25/08/2025
"Occupational Therapy boleh bantu anak saya ke?"
Soalan ni sering ditanya oleh ibu ayah yang risau bila nampak anak lambat urus diri, tak faham isyarat badan, susah fokus, atau cepat meltdown.
Sebenarnyaโฆ Occupational Therapy (OT) bukan sekadar untuk rawatan.
Ia satu bentuk intervensi yang bantu anak capai potensi terbaik dalam kehidupan seharian seperti :
๐ง 1. Sensory & Motor Skills
โข Anak terlalu sensitif dengan bunyi, sentuhan, atau pergerakan?
โข Atau nampak โblurโ, tak peka sekeliling?
OT bantu seimbangkan deria & kembangkan otot kasar dan halus โ supaya anak lebih selesa & berfungsi.
๐ฝ 2. Latihan Tandas (Toilet Training)
โข Anak susah faham bila nak ke tandas?
โข Tak kenal isyarat tubuh sendiri?
OT bantu dengan visual aid, timer, dan latihan rutin supaya anak lebih bersedia & faham konsep toilet training.
๐งฉ 3. Kemahiran Urus Diri (Self-Help Skills)
โข Susah nak pakai baju sendiri? Gosok gigi? Makan dengan sudu?
OT latih anak buat semua ni secara step-by-step, ikut keupayaan mereka.
๐ฌ 4. Regulasi Emosi & Tingkah Laku
โข Anak cepat marah, meltdown, atau s**ar tukar rutin?
OT gunakan teknik seperti sensory diet & permainan regulasi untuk bantu anak kawal emosi mereka.
๐ช 5. Persediaan ke Sekolah (School Readiness)
โข Anak tak boleh duduk lama dalam kelas?
โข Tak tahu guna alat tulis, tak pandai berkawan?
OT akan bantu tingkatkan fokus, kemahiran sosial & motor halus.
๐ 6. Alat Bantuan (Adaptive Tools)
โข Anak perlukan sudu khas? Atau kerusi khas untuk stabilkan postur?
OT tahu apa yang sesuai untuk bantu anak lebih berdikari.
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ง Ada tips mingguan.
๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
18/08/2025
โ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ช๐๐ฉ ๐ข๐๐ฃ๐๐ฃ๐๐๐จ, ๐ฉ๐๐ ๐๐ค๐ ๐ช๐จ, ๐๐๐ฃ ๐จ๐ช๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ช. ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ค๐ ๐ฉ๐ค๐ง ๐ ๐๐ฉ๐ ๐๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐ค๐ง๐ข๐๐ก...โ
Betul ke itu normal? Atau sebenarnya anak perlukan bantuan OT?
Tanda-Tanda Jelas Anak Perlu Occupational Therapy]
Berikut antara tanda-tanda anak mungkin perlukan OT:
๐น 1. Masalah Motor Halus (Fine Motor)
โ Susah pegang pensel, sudu, gunting
โ Tak boleh butang baju, zip seluar
โ Tak s**a aktiviti mewarna atau menulis
๐น 2. Masalah Motor Kasar (Gross Motor)
โ Jalan tak stabil, mudah jatuh
โ Tak tahu lompat, tak pandai naik turun tangga
โ Cepat penat bila main
๐น 3. Masalah Sensori
โ Terlalu sensitif dengan bunyi, cahaya, sentuhan
โ S**a gigit orang / barang
โ Tak tahan potong kuku, rambut, atau mandi
โ Terlampau aktif atau terlalu โlembapโ
๐น 4. Masalah Fokus & Tingkah Laku
โ Tak boleh duduk diam
โ Mudah tantrum bila tukar rutin
โ Susah ikut arahan mudah
โ Lempar barang, pukul, gigit bila marah
๐น 5. Masalah Kemandirian (Self-help)
โ Tak boleh pakai baju/seluar sendiri
โ Belum lepas toilet training walaupun dah 4 tahun ke atas
โ Masih makan bersuap
โ Tak reti gosok gigi sendiri
Ibu ayahโฆ OT bukan untuk anak yang "teruk", tapi untuk bantu mereka kuasai kemahiran asas hidup โ supaya mereka boleh berdikari, tenang, dan yakin diri
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,๏ฟฝ kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.๏ฟฝ๐ง Ada tips mingguan.๏ฟฝ ๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.๏ฟฝ ๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:๏ฟฝ https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ
11/08/2025
โ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ช๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐ค๐ ๐ช๐จ, ๐จ๐ช๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฉ ๐ค๐ง๐๐ฃ๐ & ๐ฉ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ช ๐จ๐๐ฃ๐๐๐ง๐. ๐๐ฉ๐ช ๐ฃ๐ค๐ง๐ข๐๐ก ๐ ๐?โ
Ramai ibu ayah risau tapi tak tahu... mungkin anak anda perlukan Occupational Therapy (OT).
