Ustaz Asraff Al-Hafiz - infaq Quran

Ustaz Asraff Al-Hafiz - infaq Quran a place where u can shop and spread the greatness to other people.

[26.8.26] BILA AL-QURAN DIGUNA SETIAP HARI, KESELESAAN ITU PENTING [100 NASKHAH]Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,Alhamd...
09/09/2026

[26.8.26] BILA AL-QURAN DIGUNA SETIAP HARI, KESELESAAN ITU PENTING [100 NASKHAH]
Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,
Alhamdulillah, 100 naskhah al-Quran hasil infaq tuan puan kini telah berada di tangan para pelajar di SK Lendu, Alor Gajah Melaka pada 26 Ogos 2026 (Rabu).
Cuba bayangkan memegang dan membaca buku yang sama setiap hari. Bukan 10 atau 20 minit sahaja. Tetapi berulang kali untuk membaca, menghafaz, murajaah dan mengikuti pengajian bersama guru.
Begitulah rutin sebahagian pelajar yang sedang mendalami al-Quran.
Sebab itu bagi mereka, sebuah al-Quran bukan sekadar perlu “ada”. Ia perlu selesa untuk digunakan.
Tulisan yang jelas memudahkan mata mengikuti ayat. Susunan yang kemas membantu mereka ketika membaca dan mengulang hafazan. Mushaf yang baik p**a lebih menyenangkan untuk digunakan berulang kali dalam sesi pengajian.
Perkara ini mungkin nampak kecil bagi kita. Tetapi bagi pelajar yang membuka al-Quran hampir setiap hari, perkara kecil seperti inilah yang boleh menjadikan proses belajar lebih selesa.
Sebab itulah kami mengambil berat tentang al-Quran yang disediakan melalui infaq tuan puan.
Kami mahu apabila ia sampai ke tangan pelajar, mereka bukan sekadar menerima sebuah naskhah baharu. Tetapi menerima sebuah al-Quran yang benar-benar boleh digunakan dengan selesa untuk belajar.
Hari ini mereka membacanya. Esok mungkin digunakan untuk hafazan. Lusa dibuka lagi untuk murajaah.
Dan begitulah ia akan terus menemani rutin pembelajaran mereka, insya-Allah.
Terima kasih para penginfaq kerana membantu menyediakan sesuatu yang sangat dekat dengan kehidupan harian mereka.
Semoga setiap naskhah ini memudahkan para pelajar membaca, menghafaz dan mempelajari kalam Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan buat semua yang membantu. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran yang baik dan selesa digunakan untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[25.8.26] MUNGKIN KITA TAK SEMPAT KHATAM BANYAK KALI [150 NASKHAH]Tuan puan yang budiman,Alhamdulillah, 150 naskhah al-Q...
08/09/2026

[25.8.26] MUNGKIN KITA TAK SEMPAT KHATAM BANYAK KALI [150 NASKHAH]
Tuan puan yang budiman,
Alhamdulillah, 150 naskhah al-Quran hasil infaq tuan puan telah selamat disampaikan pada 25 Ogos 2026 (Selasa) kepada para pelajar Pusat Pengajian Darul Huffaz, S*k Kedah dan kini digunakan dalam pengajian mereka.
Dalam hati, mungkin ramai antara kita pernah berniat…

“Nanti bila ada masa, aku nak baca al-Quran lebih banyak.”

“Nak cuba khatam lagi.”

