GMI Mechanical Engineering

Call Directions Website Contact the school

GMI Mechanical Engineering Offering Diploma in Engineering Technology

https://www.gmi.edu.my/diploma-programmes/ (Mechanical Engineering)

Diploma in Engineering Technology programmes:
1) Industrial Design
2) Product Design & Manufacturing
3) CNC Precision Technology
4) Sheet Metal Fabrication & Product Development
5) Mould Technology
6) Tool & Die Technology
7) Machine Tools Maintenance
8) Manufacturing System
9) Industrial Quality Management

ME Club Industrial Exposure Visit – ENGINEER & MARVEX 2026On 22 September 2026, the Mechanical Engineering Club, German-...
24/09/2026

ME Club Industrial Exposure Visit – ENGINEER & MARVEX 2026

On 22 September 2026, the Mechanical Engineering Club, German-Malaysian Institute organised an industrial exposure visit to ENGINEER & MARVEX 2026 at Kuala Lumpur Convention Centre.

Students had the opportunity to explore various engineering technologies, industry innovations, and real-world applications.

They also visited the Institution of Engineers Malaysia and Board of Engineers Malaysia booths to seek consultation and gain insights into professional engineering pathways and career opportunities.

A valuable experience for our students to learn, explore, and connect with the engineering industry.

Congratulation to MED student and ME Club
21/08/2026

Congratulation to MED student and ME Club

Public survey Bachelor in Digital Mechanical Engineering Collaboration with Degree from German University Applied Scienc...
21/08/2026

Public survey Bachelor in Digital Mechanical Engineering Collaboration with Degree from German University Applied Science

This survey is introduced to identify the general feedback from the public on a new proposed degree program, Bachelor in Digital Mechanical Engineering (BDME). This program is plan to be conducted by GMI with collaboration from a German University of Applied Science. BDME is an interdisciplinary eng...

"Saya Tak Sangka... Sampai General Manager Datang Sendiri Mencari Pelajar."Bukan HR.Bukan Recruiter.Bukan pegawai pengam...
03/07/2026

"Saya Tak Sangka... Sampai General Manager Datang Sendiri Mencari Pelajar."

Bukan HR.
Bukan Recruiter.
Bukan pegawai pengambilan pekerja.
Tetapi General Manager sendiri.

Ya, ini benar-benar berlaku.
Beberapa bulan lalu pada tahun 2026, seorang General Manager daripada sebuah syarikat pembuatan komponen plastik automotif datang sendiri ke Mechanical Engineering Department (MED), German-Malaysian Institute (GMI).

Tujuannya hanya satu...
Mencari pelajar yang mempunyai kemahiran dalam teknologi “Plastic Injection Molding”.

Ketika itu saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu apa yang sedang berlaku.
Ini bukan kali pertama.
Sebelum ini juga beberapa syarikat pernah datang ke GMI untuk mencari pelajar. Bezanya, kebiasaannya mereka menghantar wakil daripada Jabatan Human Resource atau Production.

Tetapi kali ini...
General Manager sendiri turun padang.
Itulah gambaran betapa seriusnya industri hari ini dalam mencari tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam Plastic Injection Molding.
______________
Ramai yang masih menganggap bidang ini "biasa-biasa".
Hakikatnya...
Permintaan industri jauh lebih tinggi daripada jumlah graduan yang ada.

Malaysia masih merupakan antara negara yang mempunyai industri pembuatan komponen plastik yang sangat kukuh.

Bukan sekadar menghasilkan baldi, bekas makanan atau barangan keperluan harian seperti yang sering dibayangkan.
Sebaliknya, ribuan komponen plastik berketepatan tinggi dihasilkan setiap hari untuk pelbagai industri seperti:

✅ Automotif
✅ Elektrik & Elektronik (E&E)
✅ Perubatan (Medical Devices)
✅ Pembinaan
✅ Produk pengguna dan pelbagai sektor teknologi tinggi.

Di sebalik setiap komponen tersebut, terdapat satu teknologi yang menjadi nadi utama pengeluarannya...
Plastic Injection Molding.
______________
Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri.
Dari tahun 2023 hingga 2025, saya diberi peluang berkhidmat sebagai Molding Manager dan Human Development Manager di sebuah syarikat pembuatan komponen plastik automotif terkenal di Malaysia.