Occupational Therapy atau Terapi Cara Kerja adalah satu bentuk terapi yang bantu anak belajar & mahir buat aktiviti harian walaupun anak ada cabaran dari segi:
โ๏ธ Perkembangan lambat
โ๏ธ Tingkah laku & emosi tak stabil
โ๏ธ Isu sensori โ terlalu sensitif / tak perasan bunyi, sentuhan, cahaya
โ๏ธ S**ar fokus atau terlalu aktif
โ๏ธ Masalah motor halus & kasar
Contohnya:
- Susah pegang pensel โ OT akan latih jari & tangan
- Tantrum bila mandi โ OT akan bantu kawal emosi & sensori
- Tak s**a disentuh / potong kuku โ OT ada teknik urutan & toleransi sensori
- Tak boleh berdikari โ OT ajar pakai baju, makan, pergi tandas sendiri
Terapi ini berbentuk permainan, aktiviti harian & latihan visual โ bukan duduk diam atas kerusi. Anak belajar sambil bermain!
Kalau kita abaikan sekarang, anak mungkin akan terus bergantung pada orang lain walaupun dah besar.
OT bantu anak lebih berdikari, lebih yakin dan lebih tenang.
๐ฅ Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?Boleh share di KOMEN.
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ง Ada tips mingguan.
๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:๏ฟฝ https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ
05/08/2025
๐๐จ๐ข๐ฅ๐๐ญ ๐ญ๐ซ๐๐ข๐ง๐ข๐ง๐ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐จ๐๐ฅ ๐๐๐ฉ๐๐ญ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ญ. ๐๐ ๐ฌ๐จ๐๐ฅ ๐ค๐๐ฌ๐๐๐ข๐๐๐ง โ๏ธ
Setiap anak unik, dan mereka berkembang dengan masa yang berbeza termasuk dalam bab ke tandas. ๐
๐ โAnak saya dah 4 tahun, masih pakai pampersโฆ Lambat sangat ke?โ
Soalan ini sangat biasa saya dengar daripada ibu ayah.
Dan setiap kali, saya akan jawab dengan tenang:
๐ Usia Sesuai Mula Toilet Training
๐ Secara umum, kebanyakan kanak-kanak tipikal bersedia sekitar umur 2 hingga 3 tahun.
TAPI bagi anak berkeperluan khas seperti:
- Autisme
- ADHD
- Global Developmental Delay
- Down Syndrome
- Speech delay
Kesediaan untuk mula toilet training boleh datang lebih lewat, kadang-kadang umur 4, 5 atau 6 tahun ke atas dan itu normal.
Kenapa lewat?
Kerana mereka mungkin ada cabaran seperti:
- Susah faham bahasa & arahan
- Tidak sedar signal tubuh bila nak buang air (isu interoception)
- Sensory issue dengan tandas
- Kurang kefahaman tentang rutin harian
- Tak boleh luah bila nak ke tandas (verbal atau non-verbal)
๐ก Apa Yang Ibu Ayah Boleh Buat Sementara Tunggu Anak Sedia?
Bina persediaan secara perlahan-lahan dan konsisten:
๐ฟ Bawa anak ke tandas pada waktu tetap (contohnya selepas makan, bangun tidur)
๐ฟ Gunakan visual schedule โ gambar langkah ke tandas
๐ฟ Latih anak faham perkataan asas tandas seperti โkencingโ, โberakโ, โbasuhโ
๐ฟ Biarkan anak explore tandas tanpa tekanan (main air, sentuh flush, cuci tangan)
๐ฟ Beri pujian setiap kali anak cuba โ walaupun sekadar duduk di toilet seat
๐ฟ Pakai pampers yang boleh buka macam seluar (supaya mudah mula latihan)
โค๏ธ Ingatโฆ
โก๏ธ Tak apa kalau anak mula lambat
โก๏ธ Tak apa kalau proses ambil masa berbulan atau bertahun
โก๏ธ Tak apa kalau masih ada โaccidentโ walaupun dah mula training
๐ฅ Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?