“Nak lebih banyak luangkan masa dengan al-Quran.”
Tetapi kehidupan berjalan begitu pantas. Ada pekerjaan yang perlu diselesaikan. Ada keluarga yang perlu diuruskan. Ada tanggungjawab yang tidak pernah habis.
Hari berganti minggu. Minggu berganti tahun. Dan kita sendiri tidak tahu berapa banyak lagi masa yang Allah SWT pinjamkan kepada kita.
Mungkin kita tidak sempat membaca dan mengkhatamkan al-Quran sebanyak yang kita impikan.
Tetapi masih ada satu perkara yang boleh kita usahakan…
Membantu supaya al-Quran terus dibaca oleh orang lain.
Ada yang membacanya setiap hari. Ada yang mengulang ayat untuk hafazan. Ada yang membetulkan tajwid bersama guru. Dan selepas mereka, mungkin naskhah yang sama akan digunakan p**a oleh pelajar yang datang kemudian.
Bayangkan sebuah al-Quran yang kita bantu sediakan hari ini terus dibuka, dibaca dan dipelajari berkali-kali.
Kita mungkin tidak mengenali siapa yang memegangnya. Kita mungkin tidak pernah mendengar bacaan mereka. Tetapi kita pernah menjadi salah satu asbab al-Quran itu sampai ke tangan mereka.
Sementara Allah SWT masih memberikan kita kesempatan, mudah-mudahan ada sebahagian daripada rezeki kita yang sempat ditinggalkan untuk membantu orang lain terus membaca kalam-Nya.
Terima kasih para penginfaq yang tidak jemu meneruskan rantaian kebaikan ini.
Ya Allah, panjangkanlah usia kami dalam ketaatan, dekatkan hati kami dengan al-Quran dan jadikanlah setiap bantuan yang diberikan sebagai amal yang Engkau terima dan berkati. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[23.8.26] AHLI AL-QURAN TIDAK LAHIR DALAM SEHARI [100 NASKHAH]Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,Alhamdulillah, pada 23 O...
07/09/2026

[23.8.26] AHLI AL-QURAN TIDAK LAHIR DALAM SEHARI [100 NASKHAH]
Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,
Alhamdulillah, pada 23 Ogos 2026 (Sabtu), sebanyak 100 naskhah al-Quran hasil infaq tuan puan telah selamat disampaikan dan kini digunakan oleh para pelajar di Madrasah Tahfiz Deeniyat Lil Ummah, Bangi Selangor dalam sesi pengajian mereka.
Kita mungkin melihat seorang hafiz membaca al-Quran dengan begitu lancar, lalu kagum dengan hafazannya.
Tetapi kita jarang melihat perjalanan panjang di belakangnya.
Berapa kali ayat yang sama perlu diulang. Berapa kali bacaan ditegur guru. Berapa kali terlupa, lalu menghafal semula. Dan berapa banyak masa yang dihabiskan bersama al-Quran.
Ahli al-Quran tidak terbentuk dalam sehari. Ia bermula dengan satu ayat. Kemudian satu muka surat.
Hari demi hari, sedikit demi sedikit, al-Quran mula menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Mungkin hari ini mereka baru belajar memperelok bacaan. Ada yang sedang bertatih menghafal. Ada yang masih berjuang mengulang ayat yang sering terlupa.
Tetapi jangan kita pandang kecil permulaan ini. Kerana perjalanan menjadi insan yang dekat dan sentiasa berdamping dengan al-Quran memang bermula daripada langkah-langkah kecil seperti ini.
Sebab itu apabila kita menyediakan sebuah al-Quran untuk mereka, kita bukan sekadar memberikan sebuah mushaf.
Kita sedang membantu menyediakan salah satu keperluan untuk mereka terus membaca, mengulang, menghafal dan belajar daripada guru.
Kita mungkin tidak sempat melihat sejauh mana perjalanan mereka nanti. Namun mudah-mudahan, antara anak-anak yang sedang memegang al-Quran ini, Allah SWT memilih sebahagian daripada mereka menjadi insan yang hidupnya sentiasa bersama al-Quran.
Terima kasih para penginfaq kerana menjadi sebahagian daripada permulaan perjalanan mereka.
Semoga Allah SWT menjadikan anak-anak ini dalam kalangan ahli al-Quran, istiqamah mempelajari dan mengamalkannya, serta memberkati setiap penginfaq yang membantu mereka mendekati kalam-Nya. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[26.8.26] PERJUANGAN AGAMA TAK BOLEH TERHENTI [100 NASKHAH]Tuan puan yang budiman,Alhamdulillah, pada 26 Ogos 2026, seba...
06/09/2026

