KPU Dinamika TVET

KPU Dinamika TVET

Share

Dinamika TVET merupakan Kumpulan Penyelidikan Universiti UKM yang di tubuhkan pada tahun 2023

Photos from Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional's post 17/06/2026

SOROTAN FORUM 4 | SEMINAR WANITA DALAM TVET 2026 ✨
Telah berlangsung dengan penuh inspirasi Forum 4: “Inspirasi Wanita TVET: Cabaran dan Kejayaan” yang menampilkan perkongsian pengalaman, pandangan strategik serta kisah kejayaan wanita dalam memperkasa landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Terima kasih di ucapkan kepada BPLTV di atas kepercayaan yang di berikan kepada Dinamika TVET dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam forum ini.

Photos from Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional's post 17/06/2026

UCAPTAMA 2 yang di sampaikan oleh Ketua Kumpulan Penyelidikan Universiti, Dinamika TVET PM Ts Dr Haryanti Mohd Affandi sempena Seminar Wanita Dalam TVET: Membina Potensi, Mencorak Masa Hadapan Tahun 2026 yang berlansung di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya dengan Tajuk Ucaptama: Pembangunan Kemahiran dan Tindakan Dasar: Memacu TVET yang Lebih Inklusif.

Terima kasih di ucapkan kepada BPLTV di atas ruang, peluang dan kepercayaan yang di berikan kepada Dinamika TVET dalam berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan dasar dan pembangunan kemahiran kepada wanita TVET Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat di manfaatkan kepada semua.

Photos from KPU Dinamika TVET's post 12/06/2026

3 Hari Lagi!

Masa semakin hampir untuk kita bersama-sama meraikan dan memperkasakan peranan wanita dalam bidang TVET.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Seminar Wanita Dalam TVET 2026 yang menghimpunkan individu berinspirasi, perkongsian ilmu serta pengalaman yang mampu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada wanita dalam dunia pendidikan dan kemahiran.

📅 15 – 16 Jun 2026
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Auditorium Kompleks E, Kementerian Pendidikan

✨ Wanita Berilmu, Berkemahiran, Berdaya Saing
✨ Memacu TVET, Membina Negara MADANI

Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada perubahan dan kecemerlangan masa hadapan TVET negara!

Photos from KPU Dinamika TVET's post 11/06/2026

11 Jun 2026
Premiere Hotel, Klang.

Bengkel pembangunan kursus Design Thinking peringkat Diploma dan Sarjana Muda Politeknik Malaysia.

Terima kasih kerana menjemput penyelidik dari KPU Dinamika TVET menjadi penceramah dam fasilitator bagi bengkel ini. Semoga perbincangan dan input yang di berikan dapat membantu menambahbaik kursus yang di bangunkan.

Photos from KPU Dinamika TVET's post 09/06/2026

8 Jun 2026
CIAST, Shah Alam

Pembentangan laporan awal bagi Kajian Perluasan Pensijilan Kemahiran Malaysia tahap 6-8 telah berlansung di CIAST Shah Alam dan laporan telah di bentangkan oleh Ketua Perunding iaitu PM Ts Dr Haryanti Mohd Affandi kepada Jawatankuasa Teknikal Kajian yang di ketuai oleh Pengarah CIAST Ts Mohd Manoj Jumidali.

Laporan berkenaan telah di terima dan di luluskan untuk di bentangkan ke peringkat Jawatankuasa Pemandu di Jabatan Pembangunan Kemahiran KESUMA.

Semoga kajian dapat di jalankan sebaiknya dah tamat dalam tempoh yang di tetapkan bagi menyokong TVET 2.0

Photos from KPU Dinamika TVET's post 04/06/2026

3 Jun 2026

Bengkel penulisan laporan awal bagi kajian perluasan sistem persijilan kemahiran malaysia tahap 6 ke atas telah di jalankan bagi menyiapkan laporan awal untuk di bentangkan kepada pihak JPK, KESUMA.

Pada masa yang sama, 2 sesi perbincnagan bersama Dr Karen dari Australia dan Dr Daiana dari Romania berkaitan dapatan semasa kajian untuk mendapatkan maklum balas penambahbaikan yang boleh di buat di dalam laporan.

Selain itu, perbincangan bersama wakil Jawatankuasa Teknikal kajian dari JPK juga di jalankan bagi memastikan dapatan semasa kajian memenuhi keperluan owner kajian.

Semoga kajian yang di jalankan dapat di siapkan dengan jayanya dan seterusnya menambahbaik ekosistem TVET Negara.

Photos from KPU Dinamika TVET's post 14/05/2026

13 Mei 2026
Perbincangan secara atas talian bersama Belia Mersing dari ADTEC Mersing berkaitan program akhir bagi kajian di bawah UNDP : Ekspo Ekopelancongan Komuniti Mersing: Pemerkasaan Komuniti, Promosi Digital dan Inovasi Hijau untuk Pelancongan Lestari

Photos from KPU Dinamika TVET's post 13/05/2026

12-13 Mei 2026
Bengkel Pemurnian Dokumen Kompetensi Guru TVET Kementerian Pendidikan Malaysia.

PM Ts Dr Haryanti Mohd Affandi telah mewakili KPU Dinamika TVET sejak tahun 2025 bagi membangunkan dokumen ini bersama-sama pakar dari UTHM, UPSI, BPLTV, Nazir dan KPM. Semoga dokumen ini berjaya di bentangkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia pada Jun ini dengan jayanya sekaligus menjadi dokumen rujukan semua guru TVET KPM

Photos from KPU Dinamika TVET's post 13/05/2026

10 Mei 2026
Perbincangan bersama Belia Mersing bagi projek alhir di bawah geran UNDP berkaitan ekopelancongan Mersing

Photos from KPU Dinamika TVET's post 11/05/2026

11 Mei 2026
Bengkel Penulisan 1 Laporan awal bagi Kajian Kebolehlaksanaan Peluasan Pensijilan Berasaskan Kompetensi (Tahap 6 hingga 8) di bawah sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Block 11, Infrastructure University Kuala Lumpur, Bangi Government And Private T
Kajang
43000