Boleh share di KOMEN.
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ง Ada tips mingguan.
๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
28/07/2025
๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐ฎ๐ ๐จ๐ช๐จ๐๐ ๐จ๐๐ฃ๐๐๐ฉ ๐ฃ๐๐ ๐ก๐๐ฅ๐๐จ ๐ฅ๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐จ?
Hi Assalamualaikum.. Ibu ayah dah cuba ke tips yg teacher kongsikan minggu lepas?
Ataupun ibu ayah masih struggle nak lepas pampers anak?
Toilet training untuk kanak-kanak berkeperluan khas bukan semudah ajar โpergi tandas dan buka seluarโ.
Kadang-kadang dah cuba bertahunโฆ tapi hasilnya masih sama.
Dan ini antara cabaran utama kenapa proses ni terasa berat dan lambatโฆ
โ
1. Anak tak faham arahan
โ Kadang kita cakap, tapi anak tak faham.
โ Ayat โpergi tandas, buka seluarโ pun mungkin terlalu kompleks untuk dia hadam.
โ Atau dia mudah sangat lupa bila tengah buat sesuatu.
โ
2. Anak tak rasa bila nak kencing/berak
โ Badan dia tak bagi signal yang jelas.
โ Bila dia rasaโฆ dah terlambat.
โ Kita pun tak sempat bantu, dan akhirnya terkucil lagi.
โ
3. Anak takut perubahan
โ Rutin yang berubah sikit pun boleh buat anak jadi cemas.
โ Tandas p**a mungkin tempat yang sangat tak selesa: bunyi flush, cahaya terang, duduk atas mangkuk yang sejukโฆ
โ Semuanya terlalu banyak untuk anak proses.
โ
4. Tingkah laku yang mengelirukan
โ Anak tolak pergi tandas sebab trauma?
โ Atau mungkin dia dah โselesaโ buang air dalam pampers.
โ Kadang kita rasa dia โdegilโ, tapi sebenarnya itu satu-satunya cara dia rasa selamat.
โ
5. Pergerakan yang terbatas
โ Nak buka seluar pun susah.
โ Duduk atas toilet pun rasa takut dan tak stabil.
โ Anak perlukan bantuan, tapi kita tak selalu tahu macam mana nak tolong.
โ
6. Anak tak boleh luah apa yang dia rasa
โ Dia nak buang airโฆ tapi tak tahu macam mana nak bagitahu.
โ Kita p**a lambat perasan, akhirnya anak kecewa dan hilang semangat.
โ
7. Sensory yang mengganggu
โ Pampers basah pun dia tak rasa tak selesa.
โ Tapi lantai bilik air yang sejuk, bunyi flush kuatโฆ semua tu terlalu โmenggangguโ.
โ Jadi dia lebih rela pakai pampers.
โ
8. Tiada sokongan yang sama rata
โ Di rumah kita ajar, tapi di taska atau rumah pengasuh tak sama pendekatannya.
โ Proses jadi keliru. Anak makin tak faham. Kita makin penat.
๐ฅ Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?
Boleh share di KOMEN.
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ง Ada tips mingguan.
๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
21/07/2025
๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐?
๐ Ini 5 tips penting yang Teacher nak kongsikan:
Digunakan oleh Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)
1. Kenal Pasti Tanda Anak Bersedia (Readiness Signs)
Sebelum mula, pastikan anak *dah tunjuk tanda-tanda sedia*, seperti:
Tak selesa bila pampers basah
Pandai buka pampers sendiri
Tunjuk minat pada tandas
Dah boleh duduk stabil atas toilet
Anak yang belum bersedia, bila dipaksaโฆ akan lebih stres dan menolak proses toilet training.
2. Rutin Tetap & Jadual Ke Tandas
Gunakan jadual tandas tetap (contohnya: setiap 30-45 minit, selepas makan/minum) walaupun anak belum minta.
Konsisten = Kunci.
Bila rutin teratur, otak anak akan belajar hubungkan waktu dan rasa ingin buang air.