Percayalah...
Antara perkara yang paling sukar ketika itu bagi saya ialah...
Mencari tenaga kerja baru (apprentice) yang mempunyai asas dalam Plastic Injection Molding.

Kami ketika itu benar-benar memerlukan graduan yang mempunyai kemahiran asas supaya mereka boleh dibimbing menjadi jurutera, juruteknik atau penyelia pengeluaran.
Malangnya, jumlah mereka terlalu sedikit.
Malah, ramai pelajar telah "dibooking" oleh syarikat lain sebelum mereka menamatkan pengajian lagi melalui latihan industri.
Kami pernah cuba mendapatkan graduan daripada institusi lain.

Namun realitinya...
Memang sukar.
______________
Kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya mudah.
Di Malaysia, tidak banyak institusi pengajian yang menawarkan program dengan silibus teknikal dalam Plastic Injection Molding.
Sebab utama lain adalah Bilangan pelajar p**a terhad.

Dalam masa yang sama, permintaan industri terus meningkat setiap tahun.
Akibatnya...
Graduan dalam bidang ini menjadi rebutan.
Mungkin masih ramai ibu bapa dan pelajar tidak mengetahui hakikat ini.

Mungkin juga ramai memilih kursus hanya kerana mengikut kawan atau kerana kursus tersebut lebih pop**ar.
Sedangkan ada bidang yang boleh jadi kurang dikenali tetapi peluang pekerjaannya jauh lebih cerah.
______________
Hari ini saya bersyukur kerana diberi peluang kembali berkhidmat sebagai tenaga pengajar di German-Malaysian Institute (GMI).

Di sini, saya mengajar dalam program Diploma in Precision Tooling Engineering Technology, diamana satu – satunya program yang mempunyai silibus berkaitan Plastic Injection Molding di GMI.

Apa yang paling saya banggakan ialah kami bukan sekadar mengajar teori.
Para pelajar didedahkan kepada mesin sebenar, proses sebenar dan amalan sebenar industri.
Ada tenaga pengajar kami juga pernah bekerja bertahun-tahun dalam industri sebelum menjadi pensyarah, malah masih aktif memberikan latihan profesional kepada syarikat-syarikat di seluruh negara.

Matlamat kami bukan sekadar melahirkan graduan.
Tetapi melahirkan graduan yang terus diperlukan oleh industri.
______________
Jadi, jika anda seorang ibu bapa yang sedang membantu anak memilih haluan selepas tamat sekolah...

Atau anda sendiri masih tertanya-tanya kursus apakah yang benar-benar mempunyai prospek kerjaya yang baik...
Saya ingin mengajak anda melihat bidang ini dengan lebih dekat.

Kadangkala peluang terbaik bukan berada pada bidang yang paling pop**ar.
Tetapi pada bidang yang industri sedang mencari setiap hari.

Dan apabila seorang General Manager sanggup datang sendiri mencari pelajar, saya percaya itu sudah cukup menjadi bukti bahawa permintaan terhadap graduan dalam bidang ini benar-benar wujud.

📌 Pengambilan Kedua (Second Intake) GMI kini dibuka sehingga 23 Julai 2026 (*rujuk poster).

Sekiranya berminat, anda boleh membuat permohonan melalui pautan atau kod QR yang tertera pada poster.

Mungkin keputusan yang anda buat hari ini akan menentukan kerjaya yang menjadi rebutan industri pada masa hadapan.

Ikhlas: Raja Azlan (Pegawai Latihan Teknikal GMI)

26/05/2026

23/05/2026

23.5.2026 | Great experience today with the Mechanical Engineering Club at METALTECH & AUTOMEX 2026! ⚙️

A lot of new technologies, machines, and industrial innovations to explore. Really an eye-opening and exciting visit for us as engineering students.

Thank you for the opportunity and memories! 🚀

23.5.2026 | Great experience today with the Mechanical Engineering Club at METALTECH & AUTOMEX 2026! ⚙️A lot of new tech...
23/05/2026

23.5.2026 | Great experience today with the Mechanical Engineering Club at METALTECH & AUTOMEX 2026! ⚙️

A lot of new technologies, machines, and industrial innovations to explore. Really an eye-opening and exciting visit for us as engineering students.

Thank you for the opportunity and memories! 🚀

20/05/2026

Address

Mechanical Engineering Department, German-Malaysian Institute, Jalan Ilmiah, Taman Universiti
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GMI Mechanical Engineering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GMI Mechanical Engineering:

Shortcuts

Share