Excel Qhalif

Call Directions Website Contact the school

Excel Qhalif Kami juga menawarkan perkhidmatan menjual buku-buku ilmiah yang berunsurkan pendidikan awal kanak-kanak, dewasa, motivasi dan kerjaya serta ketuhanan.

Kami menyediakan Program Intervensi EIP, Terapi Carakerja, Terapi Pertuturan, Playgroup Therapy, ABA Therapy, Diagnosis dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Swasta. Excel Qhalif merupakan satu institusi konsultan dan perkhidmatan yang menjalankan program-program yang berbentuk pendidikan terutama bagi pendidikan awal kanak-kanak. Antara program yang dijalankan oleh Excel Qhalif ialah Excel Qhalif Playgroup yang berkonsepkan Islamik dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.Kami juga menganjurkan kursus-kursus berbentuk islamik dan motivasi pada setiap lapisan umur dan sektor pekerjaan dan badan-badan bukan kerajaan.

"Occupational Therapy boleh bantu anak saya ke?"Soalan ni sering ditanya oleh ibu ayah yang risau bila nampak anak lamba...
25/08/2025

"Occupational Therapy boleh bantu anak saya ke?"

Soalan ni sering ditanya oleh ibu ayah yang risau bila nampak anak lambat urus diri, tak faham isyarat badan, susah fokus, atau cepat meltdown.

Sebenarnya… Occupational Therapy (OT) bukan sekadar untuk rawatan.

Ia satu bentuk intervensi yang bantu anak capai potensi terbaik dalam kehidupan seharian seperti :

🧠 1. Sensory & Motor Skills
• Anak terlalu sensitif dengan bunyi, sentuhan, atau pergerakan?
• Atau nampak ‘blur’, tak peka sekeliling?
OT bantu seimbangkan deria & kembangkan otot kasar dan halus – supaya anak lebih selesa & berfungsi.

🚽 2. Latihan Tandas (Toilet Training)
• Anak susah faham bila nak ke tandas?
• Tak kenal isyarat tubuh sendiri?
OT bantu dengan visual aid, timer, dan latihan rutin supaya anak lebih bersedia & faham konsep toilet training.

🧩 3. Kemahiran Urus Diri (Self-Help Skills)
• Susah nak pakai baju sendiri? Gosok gigi? Makan dengan sudu?
OT latih anak buat semua ni secara step-by-step, ikut keupayaan mereka.

💬 4. Regulasi Emosi & Tingkah Laku
• Anak cepat marah, meltdown, atau s**ar tukar rutin?
OT gunakan teknik seperti sensory diet & permainan regulasi untuk bantu anak kawal emosi mereka.

🪑 5. Persediaan ke Sekolah (School Readiness)
• Anak tak boleh duduk lama dalam kelas?
• Tak tahu guna alat tulis, tak pandai berkawan?
OT akan bantu tingkatkan fokus, kemahiran sosial & motor halus.

📋 6. Alat Bantuan (Adaptive Tools)
• Anak perlukan sudu khas? Atau kerusi khas untuk stabilkan postur?
OT tahu apa yang sesuai untuk bantu anak lebih berdikari.

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
🎧 Ada tips mingguan.
🎙️ Ada live podcast secara percuma.
👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH





“𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙞𝙨, 𝙩𝙖𝙠 𝙛𝙤𝙠𝙪𝙨, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙗𝙖𝙟𝙪. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙙𝙤𝙠𝙩𝙤𝙧 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙣𝙤𝙧𝙢𝙖𝙡...”Betul ke itu normal?...
18/08/2025

“𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙪𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙞𝙨, 𝙩𝙖𝙠 𝙛𝙤𝙠𝙪𝙨, 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙗𝙖𝙟𝙪. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙙𝙤𝙠𝙩𝙤𝙧 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙣𝙤𝙧𝙢𝙖𝙡...”

Betul ke itu normal? Atau sebenarnya anak perlukan bantuan OT?