3. Gunakan Isyarat Visual atau Gambar (Visual Schedule)
Ramai anak special needs lebih faham melalui *gambar berbanding arahan lisan*.
Guna kad gambar langkah demi langkah seperti:
๐ช Masuk tandas โ ๐ฝ Duduk โ ๐งป Lap โ ๐ฟ Basuh โ ๐งผ Cuci tangan
Boleh buat carta bergambar dan tampal dekat tandas rumah.
4. Reward Sistem & Pujian Positif
Anak lebih semangat kalau dapat penghargaan kecil:
Peluk, high-5, atau sticker
Pujian seperti โPandainya kakak hari ni pergi toilet!โ
Tapi ingat, elakkan ugutan atau marah bila anak tak berjaya. Fokus pada usaha, bukan hasil.
5. Kenal Sebab Anak Terkucil & Cari Pola
OT akan bantu analisa bila & kenapa anak selalu terkucil.
Contoh:
Terlalu fokus bermain?
Takut bunyi pam tandas?
Tak faham rasa nak buang air?
Bila dah kenal pasti puncanya, barulah mudah kita bantu dengan strategi yang sesuai
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
Kami faham rasa penat.
Kami tahu rasa nak give up.
Tapi dalam group ni, kita saling kuatkan. Kita belajar, kita dengar, kita faham.
๐ง Ada tips mingguan.
๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
Kita kuat sebab kita terus mencuba,
walaupun kadang-kadang kita sendiri tak pasti arah.
Dan ingat โ ibu ayah tak keseorangan dalam perjuangan ni. ๐ค
14/07/2025
๐โAnak saya tak faham bila saya suruh ke tandasโฆ Macam mana nak mula?"
Soalan ni selalu buat hati ibu ayah jadi sayu.
Bila anak masih terkucil, bila lantai dah penuh air โ rasa bersalah, kecewa, kadang-kadang menangis diam-diam.
Tapi, ibu ayah bukan gagal.
Anak kita bukan lambat.
Cuma mereka perlu cara yang berbeza.
๐ง Kalau anak s**ar faham arahan lisan โ tak bermaksud dia tak boleh belajar.
โ
Dengan pendekatan yang visual, berulang dan konsisten,
โ
Dengan sabar yang tak pernah putus,
โ
Dengan ilmu yang tepat,
๐ Toilet training masih boleh berjaya.
Jadiโฆ Macam mana nak mula?
๐ก Kenal dulu tanda anak dah bersedia.
๐ก Wujudkan rutin tetap โ walaupun anak belum respon bila kita ajar.
๐ก Guna bantuan visual โ supaya otak anak boleh 'nampak' rutin, bukan sekadar dengar.
โ
Terapis Cara Kerja (OT) banyak gunakan cara ini sebab ianya lebih mesra untuk anak-anak special needs ๐
๐ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
Kami faham rasa penat.
Kami tahu rasa nak give up.
Tapi dalam group ni, kita saling kuatkan. Kita belajar, kita dengar, kita faham.
๐ง Ada tips mingguan.
๐๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐จโ๐ฉโ๐ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.
๐ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH
Kita kuat sebab kita terus mencuba,
walaupun kadang-kadang kita sendiri tak pasti arah.
Dan ingat โ ibu ayah tak keseorangan dalam perjuangan ni. ๐ค
31/03/2025
Anak s**a menggigit atau masukkan benda ke dalam mulut? ๐ค
Mummy Daddy jangan risau kemungkinan anak ada Oral Sensory Seeking, jom kita tengok dan fahami apa itu Oral Sensory Seeking supaya Mummy Daddy boleh bantu anak. ๐คฉ๐ก
Semoga perkongsian ini dapat bantu Mummy Daddy diluar sana. ๐ค
27/03/2025
Mummy Daddy takde idea untuk buat sensory play? ๐ค
Jom cuba idea sensory play ni, boleh buat dirumah bersama anak. ๐คฉ
23/03/2025
Anak Mummy Daddy masih guna bahasa alien? ๐ตโ๐ซ
Jangan risau Mummy Daddy masih boleh bantu anak, jom cuba ikut tips ni supaya Mummy Daddy boleh praktiskan bersama anak. ๐คฉ
Semoga perkongsian ini dapat bantu Mummy Daddy diluar sana. ๐
19/03/2025
Lets take a look and understand the reasons behind a child's behavior.๐ก