝑡…”
Anak belajar: salah aku pun, orang lain akan dipersalahkan.



Hentikan tabiat membuli anak orang 🖐🏻

Kredit : Momo House

22/07/2025

TIPS PENTING IBU AYAH

1) Jangan makan maggi depan anak.

2) Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. 😆 Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan p**ak. Sekat apa yang boleh sekat.

3) Letak pen, pensel, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah.

4) Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, pnyebab anak tantrum pun iya jugak gula ni.

5) Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap "Babai, ummi nak mandi j*p. Tunggu kej*p ok" Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu.

6) Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan.

7) Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat DIY ada jual.

8.) Tv kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet tv tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee) 😅

9) Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang2). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan?

10) Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe

Kbai. Semoga bermanfaat.

Nak bagi si kecik bijaksana bakal ustaz ni tidur.

Kredit : Icha Abd Razak

13/07/2025

Jangan Didik Anak Dengan Telefon Bimbit

Sikit-sikit bagi telefon…

Anak menangis, terus hulur telefon.

Anak meragam, terus buka YouTube.

Lama-lama, anak dah tak perlukan ayah dan ibu…
Yang dia perlukan cuma handphone dan internet.

Jangan biarkan diri kita jadi hamba kepada kehendak anak.
Biarkan anak menangis – asalkan bukan kita yang akhirnya menangis menyesal.

Ajarlah anak untuk minta sesuatu dengan cara yang baik.
Gunakan perkataan "tolong" dan "terima kasih."
Kalau dari kecil dia sudah biasa minta dengan paksaan, jangan pelik kalau bila besar nanti, permintaannya makin besar dan makin menyusahkan kita.

Saya pernah dinasihati oleh seorang pakar psikologi kanak-kanak:

> “Kalau anak menangis, jangan sekali-kali tenangkan dia dengan telefon bimbit — walaupun sekadar tunjukkan video atau beri pegang-pegang saja.”

Walaupun video itu berunsur agama sekalipun, lebih baik guna audio speaker saja.
Kalau anak menangis, peluk dia. Gendong dia.
Tunjukkan langit, burung, daun, pokok – bawa dia kenal dunia sebenar.

Jangan biasakan anak dengan dunia maya.
Internet sekarang terlalu mudah diakses.
Dalam diam, mereka boleh terdedah kepada kandungan lucah,
pemikiran liberal yang melampau,
malah ideologi atheisme yang menolak agama.

Benar…
Bukan semua kandungan dalam telefon itu buruk.
Tetapi tak semua orang mampu kawal apa yang ditonton anak.
Tak semua orang pandai tapis aplikasi dan laman web.

Ingat!
Anak ibarat gelas kosong…
Kalau kita tak isi dengan nilai dan ajaran yang baik,
orang lain dan persekitaran akan isi ikut cara mereka.

Semoga kita semua jadi ibu bapa yang bijak dan bertanggungjawab.

Semoga bermanfaat 💚🤗

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No. 1 Jalan Pahlawan 15/3, Seksyen 3, Bandar Mahkota Cheras
Kajang
43600

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30