Tanda-Tanda Jelas Anak Perlu Occupational Therapy]
Berikut antara tanda-tanda anak mungkin perlukan OT:
🔹 1. Masalah Motor Halus (Fine Motor)
❌ Susah pegang pensel, sudu, gunting
❌ Tak boleh butang baju, zip seluar
❌ Tak s**a aktiviti mewarna atau menulis

🔹 2. Masalah Motor Kasar (Gross Motor)
❌ Jalan tak stabil, mudah jatuh
❌ Tak tahu lompat, tak pandai naik turun tangga
❌ Cepat penat bila main

🔹 3. Masalah Sensori
❌ Terlalu sensitif dengan bunyi, cahaya, sentuhan
❌ S**a gigit orang / barang
❌ Tak tahan potong kuku, rambut, atau mandi
❌ Terlampau aktif atau terlalu ‘lembap’

🔹 4. Masalah Fokus & Tingkah Laku
❌ Tak boleh duduk diam
❌ Mudah tantrum bila tukar rutin
❌ Susah ikut arahan mudah
❌ Lempar barang, pukul, gigit bila marah

🔹 5. Masalah Kemandirian (Self-help)
❌ Tak boleh pakai baju/seluar sendiri
❌ Belum lepas toilet training walaupun dah 4 tahun ke atas
❌ Masih makan bersuap
❌ Tak reti gosok gigi sendiri

Ibu ayah… OT bukan untuk anak yang "teruk", tapi untuk bantu mereka kuasai kemahiran asas hidup — supaya mereka boleh berdikari, tenang, dan yakin diri

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,� kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.�🎧 Ada tips mingguan.� 🎙️ Ada live podcast secara percuma.� 👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:� https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

� � � � �

“𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙠𝙪𝙨, 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙜𝙞𝙜𝙞𝙩 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 & 𝙩𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙗𝙖𝙟𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞. 𝙄𝙩𝙪 𝙣𝙤𝙧𝙢𝙖𝙡 𝙠𝙚?”Ramai ibu ayah risau tapi tak tah...
11/08/2025

“𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙠𝙪𝙨, 𝙨𝙪𝙠𝙖 𝙜𝙞𝙜𝙞𝙩 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 & 𝙩𝙖𝙠 𝙣𝙖𝙠 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙞 𝙗𝙖𝙟𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞. 𝙄𝙩𝙪 𝙣𝙤𝙧𝙢𝙖𝙡 𝙠𝙚?”

Ramai ibu ayah risau tapi tak tahu... mungkin anak anda perlukan Occupational Therapy (OT).

Occupational Therapy atau Terapi Cara Kerja adalah satu bentuk terapi yang bantu anak belajar & mahir buat aktiviti harian walaupun anak ada cabaran dari segi:

✔️ Perkembangan lambat
✔️ Tingkah laku & emosi tak stabil
✔️ Isu sensori – terlalu sensitif / tak perasan bunyi, sentuhan, cahaya
✔️ S**ar fokus atau terlalu aktif
✔️ Masalah motor halus & kasar
Contohnya:
- Susah pegang pensel → OT akan latih jari & tangan
- Tantrum bila mandi → OT akan bantu kawal emosi & sensori
- Tak s**a disentuh / potong kuku → OT ada teknik urutan & toleransi sensori
- Tak boleh berdikari → OT ajar pakai baju, makan, pergi tandas sendiri

Terapi ini berbentuk permainan, aktiviti harian & latihan visual – bukan duduk diam atas kerusi. Anak belajar sambil bermain!
Kalau kita abaikan sekarang, anak mungkin akan terus bergantung pada orang lain walaupun dah besar.

OT bantu anak lebih berdikari, lebih yakin dan lebih tenang.

🥀 Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?Boleh share di KOMEN.

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
🎧 Ada tips mingguan.
🎙️ Ada live podcast secara percuma.
👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:� https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

� � � � �

𝐓𝐨𝐢𝐥𝐞𝐭 𝐭𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭. 𝐈𝐚 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 ❗️Setiap anak unik, dan mereka berkembang dengan masa ya...
05/08/2025

𝐓𝐨𝐢𝐥𝐞𝐭 𝐭𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭. 𝐈𝐚 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 ❗️

Setiap anak unik, dan mereka berkembang dengan masa yang berbeza termasuk dalam bab ke tandas. 😌

🌟 “Anak saya dah 4 tahun, masih pakai pampers… Lambat sangat ke?”