[26.8.26] PERJUANGAN AGAMA TAK BOLEH TERHENTI [100 NASKHAH]
Tuan puan yang budiman,
Alhamdulillah, pada 26 Ogos 2026, sebanyak 100 naskhah al-Quran yang anda infaqkan telah selamat disampaikan dan kini digunakan oleh para pelajar di Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh Pahang dalam pengajian mereka.
Apabila kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, kita akan bertemu dengan nama-nama insan hebat yang sentiasa berada di sisi Baginda.
Abu Bakar RA, Umar RA, Uthman RA, Ali RA dan ramai lagi para sahabat. Mereka belajar daripada Rasulullah SAW, memahami agama, mempertahankan kebenaran dan kemudian menyampaikan ilmu yang diterima kepada generasi selepas mereka.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, usaha menyebarkan Islam tidak terhenti. Ada insan-insan berilmu yang meneruskannya.
Sebab itulah setiap generasi memerlukan orang yang sanggup belajar agama agar ilmu itu dapat terus disampaikan.
Hari ini mereka masih bergelar pelajar. Mereka duduk bersama guru, membaca al-Quran, memperbaiki bacaan, menghafal dan mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit. Kita tidak tahu siapa mereka 10 atau 20 tahun akan datang.
Mungkin daripada kalangan mereka ada yang menjadi ustaz, imam, guru, pendakwah atau insan berilmu yang mengajak masyarakat kembali mendekati Allah SWT. Mungkin ada yang mengajar seorang anak membaca al-Quran. Ada yang menyampaikan ilmu di masjid. Ada p**a yang membimbing keluarga dan masyarakat dengan ilmu yang dipelajarinya.
Semuanya perlu bermula dengan satu perkara iaitu mereka sendiri perlu belajar terlebih dahulu.
Terima kasih para penginfaq kerana membantu menyediakan al-Quran untuk perjalanan ilmu generasi ini. Mudah-mudahan daripada usaha kecil kita hari ini, Allah SWT lahirkan insan-insan yang istiqamah membawa dan menyampaikan agama kepada generasi seterusnya.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak ini generasi yang mencintai al-Quran, berilmu dan ikhlas berkhidmat untuk agama-Mu. Berkatilah para guru dan setiap penginfaq yang membantu perjalanan mereka. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[27.8.26] ADA ‘RAHSIA’ DI MUKA PERTAMA AL-QURAN [30 NASKHAH]Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,Alhamdulillah, para pelaja...
05/09/2026

[27.8.26] ADA ‘RAHSIA’ DI MUKA PERTAMA AL-QURAN [30 NASKHAH]
Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,
Alhamdulillah, para pelajar Maahad Tahfiz Miftahun Najah telah menerima 30 naskhah al-Quran hasil infaq tuan puan pada 27 Ogos 2026 (Khamis).
Mungkin pada pandangan pertama, al-Quran yang diterima oleh para pelajar ini kelihatan seperti naskhah al-Quran yang biasa kita lihat. Namun ada satu keistimewaan yang kami sediakan pada al-Quran infaq ini.
Di muka surat pertama, terdapat pautan khas yang boleh diakses oleh pelajar untuk mengikuti video kuliah tajwid dan hafazan. Maknanya, manfaat al-Quran ini bukan sekadar pada naskhah yang berada di tangan mereka.
Apabila mahu memperbaiki bacaan, mereka boleh mengakses video pembelajaran tajwid. Apabila mahu membantu proses hafazan, terdapat juga video yang boleh dijadikan bahan sokongan untuk belajar dan mengulang.
Kami mahu setiap naskhah yang diberikan bukan sahaja membantu mereka membaca al-Quran, tetapi turut menyediakan kemudahan tambahan yang boleh dimanfaatkan dalam perjalanan menuntut ilmu.
Guru tetap menjadi pembimbing utama mereka. Namun dengan adanya akses kepada video kuliah ini, pelajar mempunyai satu lagi bahan yang boleh dirujuk untuk mengulang apa yang dipelajari.
Sebab itu di sebalik sebuah al-Quran yang tuan puan infaqkan, sebenarnya ada lebih banyak manfaat yang dibawa bersama.
Ada mushaf untuk dibaca. Ada ilmu tajwid untuk dipelajari. Dan ada panduan hafazan yang boleh diakses apabila diperlukan.
Terima kasih para penginfaq kerana membantu menyediakan al-Quran yang bukan sekadar sampai ke tangan para pelajar, tetapi dilengkapi dengan kemudahan yang dapat menyokong pembelajaran mereka.
Ya Allah, jadikanlah setiap naskhah ini asbab bertambahnya ilmu, baiknya bacaan dan dekatnya hati mereka dengan al-Quran. Berkatilah juga setiap penginfaq yang membantu. Aamiin.
Jemput bersama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[26.8.26] KENAL AL-QURAN, KENALLAH AGAMA [70 NASKHAH]Tuan puan yang dihormati,Alhamdulillah, hasil infaq para penginfaq,...
04/09/2026

