28/09/2026
Hari 3/3 โ Kelas Advanced Motherboard Repairing telah sampai ke hari terakhir dengan pengisian yang lebih fokus kepada latihan praktikal dan penyelesaian kes sebenar.
Pada hari terakhir, peserta mempelajari teknik mengangkat dan memasang layer motherboard, termasuk kaedah kerja yang betul bagi memastikan proses dilakukan dengan kemas dan selamat. Sesi turut diteruskan dengan latihan โSettle Kesโ, di mana peserta diberi pendedahan untuk menganalisis masalah dan mencari penyelesaian berdasarkan kes yang diberikan.
Alhamdulillah, 3 hari pembelajaran telah selesai dengan lancar!.. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan dalam kerja-kerja pembaikan motherboard selepas ini.
A.S.E TECH ACADEMY sentiasa terbuka untuk menjalinkan kolaborasi bersama institusi, agensi, organisasi dan pihak industri dalam menganjurkan kursus serta latihan kemahiran. Kami percaya melalui kolaborasi, lebih banyak ruang dapat diwujudkan untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran yang memberi manfaat kepada peserta serta industri. Untuk sebarang pertanyaan atau cadangan kolaborasi, boleh hubungi kami di 019-216 3674