Soalan ini sangat biasa saya dengar daripada ibu ayah.
Dan setiap kali, saya akan jawab dengan tenang:
🟠 Usia Sesuai Mula Toilet Training
📌 Secara umum, kebanyakan kanak-kanak tipikal bersedia sekitar umur 2 hingga 3 tahun.
TAPI bagi anak berkeperluan khas seperti:
- Autisme
- ADHD
- Global Developmental Delay
- Down Syndrome
- Speech delay

Kesediaan untuk mula toilet training boleh datang lebih lewat, kadang-kadang umur 4, 5 atau 6 tahun ke atas dan itu normal.

Kenapa lewat?
Kerana mereka mungkin ada cabaran seperti:
- Susah faham bahasa & arahan
- Tidak sedar signal tubuh bila nak buang air (isu interoception)
- Sensory issue dengan tandas
- Kurang kefahaman tentang rutin harian
- Tak boleh luah bila nak ke tandas (verbal atau non-verbal)

💡 Apa Yang Ibu Ayah Boleh Buat Sementara Tunggu Anak Sedia?

Bina persediaan secara perlahan-lahan dan konsisten:
🌿 Bawa anak ke tandas pada waktu tetap (contohnya selepas makan, bangun tidur)
🌿 Gunakan visual schedule – gambar langkah ke tandas
🌿 Latih anak faham perkataan asas tandas seperti “kencing”, “berak”, “basuh”
🌿 Biarkan anak explore tandas tanpa tekanan (main air, sentuh flush, cuci tangan)
🌿 Beri pujian setiap kali anak cuba — walaupun sekadar duduk di toilet seat
🌿 Pakai pampers yang boleh buka macam seluar (supaya mudah mula latihan)

❤️ Ingat…
➡️ Tak apa kalau anak mula lambat
➡️ Tak apa kalau proses ambil masa berbulan atau bertahun
➡️ Tak apa kalau masih ada ‘accident’ walaupun dah mula training

🥀 Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?
Boleh share di KOMEN.

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
🎧 Ada tips mingguan.
🎙️ Ada live podcast secara percuma.
👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH





𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙣𝙖𝙠 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙥𝙖𝙢𝙥𝙚𝙧𝙨?Hi Assalamualaikum.. Ibu ayah dah cuba ke tips yg teacher kongsikan ming...
28/07/2025

𝙆𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙣𝙖𝙠 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙥𝙖𝙢𝙥𝙚𝙧𝙨?

Hi Assalamualaikum.. Ibu ayah dah cuba ke tips yg teacher kongsikan minggu lepas?
Ataupun ibu ayah masih struggle nak lepas pampers anak?

Toilet training untuk kanak-kanak berkeperluan khas bukan semudah ajar ‘pergi tandas dan buka seluar’.

Kadang-kadang dah cuba bertahun… tapi hasilnya masih sama.
Dan ini antara cabaran utama kenapa proses ni terasa berat dan lambat…

✅ 1. Anak tak faham arahan
– Kadang kita cakap, tapi anak tak faham.
– Ayat “pergi tandas, buka seluar” pun mungkin terlalu kompleks untuk dia hadam.
– Atau dia mudah sangat lupa bila tengah buat sesuatu.

✅ 2. Anak tak rasa bila nak kencing/berak
– Badan dia tak bagi signal yang jelas.
– Bila dia rasa… dah terlambat.
– Kita pun tak sempat bantu, dan akhirnya terkucil lagi.

✅ 3. Anak takut perubahan
– Rutin yang berubah sikit pun boleh buat anak jadi cemas.
– Tandas p**a mungkin tempat yang sangat tak selesa: bunyi flush, cahaya terang, duduk atas mangkuk yang sejuk…
– Semuanya terlalu banyak untuk anak proses.

✅ 4. Tingkah laku yang mengelirukan
– Anak tolak pergi tandas sebab trauma?
– Atau mungkin dia dah ‘selesa’ buang air dalam pampers.
– Kadang kita rasa dia ‘degil’, tapi sebenarnya itu satu-satunya cara dia rasa selamat.
✅ 5. Pergerakan yang terbatas
– Nak buka seluar pun susah.
– Duduk atas toilet pun rasa takut dan tak stabil.
– Anak perlukan bantuan, tapi kita tak selalu tahu macam mana nak tolong.