[26.8.26] KENAL AL-QURAN, KENALLAH AGAMA [70 NASKHAH]
Tuan puan yang dihormati,
Alhamdulillah, hasil infaq para penginfaq, 70 naskhah al-Quran telah selamat disampaikan dan kini digunakan oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin-6, Padang Rengas Perak pada 26 Ogos 2026 (Rabu).
Bagaimana kita mahu anak-anak mencintai agama jika mereka tidak diberi ruang untuk mengenalinya?
Cinta itu tidak hadir dengan sendirinya. Ia perlu dipupuk dengan ilmu, dibiasakan dengan kebaikan dan diperkenalkan kepada ajaran Allah SWT sejak usia muda. Dan antara jalannya adalah melalui al-Quran.
Daripada al-Quran inilah mereka mengenal kalam Allah SWT. Mereka belajar membaca ayat-Nya. Mendengar penjelasan guru. Mengenal perintah dan larangan-Nya. Belajar tentang akhlak, ibadah serta bagaimana seorang Muslim sepatutnya menjalani kehidupan.
Sedikit demi sedikit, mereka bukan sekadar tahu membaca al-Quran, tetapi mula mengenali agama yang sedang mereka pelajari. Dan daripada mengenal, mudah-mudahan lahir rasa cinta.
Cinta untuk terus belajar agama. Cinta melakukan perkara yang Allah SWT sukai. Cinta kepada Rasulullah dan ajaran yang Baginda bawa. Dan cinta untuk menjadikan Islam sebahagian daripada cara hidup mereka.
Sebab itu apabila kita membantu menyediakan sebuah al-Quran, kita sebenarnya sedang membantu membuka satu lagi ruang untuk anak-anak ini mengenal agama Allah SWT dengan lebih dekat.
Terima kasih para penginfaq kerana menjadi asbab mereka terus belajar dan mendampingi al-Quran. Mudah-mudahan ilmu yang ditanam hari ini terus hidup dalam hati mereka sehingga dewasa.
Ya Allah, tanamkanlah kecintaan kepada al-Quran dan agama-Mu dalam hati anak-anak ini. Jadikan mereka generasi yang mencintai-Mu, Rasul-Mu dan hidup berpegang kepada ajaran-Mu. Berkatilah setiap penginfaq yang membantu perjalanan ilmu mereka. Aamiin.
Jemput bersama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[26.8.26] AL-QURAN INFAQ ANDA SUDAH DIMANFAATKAN [100 NASKHAH]Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,Alhamdulillah, ada satu ...
03/09/2026

[26.8.26] AL-QURAN INFAQ ANDA SUDAH DIMANFAATKAN [100 NASKHAH]
Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,
Alhamdulillah, ada satu berita yang menggembirakan untuk kami kongsikan kepada para penginfaq. Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), sebanyaj 100 naskhah al-Quran telah diterima oleh para pelajar Maahad Al-Murtadza Negeri Sembilan, Gemencheh Negeri Sembilan.
Al-Quran yang sebelum ini tuan puan bantu infaqkan kini bukan lagi sekadar sebuah naskhah yang telah diserahkan.
Hari ini, ia sudah digunakan oleh para pelajar.
Ada yang membukanya ketika sesi pengajian bersama guru. Ada yang menggunakannya untuk membaca, memperbaiki tajwid, mengulang hafazan dan mempelajari ayat-ayat Allah SWT.
Bagi kami, inilah yang paling bermakna.
Kerana tujuan kita sejak awal bukan sekadar mahu menghantar al-Quran ke sekolah. Kita mahu melihat naskhah itu benar-benar berada di tangan mereka dan dimanfaatkan untuk menuntut ilmu.
Mungkin dahulu tuan puan hanya menekan butang untuk membuat infaq. Selepas itu, tuan puan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Tetapi di sini, kebaikan itu masih berjalan.
Setiap kali al-Quran ini dibuka, ada ayat yang dibaca. Setiap kali digunakan dalam kelas, ada ilmu yang dipelajari. Setiap kali guru membetulkan bacaan, ada sesuatu yang mereka perbaiki.
Mudah-mudahan naskhah yang sama terus dibuka dan digunakan berkali-kali sepanjang mereka menuntut ilmu.
Terima kasih para penginfaq kerana menjadi asbab al-Quran ini sampai dan kini benar-benar dimanfaatkan oleh para pelajar.
Ya Allah, terimalah infaq mereka, berkatilah rezeki dan keluarga mereka serta panjangkanlah manfaat daripada setiap al-Quran yang telah diberikan. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[12.8.26] TUAN PUAN, AL-QURAN PENYELAMAT DI TENGAH UJIAN DUNIA [20 NASKHAH]Tuan puan yang diberkati Allah SWT,Alhamdulil...
02/09/2026

