Taska Anakku Fitrah Page

Taska Anakku Fitrah Page

Share

Pusat Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak Berdaftar dan Eksklusif. WA www.wasap.my/60163817684

11/03/2022

04/03/2022

Jom tukar beri anak snek daripada yang kurang nutrien kepada yang lebih tinggi nutrien️!

Kebiasaannya ibu bapa cenderung memberi snek kegemaran anak-anak yang biasanya terdiri daripada makanan ringan yang sangat sedikit kandungan nutriennya seperti gula-gula, keropok, aiskrim, biskut berkrim berwarna dan seumpamanya.

Apa kata anda boleh mula mengubah snek sebegini kepada snek yang lebih tinggi nutrien yang sudah pasti BERKHASIAT untuk anak anda..

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka







01/03/2022

Hari Israk & Mikraj 1443H

Photos from Taska Anakku Fitrah Page's post 01/03/2022

LAWATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN SESI 2022

Lawatan pertama pada 25 Januari 2022 bersama pihak Pergigian Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Terima kasih di atas perkhidmatan Nurse & Doctor yang sangat friendly dengan anak-anak TAF :) Terima kasih juga di atas khidmat nasihat tentang penjagaan gigi untuk seawal usia anak-anak TAF 🥰

02/02/2022

Aamiin aamiin aamiin YRA 🤲

29/10/2021

SETIAP hari anak anda terdedah kepada pelbagai jenis virus dan bakteria yang berbahaya serta boleh membawa maut.

Sebagai bayi atau kanak-kanak, sistem imun mereka belum cukup matang untuk melawan dan melindungi mereka daripada virus berbahaya ini.

Selain menjaga kebersihan dan memberi susu ibu, imunisasi penting untuk menguatkan sistem imun dan memberi perlindungan terbaik.

Bagi memastikan setiap bayi dan kanak-kanak dilindungi daripada penyakit berjangkit, Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan vaksin kepada semua kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Untuk Bayi dan Kanak-kanak sejak tahun 1950-an.

Pelbagai jenis vaksin ditawarkan seperti hepatitis B, campak, polio, tuberkulosis dan banyak lagi yang boleh diambil selepas lahir sehingga berumur 15 tahun.

Vaksin terbukti mampu melindungi anak daripada penyakit berjangkit yang boleh membawa maut apabila small pox (cacar) berjaya dibasmi pada tahun 1980 dan Malaysia mencapai eradikasi poliomyelitis pada Oktober 2000.

Semua kanak-kanak perlu divaksin, namun ada segelintir yang tidak boleh divaksin seperti yang sedang menerima rawatan kanser, steroid atau rawatan yang melemahkan sistem imun badan.

Selain itu, kanak-kanak yang pernah mengalami tindak balas atau kesan sampingan serius selepas menerima suntikan tertentu juga tidak boleh divaksin.

Bagaimanapun, berbincanglah bersama doktor pakar yang merawat anak anda dan minta saranan mengenai kesesuaian mereka menerima vaksin sekiranya mereka mempunyai masalah perubatan.

Program pemberian vaksin tetap berjalan mengikut tarikh dan masa janji temu yang ditetapkan seperti biasa walaupun ketika pandemik COVID-19 melanda.

Namun, ibu bapa perlu mengikut norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM.

Berikut adalah cara pemberian vaksin mengikut norma baharu dan apa yang anda perlu tahu sebelum menuju ke fasiliti pemberian vaksin bagi mendapatkan imunisasi untuk anak anda.

Sebelum ke klinik bagi mendapatkan imunisasi, pastikan:

Buat janji temu.
Bawa buku rekod kesihatan anak.
Bawa pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.
Jangan pakaikan pelitup muka kepada anak yang berusia bawah dua tahun untuk mengelak daripada sesak nafas.
Tutup kereta sorong anak anda dengan plastik atau kain.
Jika mendukung anak, pastikan badan anak kekal rapat dengan anda.

Semasa mendapatkan imunisasi p**a, pastikan:

Pakai pelitup muka.
Daftar maklumat, imbas MySejahtera, ambil suhu dan guna cecair pembasmi kuman sebelum masuk.
Buat saringan kesihatan di kaunter triaj.
Patuhi jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
Hanya seorang peneman dibenarkan masuk ke dalam bilik suntikan.
Klinik akan mengasingkan kanak-kanak yang sakit daripada kanak-kanak yang sihat.
Patuhi SOP yang ditetapkan klinik.

Selepas mendapatkan imunisasi, pastikan anda menggunakan cecair pembasmi kuman apabila keluar daripada klinik.

Dapatkan janji temu imunisasi berikutnya dari kaunter klinik dan terus p**ang serta elakkan daripada berkeliaran di kawasan klinik tanpa tujuan.

KKM turut menyarankan ibu bapa untuk tetap mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Anda juga disarankan untuk menjauhi 3S iaitu kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

Photos from Rahmat Sumud Nusantara's post 16/01/2021
Photos from Taska Anakku Fitrah Page's post 23/09/2020

Rancang percutian anda tahun depan.

31/08/2020

Seronok lihat telatah kanak-kanak ini☺

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00