✅ 6. Anak tak boleh luah apa yang dia rasa
– Dia nak buang air… tapi tak tahu macam mana nak bagitahu.
– Kita p**a lambat perasan, akhirnya anak kecewa dan hilang semangat.

✅ 7. Sensory yang mengganggu
– Pampers basah pun dia tak rasa tak selesa.
– Tapi lantai bilik air yang sejuk, bunyi flush kuat… semua tu terlalu ‘mengganggu’.
– Jadi dia lebih rela pakai pampers.

✅ 8. Tiada sokongan yang sama rata
– Di rumah kita ajar, tapi di taska atau rumah pengasuh tak sama pendekatannya.
– Proses jadi keliru. Anak makin tak faham. Kita makin penat.

🥀 Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?
Boleh share di KOMEN.

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
🎧 Ada tips mingguan.
🎙️ Ada live podcast secara percuma.
👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH





𝘐𝘉𝘜 𝘈𝘠𝘈𝘏 𝘉𝘜𝘕𝘛𝘜 𝘋𝘈𝘏, 𝘈𝘕𝘈𝘒 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘗 𝘒𝘌𝘕𝘊𝘐𝘕𝘎 𝘈𝘛𝘈𝘚 𝘓𝘈𝘕𝘛𝘈𝘐?👇 Ini 5 tips penting yang Teacher nak kongsikan:Digunakan oleh Terapi...
21/07/2025

𝘐𝘉𝘜 𝘈𝘠𝘈𝘏 𝘉𝘜𝘕𝘛𝘜 𝘋𝘈𝘏, 𝘈𝘕𝘈𝘒 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘗 𝘒𝘌𝘕𝘊𝘐𝘕𝘎 𝘈𝘛𝘈𝘚 𝘓𝘈𝘕𝘛𝘈𝘐?

👇 Ini 5 tips penting yang Teacher nak kongsikan:
Digunakan oleh Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)

1. Kenal Pasti Tanda Anak Bersedia (Readiness Signs)
Sebelum mula, pastikan anak *dah tunjuk tanda-tanda sedia*, seperti:

Tak selesa bila pampers basah
Pandai buka pampers sendiri
Tunjuk minat pada tandas
Dah boleh duduk stabil atas toilet
Anak yang belum bersedia, bila dipaksa… akan lebih stres dan menolak proses toilet training.

2. Rutin Tetap & Jadual Ke Tandas
Gunakan jadual tandas tetap (contohnya: setiap 30-45 minit, selepas makan/minum) walaupun anak belum minta.
Konsisten = Kunci.
Bila rutin teratur, otak anak akan belajar hubungkan waktu dan rasa ingin buang air.

3. Gunakan Isyarat Visual atau Gambar (Visual Schedule)
Ramai anak special needs lebih faham melalui *gambar berbanding arahan lisan*.
Guna kad gambar langkah demi langkah seperti:
🚪 Masuk tandas → 🚽 Duduk → 🧻 Lap → 🚿 Basuh → 🧼 Cuci tangan
Boleh buat carta bergambar dan tampal dekat tandas rumah.

4. Reward Sistem & Pujian Positif
Anak lebih semangat kalau dapat penghargaan kecil:

Peluk, high-5, atau sticker
Pujian seperti “Pandainya kakak hari ni pergi toilet!”
Tapi ingat, elakkan ugutan atau marah bila anak tak berjaya. Fokus pada usaha, bukan hasil.