[12.8.26] TUAN PUAN, AL-QURAN PENYELAMAT DI TENGAH UJIAN DUNIA [20 NASKHAH]
Tuan puan yang diberkati Allah SWT,
Alhamdulillah, pada 12 Ogos 2026 (Rabu), para pelajar di Maahad Tahfiz As-Sohabah, Bota Perak telah menerima 20 naskhah al-Quran yang anda infaqkan.
Semakin anak-anak membesar, semakin luas dunia yang mereka kenal. Mereka akan mendengar bermacam-macam pendapat. Melihat pelbagai gaya hidup. Mengikuti perkembangan semasa. Berkawan dengan pelbagai latar belakang. Dan hari ini, hanya melalui sebuah telefon, begitu banyak perkara boleh masuk ke dalam kehidupan mereka.
Kita tidak mungkin dapat menapis semuanya untuk mereka. Sebab itu, selain menjaga apa yang mereka lihat dan dengar, penting juga untuk membina ilmu dalam diri mereka agar suatu hari nanti mereka sendiri tahu menilai.
Di sinilah pendidikan al-Quran dan agama mempunyai peranan yang sangat besar.
Hari ini mungkin mereka baru belajar membaca, tajwid, menghafal dan memahami ilmu-ilmu asas daripada al-Quran. Tetapi sedikit demi sedikit, mereka sedang mengenal apa yang Allah SWT ajarkan. Tentang baik dan buruk. Tentang batas dalam kehidupan. Tentang akhlak. Tentang tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Ilmu inilah yang kita harapkan akan tumbuh bersama mereka. Supaya apabila semakin dewasa dan berhadapan dengan bermacam-macam pengaruh, mereka tidak hanya mengikut apa yang sedang pop**ar atau apa yang dilakukan orang lain. Sebaliknya, ada ilmu agama dalam diri yang membantu mereka berfikir sebelum memilih.
Terima kasih para penginfaq kerana membantu menyediakan al-Quran untuk anak-anak ini. Sebuah naskhah yang kita sampaikan mungkin kelihatan sederhana, tetapi daripadanya ada ilmu yang sedang dipelajari dan dibina dalam diri seorang anak.
Ya Allah, kurniakanlah generasi ini ilmu yang bermanfaat dan kefahaman agama yang baik. Peliharalah mereka daripada perkara yang menjauhkan mereka daripada-Mu dan berkatilah setiap penginfaq yang membantu perjalanan ilmu mereka. Aamiin.
Jemput bersama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[6.8.2026] AL-QURAN INFAQ ANDA KINI DIMANFAATKAN [20 NASKHAH]Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,Alhamdulillah, 20 naskhah...
01/09/2026

