Kelas Al-quran Kajang Bangi

Kelas Al-quran Kajang Bangi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Al-quran Kajang Bangi, Education, kajang Utama, Kajang.

Kami menyediakan kelas mengaji Al-Quran bagi semua peringkat umur dan terbuka kepada lelaki dan perempuan bertempat di kawasan Kajang Utama dan semoga kita hidup penuh dengan keberkatan dan Rahmat Allah SWT Amin

07/10/2024

Yang Penting semua dapat rasa roti kami.

Photos from Kelas Al-quran Kajang Bangi's post 25/02/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana *JOM MENGAJI DARUL IKHLAS* sudah memasiki *tahun ketiga* pada tahun ini beroperasi di Kajang Utama. Kami beroperasi bermula pada pertengahan tahun 2018 sehingga kini. Dari beberapa orang pelajar sehingga mencecah puluhan pelajar. Alhamdulillah kerana mempercayai kami dalam mendidik anak-anak.

Disini kami ingin lampirkan kenangan sejak dari awal penubuhan JOM MENGAJI DARUL IKHLAS sehingga kini.

Photos from Kelas Al-quran Kajang Bangi's post 11/02/2020

📢📢📢KELAS JOM MENGAJI UNTUK DEWASA TELAH DIBUKA 📢📢📢

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Untuk makluman semua, kelas Jom Mengaji Darul Ikhlas kini membuka kelas mengaji untuk Lelaki Dan Wanita Dewasa dan terhad untuk 10 orang terawal sahaja 😁

Kelas dewasa wanita mempunyai 2 kelas iaitu kelas pertama:
Waktu : 9:10 - 11:10 malam
Hari : Isnin dan Selasa
Tenaga Pengajar: Ustazah Adawiyah

Manakala kelas kedua pada:
Waktu: 9:10 -11:10 malam
Hari: Rabu dan Khamis
Tenaga Pengajar: Ustaz Aqeef

Yuran Bulanan : RM50
Yuran pendaftaran : RM50
Kelas akan bermula pada bulan Februari 2020

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Ustazah Adawiyah:
☎️http://www.wasap.my/+60145327456
☎️http://www.wasap.my/+60145327456
☎️http://www.wasap.my/+60145327456

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

nasihat Imam al-Nawawi di dalam al-Tibyan bahawa kita perlu berwaspada apabila menjadikan al-Quran sebagai satu-satunya punca pendapatan dalam mencari rezeki. Kesimpulannya, kita dituntut untuk sentiasa mempelajari dan mengajarkannya bagi sesiapa yang mampu. Ini kerana, Nabi SAW menyifatkan golongan ini sebagi sebaik-baik manusia. Sebagaimana di dalam hadith:

Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. Amin.

JOM DAFTAR SEGERA SEBELUM PENDAFTARAN DITUTUP ❗❗❗

Photos from Kelas Al-quran Kajang Bangi's post 27/07/2019

Assalamu'alaikum
Alhmdulillah sekarang musim² exam ni kami dari Jom Mengaji Darul Ikhlas telah membuat bacaan Yasiin dan doa selamat untuk adik adik kita yang hendak menduduki peperiksaan UPSR. Semoga adik adik kita mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya didunia mahupun di akhirat. Aamiiin
Sedikit jamuan untuk adik adik kita dan ibu bapa yang hadir. Alhamdulillah cukup untuk kami sama sama merasa dan berkongsi rezeki☺

Photos from Kelas Al-quran Kajang Bangi's post 05/07/2019

*Sambutan Hari Raya Jom Mengaji Darul Ikhlas 2019*

Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh
Dikesempatan ini kami dari Jom Mengaji Darul Ikhals ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah pertama kali jamuan raya diadakan di teratak Jom Mengaji Darul Ikhlas sempena 2 tahun kami beroprasi. Tak terlalu mewah tapi Alhamdulillah cukup untuk menampung kesemua keluarga pelajar Darul Ikhlas.

Untuk pengetahuan semua Jom Mengaji Darul Ikhlas bukan sahaja mengajar kanak-kanak malah remaja dan juga dewasa.

Kekosongan masih banyak untuk kelas dewasa dan orang berusia.
Jangan malu untuk mengaji diusia yang tua kelak engkau akan ditanya oleh Allah SWT apa yang kamu lakukan didunia sehingga engkau mengabaikan hak Allah SWT.

Ibu Bapa yang masih belum menghantar anak untuk kelas Jom Mengaji Darul Ikhlas boleh menghubungi no tertera :

Ustz Jum'ah Nuwairah bin Haji Ab Illah

☎️ http://www.wasap.my/+60 11-1339 4622
☎️ http://www.wasap.my/+60 11-1339 4622
☎️ http://www.wasap.my/+60 11-1339 4622

Ustz Raja Aqeef Nifael Bin Raja Zulkifli

☎️ http://www.wasap.my/+60 13-301 5812
☎️ http://www.wasap.my/+60 13-301 5812
☎️ http://www.wasap.my/+60 13-301 5812

23/02/2019

📢📢📢📢📢

Photos from Kelas Al-quran Kajang Bangi's post 23/02/2019

MEMO PEMBUKAAN KELAS JOM MENGAJI DARUL IKHLAS SESI 2019 .

Assalammualaikum wbt , semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat ☺

Pihak pengurusan Jom Mengaji Darul Ikhlas ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 , Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya ☺

Sehubungan dengan itu , Pihak pengurusan Jom Mengaji Darul Ikhlas ingin memaklumkan beberapa perkara penting bagi tahun 2019 untuk setiap pelajar ☺

1. Hari pendaftaran bagi sesi 2019 akan bermula pada tarikh 1 Januari 2019 pada pukul 8:00 Malam , selesai pendaftaran , kelas mengaji akan bermula seperti biasa .
*Pendaftaran akan dibuka setiap hari pada sesi pembelajaran iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat*

2. Yuran pendaftaran untuk tahun 2019 masih kekal Rm 50 ringgit setiap pelajar.
3. Yuran bulanan juga kekal Rm 50 ringgit setiap pelajar.
4. Kelas akan beroperasi seperti biasa iaitu pada setiap hari isnin hingga jumaat .
5. Kelas bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:15 malam
6. Ibu bapa / Penjaga boleh menghantar anak sebelum jam 8 malam .
7. Bagi kelas dewasa , kelas akan bermula selepas isyak pada pukul 9 :15 malam hingga 11:00 malam.

Pihak pengurusan Jom Mengaji Darul Ikhlas ingin mengucapkan ahlan wasahlan wamarhabanbikum kepada para pelajar sesi 2019 ☺ Kehadiran para pelajar pada hari pendaftaran sangat dialu2kan supaya kelas dapat dijalankan lebih awal .

Harap maklum ☺

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Boleh Hubungi no tertera :

Ustaz Muhd Jum'ah Nuwairah Bin Ab Illah :

http://www.wasap.my/601113394622
http://www.wasap.my/601113394622

Raja Aleef Nashriq :

http://www.wasap.my/601127001227
http://www.wasap.my/601127001227

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kajang Utama
Kajang
43000