09/06/2026
Jawab baik-baik ye anak-anak.
Moga terang hati semua
Tadika Kalam Bistari Ceria Kami membawa misi dan visi dari Falsafah Penddikan Malaysia menerusi tambahnilai Akademik.Ko Kurukulum dan Modal Insan.
Tadika berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah unit swasta:No pendaftaran B5A4101 dan B5A4445
Menggunakan modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.Tenaga pengajar bertauliah dari Kementerian Pendidikan.
09/06/2026
Jawab baik-baik ye anak-anak.
Moga terang hati semua
Ujian Pentaksiran Semester 1 TKBC 2026
Moga anak-anak diterangkan hati Amin.
Selamat menjawab soalan dengan baik semua
08/06/2026
Cuti sekolah
Sambutan Hari Guru
Persembahan murid-murid TKBC
27/05/2026
Tema : Hari Raya aidiladha
Menampal kapas pada badan kambing biri-biri
Simulasi Haji Cilik TKBC Setia Ecohill
Ibadah haji cilik
Tkbc Taman Reko Mutiara
Simulasi Ibadah korban oleh anak-anak Tkbc Setia Ecohill
Mendapat pengalaman baru
27/05/2026
Ibadah qurban mempunyai sejarah yang sangat panjang dalam Islam dan berkait rapat dengan kisah ketaatan Nabi Ibrahim A.S. serta anak baginda, Nabi Ismail A.S.
Menurut ajaran Islam, Nabi Ibrahim A.S. mendapat perintah daripada Allah SWT melalui mimpi supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S.. Walaupun perintah itu sangat berat, Nabi Ibrahim A.S. tetap taat kepada Allah SWT. Nabi Ismail A.S. juga reda dan sanggup menerima perintah tersebut sebagai tanda ketaatan kepada Allah.
Ketika Nabi Ibrahim A.S. bersedia untuk melaksanakan penyembelihan itu, Allah SWT menggantikan Nabi Ismail A.S. dengan seekor kibas sebagai tanda rahmat dan ganjaran atas keimanan serta pengorbanan mereka. Peristiwa ini menjadi simbol ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan dalam Islam.
Sejak itu, ibadah qurban disyariatkan kepada umat Islam dan dilakukan setiap tahun pada 10 Zulhijjah serta hari-hari Tasyrik sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Umat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing atau unta, kemudian dagingnya diagihkan kepada keluarga, jiran dan golongan yang memerlukan.
Ibadah qurban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi juga mengajar nilai:
Ketaatan kepada Allah SWT
Keikhlasan dalam beribadah
Semangat berkongsi rezeki
Pengorbanan demi agama dan masyarakat
Peristiwa ini turut disebut dalam Al-Quran, antaranya dalam Surah As-Saffat ayat 102 hingga 107.
24/05/2026
Terima kasih ibubapa , teaher dan anak-anak dengan ingatan tulus ikhlasa bagi teacher hadiah hari guru. Moga bertambah2 rezeki selalu Amin.
| Monday | 07:00 - 18:00 |
| Tuesday | 07:00 - 18:00 |
| Wednesday | 07:00 - 18:00 |
| Thursday | 07:00 - 18:00 |
| Friday | 07:00 - 18:00 |