5. Kenal Sebab Anak Terkucil & Cari Pola
OT akan bantu analisa bila & kenapa anak selalu terkucil.
Contoh:

Terlalu fokus bermain?
Takut bunyi pam tandas?
Tak faham rasa nak buang air?
Bila dah kenal pasti puncanya, barulah mudah kita bantu dengan strategi yang sesuai

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
Kami faham rasa penat.
Kami tahu rasa nak give up.
Tapi dalam group ni, kita saling kuatkan. Kita belajar, kita dengar, kita faham.
🎧 Ada tips mingguan.
🎙️ Ada live podcast secara percuma.
👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

Kita kuat sebab kita terus mencuba,
walaupun kadang-kadang kita sendiri tak pasti arah.
Dan ingat — ibu ayah tak keseorangan dalam perjuangan ni. 🤝




💔”Anak saya tak faham bila saya suruh ke tandas… Macam mana nak mula?"Soalan ni selalu buat hati ibu ayah jadi sayu.Bila...
14/07/2025

💔”Anak saya tak faham bila saya suruh ke tandas… Macam mana nak mula?"

Soalan ni selalu buat hati ibu ayah jadi sayu.
Bila anak masih terkucil, bila lantai dah penuh air — rasa bersalah, kecewa, kadang-kadang menangis diam-diam.

Tapi, ibu ayah bukan gagal.
Anak kita bukan lambat.
Cuma mereka perlu cara yang berbeza.

🧠 Kalau anak s**ar faham arahan lisan — tak bermaksud dia tak boleh belajar.
✅ Dengan pendekatan yang visual, berulang dan konsisten,
✅ Dengan sabar yang tak pernah putus,
✅ Dengan ilmu yang tepat,
👉 Toilet training masih boleh berjaya.

Jadi… Macam mana nak mula?
💡 Kenal dulu tanda anak dah bersedia.
💡 Wujudkan rutin tetap — walaupun anak belum respon bila kita ajar.
💡 Guna bantuan visual — supaya otak anak boleh 'nampak' rutin, bukan sekadar dengar.

✅ Terapis Cara Kerja (OT) banyak gunakan cara ini sebab ianya lebih mesra untuk anak-anak special needs 💕

📌 Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.

Kami faham rasa penat.
Kami tahu rasa nak give up.
Tapi dalam group ni, kita saling kuatkan. Kita belajar, kita dengar, kita faham.

🎧 Ada tips mingguan.
🎙️ Ada live podcast secara percuma.
👨‍👩‍👧 Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

👉 Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

Kita kuat sebab kita terus mencuba,
walaupun kadang-kadang kita sendiri tak pasti arah.
Dan ingat — ibu ayah tak keseorangan dalam perjuangan ni. 🤝





Anak s**a menggigit atau masukkan benda ke dalam mulut? 🤔Mummy Daddy jangan risau kemungkinan anak ada Oral Sensory Seek...
31/03/2025

Anak s**a menggigit atau masukkan benda ke dalam mulut? 🤔

Mummy Daddy jangan risau kemungkinan anak ada Oral Sensory Seeking, jom kita tengok dan fahami apa itu Oral Sensory Seeking supaya Mummy Daddy boleh bantu anak. 🤩💡

Semoga perkongsian ini dapat bantu Mummy Daddy diluar sana. 🤗

Mummy Daddy takde idea untuk buat sensory play? 🤔Jom cuba idea sensory play ni, boleh buat dirumah bersama anak. 🤩      ...
27/03/2025

Mummy Daddy takde idea untuk buat sensory play? 🤔

Jom cuba idea sensory play ni, boleh buat dirumah bersama anak. 🤩

Anak Mummy Daddy masih guna bahasa alien? 😵‍💫Jangan risau Mummy Daddy masih boleh bantu anak, jom cuba ikut tips ni supa...
23/03/2025

Anak Mummy Daddy masih guna bahasa alien? 😵‍💫

Jangan risau Mummy Daddy masih boleh bantu anak, jom cuba ikut tips ni supaya Mummy Daddy boleh praktiskan bersama anak. 🤩

Semoga perkongsian ini dapat bantu Mummy Daddy diluar sana. 😁

Lets take a look and understand the reasons behind a child's behavior.💡
19/03/2025

Lets take a look and understand the reasons behind a child's behavior.💡

Address

No 21-2, Jalan Reko Sentral 6, Jalan Reko Sentral
Kajang
43000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 08:30 - 16:00
Sunday 08:30 - 16:00

Telephone

+60 3-87406854

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Excel Qhalif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Excel Qhalif:

Shortcuts

Share

Category