[6.8.2026] AL-QURAN INFAQ ANDA KINI DIMANFAATKAN [20 NASKHAH]
Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,
Alhamdulillah, 20 naskhah al-Quran hasil infaq tuan puan kini digunakan oleh para pelajar Maahad Tahfiz Safa Marwah, Bera Pahang pada 6 Ogos 2026 (Khamis).
Mungkin sudah beberapa ketika sejak tuan puan membuat infaq al-Quran ini. Tetapi kebaikan daripada pemberian itu masih berjalan hingga hari ini.
Setiap kali sesi pembelajaran bermula, al-Quran ini kembali dibuka. Ayat-ayatnya dibaca bersama guru. Bacaan yang kurang tepat diperbetulkan. Hukum tajwid dipelajari. Dan apa yang telah dipelajari diulang kembali agar semakin lancar.
Hari berganti hari, naskhah yang sama terus menemani proses pembelajaran mereka. Inilah yang membuatkan sebuah infaq al-Quran begitu bermakna. Kita memberi pada satu ketika, tetapi manfaatnya tidak semestinya berlaku sekali sahaja.
Selagi al-Quran itu digunakan, ada ruang untuk bacaan terus bertambah baik, ilmu terus dipelajari dan hubungan dengan kalam Allah SWT terus dibina. Mungkin para pelajar ini tidak pernah bertemu dengan tuan puan. Mereka juga mungkin tidak tahu siapa yang menyediakan al-Quran yang sedang mereka gunakan.
Namun melalui pemberian itu, tuan puan telah membantu memudahkan satu bahagian daripada perjalanan mereka mempelajari al-Quran.
Terima kasih para penginfaq kerana sudi berkongsi rezeki untuk keperluan para pelajar ini. Mudah-mudahan setiap naskhah terus dimanfaatkan dalam tempoh yang panjang.
Ya Allah, terimalah kebaikan para penginfaq. Berkatilah rezeki dan keluarga mereka serta jadikan setiap al-Quran yang digunakan ini asbab bertambahnya ilmu dan kecintaan kepada kalam-Mu. Aamiin.
Jemput bersama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

[22.8.26] BEKALAN TERBAIK UNTUK AKHIRAT [60 NASKHAH]Tuan puan yang budiman,Alhamdulillah, hasil infaq para penginfaq seb...
31/08/2026

[22.8.26] BEKALAN TERBAIK UNTUK AKHIRAT [60 NASKHAH]
Tuan puan yang budiman,
Alhamdulillah, hasil infaq para penginfaq sebanyak 60 naskhah al-Quran telah selamat disampaikan dan kini digunakan oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Amin, Temerloh Pahang pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) dalam sesi pengajian mereka.
Bukan semua daripada kita pandai mengajar al-Quran. Bukan semua mampu membetulkan tajwid, menerangkan hukum bacaan atau duduk berjam-jam membimbing seorang pelajar. Tetapi untuk membantu perjalanan seseorang mempelajari al-Quran, setiap daripada kita sebenarnya boleh memainkan peranan.
Di sekolah, para pelajar bersungguh-sungguh belajar. Guru p**a sabar mengajar, mendengar bacaan dan membetulkan kesalahan mereka satu demi satu.
Kita yang berada jauh daripada mereka mungkin tidak mampu melakukan semua itu. Tetapi kita masih boleh membantu menyediakan sesuatu yang mereka gunakan setiap hari iaitu al-Quran.
Daripada naskhah inilah mereka membaca. Guru mengajar tajwid dan memperbetulkan bacaan. Pelajar p**a mengulang, belajar dan terus memperbaiki diri.
Nampak bagaimana sebuah kebaikan boleh terhasil apabila masing-masing memainkan peranan?
Mereka belajar. Guru mengajar. Dan kita membantu menyediakan keperluan untuk proses ilmu itu terus berjalan.
Kita mungkin tidak pernah bertemu dengan pelajar ini. Mereka juga mungkin tidak mengenali siapa yang menginfaqkan al-Quran untuk mereka. Namun itu tidak menghalang kita daripada mempunyai bahagian dalam usaha mendekatkan generasi ini dengan al-Quran.
Terima kasih para penginfaq kerana memilih untuk memainkan peranan tuan puan. Mudah-mudahan setiap naskhah yang digunakan untuk membaca dan menuntut ilmu menjadi manfaat yang berpanjangan.
Ya Allah, berkatilah para guru yang mengajar, anak-anak yang belajar dan para penginfaq yang membantu. Satukan usaha kecil kami ini menjadi asbab tersebarnya ilmu al-Quran. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran untuk lebih ramai pelajar. Link infaq di komen pertama:

Address

71, Jalan Universiti Bangi 1, Taman Universiti
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Asraff Al-Hafiz - infaq Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share