13/05/2026
Pasti Aisyah Bestari
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM
AISYAH BESTARI,
BANGI AVENUE.
13/05/2026
16/04/2026
🔥 Tak Ada “Team Kebal” di Bangi — Setiap Tahun Juara Berbeza!🔥
Kalau ada yang masih fikir satu pasukan “confirm menang” dalam BSBJ Bangi… mungkin dah lama tak tengok perkembangan semasa.
Realitinya?
👉 Setiap tahun, juara bertukar tangan.
👉 Setiap acara, ada 4–8 pasukan yang sama kuat.
👉 Setiap perlawanan… boleh jadi kejutan.
Inilah wajah sebenar PASTI Kawasan Bangi. Medan yang benar-benar hidup dengan persaingan sihat.
---
⚽ Rekod Juara Bola Sepak
2019 – PASTI Al-Ehsan
2022 – PASTI Nurul Iman
2023 – PASTI Siti Sarah
2024 – PASTI Aisyah Bestari
2025 – PASTI Genius Mukmin
➡️ 5 edisi, 5 juara berbeza.
Dominasi? Hampir tiada.
---
🏐 Rekod Juara Bola Jaring
2019 – PASTI Al-Ehsan
2022 – PASTI Abqori
2023 – PASTI Abqori
2024 – PASTI Siti Sarah
2025 – PASTI Al-Ehsan
➡️ Ada pasukan yang konsisten, tapi tetap… tak ada siapa boleh selesa terlalu lama.
---
💥 Inilah uniknya Bangi:
Bukan soal siapa paling kuat,
tetapi siapa paling bersedia, berdisiplin & berpasukan pada hari kejohanan.
Hari ini mungkin kita tewas,
esok… kita p**a yang angkat piala.
---
✨ Inilah semangat sebenar sukan PASTI. Membina keberanian, ukhuwwah & jatidiri anak-anak sejak kecil.
Menang itu bonus.
Yang utama… membina generasi yang kuat jiwa dan akhlaknya.
---
📌 Kepada semua cawangan:
Teruskan berlatih.
Teruskan mendidik.
Kerana di Bangi…
🏆 SEMUA ADA PELUANG JADI JUARA.
04/01/2026
LENSA OPEN DAY
PASTI AISYAH BESTARI 2026
Alhamdulillah, Open Day PASTI Aisyah Bestari 2026 telah berlangsung dengan lancar pada 01 & 03 Januari 2026 🤍
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir mendaftar serta anak-anak yang hadir dengan wajah ceria dan penuh keterujaan untuk memulakan alam persekolahan.
Semoga anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan baik dan melalui hari pertama persekolahan nanti dengan gembira dan yakin 🌈✨
09/12/2025
Pohon kelapa tegak berdiri,
Daunnya melambai ditiup bayu.
Hari ini tamat sudah mengaji,
Ilmu digenggam pembuka maju.
Maka dengan itu selesai sudah majlis MAP PASTI AISYAH BESTARI untuk tahun 2025. Terima kasih buat semua yang terlibat. Moga anak-anak pasti terus berjaya di mana sahaja.
06/10/2025
Alhamdulillah selesai sudah Fun Run kita untuk tahun 2025 ini. (05/10/25)
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan larian Fun Run kemarin dengan penuh semangat, keceriaan, dan kesukanan!
Aktiviti ini bukan sahaja menyatukan kita dalam suasana yang penuh energi dan positif, tetapi juga mencerminkan komitmen kita terhadap gaya hidup sihat dan nilai kekitaan yang tinggi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat — YB, sukarelawan, pengurus, guru-guru serta para peserta yang menjadikan acara ini bukan sekadar satu larian, tetapi satu kenangan bermakna yang mengukir senyuman dan inspirasi.
Tidak lupa juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah memberi kerjasama yang baik pada hari tersebut.
Mohon maaf atas kelemahan yang kami ada, sehingga kita berjumpa lagi🤗
09/07/2025
"Disiplin dalam raptai, kejuaraan dalam genggaman!"
Minggu dimana latihan sukaneka berlangsung💪
🌸JAWATAN KOSONG🌸
GURU TADIKA(PASTI) DIPERLUKAN SEGERA DI BANGI AVENUE
Terbuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut :-
✏️ Mempunyai Sijil SPM / STPM / STAM / Diploma / Ijazah
✏️ Boleh membaca al Quran
✏️ Mempunyai minat dalam mendidik anak-anak atas usaha dakwah untuk mendapat pahala berterusan (Ilmu yang Bermanfaat)
✏️ Berdisiplin, menepati masa, penyayang dan sukakan kanak-kanak.
✏️ Semangat berpasukan dan bekerjasama
🔎Boleh mula bekerja SEGERA!!!!
🔎Boleh bekerja tetap dalam tempoh yang lama
🔎Rakan dan persekitaran kerja yang sangat seronok in shaa Allah
Mohon memperkenalkan sedikit latar belakang seperti, nama, umur, asal/tempat tinggal dan latar belakang pendidikan. Terima kasih.
Hubungi segera;
Puan Norlela
+6010-216 7816
Puan Noreha
+6019-2795006
Puan Nooraini
+6018-6622156
PASTI AISYAH BESTARI ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan buat kita semua✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
NO 1, Jalan BANGI Avenue 6/9, BANGI AVENUE
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 18:00 |
| Tuesday | 08:00 - 18:00 |
| Wednesday | 08:00 - 18:00 |
| Thursday | 08:00 - 18:00 |
| Friday | 08:00 - 18:00 |